Wednesday, 30 April 2014

SPR PUNCA KEKECOHAN PEMILIHAN CABANG PKR ??- ANWAR IBRAHIM




Semalam dikhabarkan kem Rafizi di Kemaman telah melakukan provokasi untuk menghentikan proses pemilihan PKR Cabang Kemaman kelmarin kira-kira dua jam sebelum tempoh pengundian tamat jam 5 petang kononnya jawatankuasa pemilihan tak buat kerja dengan betul..

Tapi hakikatnya pencabar Rafizi di Kemaman mendapat sokongan kuat dari pengundi.. Rafizi ketika itu sudah tahu akan tumpas ditangan pencabarnya mula melakukan provokasi dengan mengeluarkan kata kata kesat sehingga berlakunya pertikaman lidah dan mengoyakkan kertas undi..

Parti yang selalu menyalahkan SPR dan kerajaan dalam isu pilihanraya kini lebih teruk mengendalikan pemilihan mereka sendiri..

Inilah PKR, kalau bab salahkan orang lain memang depa nombor satu, tapi bila parti sendiri kononnya telus lebih buruk dari orang lain..


Tapi manusia bernama Anwar Brahmim Al Juburi ini tetap salahkan SPR.. Apa kena mengena dengan SPR pun aku tak tau lah.. Anwar Brahmim ni jenis bangsa yang tak mengaku salah sendiri.. Kononnya dialah paling maksum dalam dunia ni..

Baca laporan Agenda Daily

Dalam sidang media di ibu pejabat PKR pagi ini, ketika ditanya wartawan isu kekecohan dan penipuan dalam pemilihan PKR seperti yang dilaporkan media sejak Ahad, Anwar dengan selambanya kaitkan dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Menurut Anwar, Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR akan bertindak sekiranya terbukti wujud unsur penipuan di dalam pemilihan parti yang sedang berlangsung termasuk terhadap Mohamed Azmin Ali.

Menurut beliau, pihaknya memandang serius segala penipuan, kecurangan dan kecuaian yang berlaku dan menegaskan bahawa JPP tidak sekali-kali akan melindungi penipuan.

“JPP bukan macam SPR (Suruhanjaya Pilihanraya), kita tidak sekali-kali akan melindungi penipuan.

“Datuk Johari Abdul dan Abdul Malek Hussain sudah pergi ke Batang Sadong untuk menyiasat. Sekiranya terbukti adanya unsur penipuan, kita tidak akan teragak-agak untuk batal atau menangguhkan proses pemilihan walau siapa juga calon itu,” katanya.

“Kami tidak akan bertolak ansur sekiranya telah terbukti adanya penipuan. Macam di Setiu pun kami tangguhkan pemilihan sebab tempat mengundi itu tidak relevan, 10 batu jauh dari kawasan orang ramai,” katanya.

Cuma ramai yang sinikal, apakah benar PKR atau Anwar berani bertindak terhadap Azmin.

Berdasarkan sejarah lampau, ketika pemilihan PKR 2010, Azmin yang menang jawatan Timbalan Presiden juga dikaitkan dengan kontroversi dalam pemilihan apabila keputusan awal yang dipaparkan melalui laman web rasmi parti itu dikatakan tersilap gara-gara ‘kesalahan manusia’.

Keputusan laman web itu menyiarkan perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR, selepas 68 cabang mengundi menunjukkan Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim mendapat keseluruhan 3,683 undi, meninggalkan pencabar terdekatnya, Azmin Ali yang juga Naib Presiden PKR (3,051), manakala seorang lagi calon Mustaffa Kamil Ayub mendapat 1,271 undi.

Bagaimanapun, halaman yang menyiarkan keputusan pengundian itu sudah tidak dapat lagi diakses selepas ibu pejabat parti itu mengeluarkan keputusan rasmi lain yang menunjukkan angka berbeza iaitu Azmin mendahului Zaid.

Kesilapan keputusan tesebut dikatakan berlaku disebabkan oleh kecuaian individu yang memasukkan dan mengemaskini data serta keputusan rasmi bagi pemilihan tersebut.

Namun, sejauh mana Anwar akan berpegang kepada kenyataan beliau ini memandangkan isu kontroversi pada tahun 2010 bagi pemilihan parti itu juga gagal diselesaikan secara bermoral dan mematuhi perlembagaan parti.

Pada Isnin, seorang pemimpin PKR, Badrul Hisham Shaharin mendesak supaya Azmin dibatalkan pencalonannya dalam pertandingan merebut jawatan itu ekoran dakwaan memanipulasi und di cabang batang Sadong.

Beliau yang juga dikenali sebagai Chegu Bard berkata berdasarkan laporan yang dibuat oleh pasukan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, JPP perlu bertindak tegas terhadap Azmin.

JPP semalam menegaskan tidak akan bertoleransi dengan pihak yang terbabit jika didapati bersalah dan sekiranya dakwaan terbabit benar.

Dimaklumkan ketika proses pengiraan undi berlaku di dalam tiga bilik hotel bajet, pintu lambat dibuka dan pada masa yang berlaku ‘blackout’.-AgendaDaily

3 comments:

  1. Kerja kecil (pemilihan parti)pun dah tak betul.Tak cekaplah tu.Macam mana nak urus negara? Cakap besar saja PKR pandai.Buat kerja taklah pandai sangat.JPP nak lawan SPR? JPP tak ada integriti.Maka peraturan2 (jika ada?) tak dipatuhi.

    ReplyDelete
  2. Ingat KE ADILAN perlu di tukar kepada PEM BOHONGAN kah kah kah.Kalau pemilihan yg kecik mcm ni pun dia org tak adil.mcm mana nak jaga negara dan nak beri keadilan kepada semua rakyat?kah kah kah.Jadi unta lebih baik dari jadi ahli keadilan kah kah kah

    ReplyDelete
  3. Undi lah parti cap ayam....

    ReplyDelete

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda