Wednesday, 30 April 2014

SETIAUSAHA PARTI ISLE SEMALAYA & 4 LAGI DI ARAH BAYAR 100 RIBU KERANA " MEMBUNUH " ?



Nama saja Pemimpin Parti Isle, tapi kuat "membunuh".. Membunuh yang dimaksudkan adalah FITNAH jahat terhadap FELDA dan seluruh keluarga peneroka..

Pas memfitnah Felda berurus niaga dengan Israel dengan menjual minyak masak mentah kepada negara yahudi itu.. Tapi semua itu adalah fitnah semata mata..

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi Rabu memerintahkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, dan empat lagi membayar ganti rugi RM100,000 kepada FELDA selepas didapati memfitnah hal berkenaan. Kesalahan itu dilakukan pada tahun 2012.



Hakim Mahkamah Tinggi Lee Heng Cheong membuat perintah itu selepas membenarkan tuntutan saman FELDA terhadap semua defendan.

Sebelum ini kes samam sama terhadap PKR selesai bila Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution menyatakan rasa kesal, serta mengakui dan menerima hakikat bahawa FELDA tidak pernah menghantar minyak atau menjalankan sebarang urusniaga dengan Israel atau mana-mana syarikat milik regim berkenaan.

Sebaliknya, parti itu juga akur urusniaga penghantaran minyak mentah oleh FELDA ke rantau berkenaan dilakukan dengan negara Palestin.

PKR sebab dah kantoi fitnah mengaku jugak salah, tapi PAS kononnya bawa nama Islam tu berdiam diri sehingga didakwa pagi tadi..

1 comment:

  1. Ceritanya ialah pkr dah kenakan pas...
    mana taknya, bila pkr mengakui mereka memfitnah, maka kes keatas pas akan lebih mudah dibuktikan.... selamanya pas ni jadi pencium bontot pkr dan dap kah kah kah!!

    ReplyDelete

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda