Saturday, 2 November 2013

DULU LU JILAT GUAN ENG DENGAN CHIN PENG, SEKARANG LU BISING APA PASAL ??



Naib Pengerusi 1 Interim DAP Kedah, Syed Araniri Syed Ahmad meletak jawatan berkuat kuasa serta merta kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti, termasuk Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC).

Beliau turut melepaskan jawatan sebagai Pengerusi DAP Cawangan Taman Wira Mergong, namun pada masa sama, meragui keahliannya berikutan tidak memiliki kad keahlian sejak hampir dua tahun lalu.

Syed Araniri turut mendedahkan sikap parti itu yang double standard terhadap orang Melayu, apabila permohonan lebih 70 ahli Melayu dari pelbagai cawangan di negeri itu tidak diproses.

“Amat meragukan apabila saya dilantik sebagai Naib Pengerusi tanpa memiliki kad keahlian parti. Apabila perkara itu dibangkitkan, jawapan yang saya terima ialah tunggu.

#PRKSgLimau !! MAHFUZ ARAH JENTERA PAS PASANG REPLIKA KAKI UST AZIZAN




Nampaknya Pas sudah terdesak untuk meraih undi di Dun Sg Limau..  Hari ini seluruh Dun Sg Limau kecoh apabila patung patung replika dimana kakinya dipotong seperti mengambarkan kaki Allahyarham Ust Azizan..

Kejadian ini berlaku Selepas jentera PKR dan Pas Kelantan dan Terengganu berkampung di Sg Limau semalam, kita semua sudah maklum bahaea jentera PKR dan Pas luar cukup mahir dengan kerja kerja jahat..

#PRKSgLimau !!! PAS LANGGAR TITAH SULTAN, KHUTBAH POLITIK DALAM MASJID [ RAKAMAN AUDIO ]




Semalam  PAS mempamerkan sikap kurang ajaq dan menderhaka kepada titah Sultan Kedah apabila memperalatkan mimbar masjid..

Dalam khutbah solat jumaat di masjid Sg Dedap, khatib jemputan  merupakan macai PAS tidak menggunakan teks khutbah jumaat yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Kedah MAIK..sebaliknya menggunakan teks ucapan sendiri  jelas lagi terang merupakan teks ucapan politik kepartian menghasut para jemaah dengan politik kebencian melampau..

Malah, paling melampau apabila khatib turut menambah doa kemenangan buat calon pas bagi N20 DUN Sg Limau..serta mengfitnah BN kononnya zalim dan jahat.. Jelas dan nyata PAS sudah terdesak apabila mendapati statistik terkini menunjukkan rakyat DUN Sg Limau sudah mahu HIJRAH kepada BN pada PRK kali ini..

VIDEO EKSKLUSIF #PRKSgLimau !! BUKTI CALON PAS PROKSI PHAHROLRAZI DI SG LIMAU !! [ RAKAMAN AUDIO ]





Sebelum PRU13 kita dikejutkan dengan krisis Pas Kedah yang amat dasyat sehingga pentadbiran Pas diketuai oleh Arwah Ust Azizan goncang gara gara dikhianati oleh orang orang kanannya sendiri..

Ianya berpunca daripada sikap tamak haloba Phahrolrazi dan kuncu kuncunya yang gagal memperoleh projek dari arwah Ust Azizan dan menolak untuk dilantik menjadi EXCO.. Krisis itu menyebabkan Pas pusat terpaksa campur tangan sehingga pentadbiran Pas Kedah dikawal oleh PEMANDU..

Lepas pada itu timbul pula rakaman audio Pas Kuala Kedah yang dikepalai oleh Phahrolrazi, mahu menjatuhkan arwah di Sg Limau bagi membolehkan naib Ydp Pas Kuala Kedah iaitu Nasir Mustafa dapat dilantik menjadi EXCO..

#PRKSgLimau !!! KOPIAH & TUDUNG LABUH HAK EKSKLUSIF ORANG PAS, BN TAK BOLEH PAKAI !! @NajibRazak @MukhrizMahahtir @tunfaisal




Semalam,wartawan Harakah mengkritik Calon BN bagi DUN Sungai Limau, Ahmad Sohaimi memakai kopiah putih kononnya meniru cara pemakaian orang PAS yang sinonim dengan cara berkenaan. Laporan berkenaan jelas menunjukkan bahawa hanya ahli PAS dan calon PAS sahaja yang layak memakai kopiah putih memandangkan mereka adalah bertaraf ulamak.

PAS juga mempersoalkan tindakan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang memakai kopiah putih ketika menunaikan solat di beberapa buah masjid sekitar Sungai Limau baru-baru ini.

Kritikan dan pertikaian ini menampakkan sikap kurang ilmu pengarang Harakahdaily. Jika pengarang tersebut biasa dengan kehidupan masyarakat kampung di Kedah, pemakaian kopiah putih melangkaui batas politik. Adalah biasa orang UMNO dan pemimpin UMNO memakai kopiah putih dalam majlis-majlis masyarakat di kampung.

Friday, 1 November 2013

#PRKSgLimau !!! PENCERAMAH PAS KENA SAWAN KHINZIR KETIKA SEDANG CERAMAH !!




ANTARA sebab perjuangan Pas ditolak oleh sebahagian besar rakyat Malaysia ialah disebabkan kelakuan para pemimpinnya yang berbeza perilaku daripada apa yang mereka sentiasa perjuangkan dalam ceramah.

Antara perilaku buruk Pas yang terbaru ialah apabila parti itu kantoi dalam menyunting menggunakan teknik super impose satu gambar melibatkan wartawan Sinar Harian yang diubah wajahnya menjadi wajah calon Pas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau yang bakal berlangsung 4 November depan.

Akhbar Sinar Harian sendiri yang mendedahkan taktik kotor itu konon-konon memperlihatkan calon Pas pernah bertemu dengan bekas Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

LAWAK JAM 8 !!! KESIAN !!! HADI BAWANG DIPERBODOHKAN MAHFUZ




Belum pernah lagilah aku tengok orang taboq benih padi dalam bendang, ayaq sama paras paha.. Yang lawaknya pakai kain pelikat.. HAHAHAHA

Patutlah urusetia Pas kata program ni paling bodoh dan memalukan Pas.. Nak buat macamana dah Pas pilih Mahfuz si BODOH tu jadi Pengarah Pilihanraya PRK Sg Limau..


AZMIN, ANWAR BUAT 'U TURN' KATA GST BAGUS, AKAN LAKSANAKAN JIKA PERINTAH !!




Azmin Ali mengakui cukai barangan dan perkhidmatan (GST) merupakan sistem percukaian yang telus, efisien serta mampu memberi kebaikan jangka panjang kepada ekonomi negara.

Berbeza dengan pemimpin pembangkang lain termasuk Ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau yang dilihat lebih bersikap realistik dalam berpolitik berkata, pembangkang juga tidak pernah mengambil pendirian menolak GST.

Walau bagaimanapun, jelas Azmin, pembangkang berpendirian April 2015 bukan masa sesuai untuk kerajaan menguatkuasakan GST bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang kadarnya berjumlah hingga 16 peratus.

"Saya tegaskan pakatan pembangkang tidak pernah mengambil pendirian menolak GST.

RAKYAT PULAU PINANG PASTI GUMBIRA DENGAN PENGUMUMAN TERBARU DARI GUAN ENG !!



Demi menghormati dan menyelami kepayahan rakyat di Pulau Pinang, penguna diarah membayar surcaj pemuliharaan air dua kali ganda (WCS) bagi setiap 1,000 liter air digunakan, jika mereka menggunakan lebih daripada 35,000 liter pada setiap bulan bermula Jumaat ini.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) sdn Bhd berkata WCS telah digazetkan selari dengan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dan akan berkuat kuasa mulai 1 November.

Surcaj yang dikenakan ialah RM0.48 sen setiap 1,000 liter berbanding RM0.25 sen setiap 1,000 liter sebelum ini.

PANASS !!! #PRKSgLIMAU !!! PENYOKONG PAS BANTAH KEHADIRAN BANG NON



Memandangkan Anwar akan hadir menghadiri ceramah di Sg Limau bermula hari ini, beberapa banner menolak kehadiran Anwar di Sg Limau mula dipasang oleh penyokong Pas pro Allahyarham..

Umum sedia maklum bahawa Anwar antara orwng yang paling tidak boleh dipercayai oleh Allahyarham..Dimana semasa krisis Pas di Kedah, Anwar antara individu yang campur tangan dalam pentadbiran beliau..

#PRKSgLimau !! ISTERI ALLAHYARHAM UST AZIZAN KATA PAS TERLEBIH SUDU DARI KUAH ?!! BILA PAS NAK MINTA MAAF ??



Sejak insiden kenyataan YAB TPM di salah tafsir oleh media pembangkang, Pas mengunakan segala medium yang ada untuk mendesak TPM agar meminta maaf termasuk mempergunakan keluarga Allahyarham ..

Atas rasa penghormatan kepada keluarga Allahyarham, YAB TPM memohon maaf..

Lain pula dengan Pas sehingga kini tidak memohon maaf kepada keluarga Allahyarham kerana mengunakan gambar super impose calon bersama Arwah..

Sebaliknya Pas hanya mencanang ada gambar lain calon bersama arwah..

GEMPAR !! MB KEDAH @MukhrizMahathir DAPAT BAPA ANGKAT BARU DI SG LIMAU !! #PRKSgLimau #BeraniHijrah




Untung penduduk Sg Limau sekarang ni, bukan saja berpeluang jumpa pemimpin negara, dapat jugak merasa jadi keluarga angkat kepada YAB Menteri Besar Kedah tak lain dan bukan Datuk Paduka Mukhriz Mahathir..

Semalam, YAB MB berada di rumah keluarga angkat beliau di Seberang Tandop, Kuala Sala dalam PDM Matang Buloh.. Bapa angkat beliau adalah Pak Cik Bahari Bin Awang..Inilah saat saat memori paling terindah bagi keluarga Pak Cik Bahari

Aku yakin dengan kesungguhan YAB MB turun membantu calon BN Prk Sg Limau iaitu Dr Ahmad Sohaimi B. Lazim, sedikit sebanyak dapat menarik balik sokongan rakyat di Sungai Limau kepada BN..

Selain membantu calon BN, Beliau juga dapat mendengar sendiri keluhan rakyat bawahan sedikit sebanyak pengalaman ini dapat membantu beliau membuat penambahbaikkan dalam menjamin kesejahteraan, kesenangan rakyat Kedah..




#PRKSgLimau !!! MALU !!! ABBY KENING WASATIYYAH KENA SINDIR !!!





Sepatutnya Abby si kening wasatiyyah ni pi belajar bagi habis dulu sebelum nak bagi ceramah agama kat orang, baru 2,3 hari pakai tudung dah tunjuk pakar jadi penceramah agama..

Bukan apa sekarang ni ramai sangat Ustazah dan Ustaz mee segera. Kata dah berubah tapi dimulut sentiasa fitnah dan burukkan orang lain.. Elok yang nak tunjuk pandai tu cermin diri sendiri dulu sebelum fitnah orang lain.. Bukan nak pertikaikan tapi lebih baik mendekati agama, dari berpolitik.. Elok dengar nasihat Ust Kazim ni..

#PRKSgLimau !! PROGRAM HADI AWANG MALUKAN PAS DI SG LIMAU



Patutlah masa tengah lepak kat kedai kopi di pekan Sg Limau semalam, ada beberapa petugas Pas duk sembang pasai program Hadi turun bendang taboq benih padi dengan calon tak mendatangkan faedah untuk Pas..

Maksudnya tak ada kredit untuk calon Pas.. Macam syok sendiri.. Sudahlah tak ada penduduk Sg Limau yang datang..Hanya petugas Pas dan media saja memenuhi area situ..

Ada seorang daripada petugas Pas cakap, "Buang masa saja aku turun program tak ada faedah macam ni, buat malu saja".. "Sapa la punya idea yang buat ni".

Ingatkan isu tu takkan diperbesarkan, rupanya tadi dah keluar dalam surat khabar BH..

#PRKSgLimau !! KETUA PEMUDA PAS KEDAH MUNAFIK !!!



Semalam si doremon a.k.a eX Yb Demam buat sidang media kononnya nak mendesak YAB MB minta maaf kat penduduk Sg Limau bagi mengikut langkah YAB TPM dalam masa yang sama dia nak hantar memo kat Tuanku Sultan Kedah sebab BN salah guna dewan orang ramai untuk jentera parti..



Itulah modal kempen yang ada pada Pemuda Pas Kedah... Memang tak ada kualiti langsung isu yang dibawa.. Sebab semasa TPM membuat lawatan ke sekolah pondok Bukit Choras, si doremon ni anggap perkara ini (permohonan maaf) tidak akan dipanjangkan selepas mendengar sendiri permohonan maaf dari TPM.. DIa sendiri kata benda ini selesai dan tidak akan dipanjangkan..

#PRKSgLimau !!! TUDIAA !!! 3 HARI BERTURUT TURUT CERAMAH PAS KOSONG !!!! APA DAH JADI ??

Zoom dekat

Rasa macam menghina pula bila upload gambar ceramah Pas tiap tiap hari tak ada sambutan dari penduduk setempat..

Dah 3 hari beturut turut aku keluarkan artikel ceramah Pas kosong.. Ingatkan dah nak dekat mengundi ni makin ramai.. Rupanya makin teruk...

Bekas YB Demam merangkap Ketua Pemuda Pas Kedah punya ceramah pun tak dapat tarik crowd yang ramai.. Kalau tak percaya tengok gambar dibawah ni sebagai bukti..

zoom jauh sikit

Wednesday, 30 October 2013

#PRKSgLimau !! PEMUDA PAS KEDAH ANGGAP TPM TERSALAH CAKAP



Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Nasir Zakaria beranggapan bahawa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai "tersalah cakap" ketika diminta media mengulas mengenai isu ucapan TPM, baru-baru ini.

Dalam ucapan di SMK Sungai Limau, 26 November lalu, TPM telah meminta semua pihak tidak mengaitkan kematian bekas penyandang kerusi DUN Sungai Limau, Allahyarham Ustaz Azizan Razak dengan tindakan kerajaan memansuhkan subsidi gula. Namun kenyataan TPM itu sengaja diputarbelitkan MalaysiaKini dan Harakah untuk mencetuskan provokasi.

PANASSS !!! KENYATAAN TPM DISALAH TAFSIR, NAMUN TETAP MINTA MAAF !!!




Semalam, ketika sedang membuat liputan kunjuangan YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Madrasah Mazahirul Ulum Bukit Choras, ada sekumpulan pemuda Pas yang datang ke Masjid Bukit Choras mendesak YAB TPM agar memohon maaf kepada keluarga Ust Azizan kerana kenyataan YAB TPM dalam majlis di SMK Sg Limau tempoh hari menguris perasaan keluarga Ust Azizan..

Sebagai umat Islam, YAB TPM memohon maaf kepada keluarga Ust Azizan, walaupun ucapannya pada majlis tempoh hari disalah tafsir oleh beberapa portal pembangkang.

TERPANASS !! MAT SABU, DIN PUDU GAGAL TAWAN SG LIMAU !! CERAMAH KOSONG !! #PRKSgLimau @MukhrizMahahthir @tunfaisal





Kalau macam nie punya gaya penerimaan penyokong Pas di Sg Limau terhadap Mat Sabu, Din Pudu dan pemimpin Pas pusat yang lain, nampaknya dah ada penghijrahan skala besar yang akan dibuat oleh penyokong Pas..

Selepas isu gambar calon Pas di superimpose oleh urusetia Pas sendiri, Pas terpaksa mencari idea idea baru termasuk membawa pemimpin pas dari pusat untuk mengalihkan perhatian penyokong Pas di Sg Limau yang tertipu dengan tindakkan Pas mengunakan gambar edit calon Pas bersama arwah Ust Azizan..

Tapi malangnya setiap kali ceramah Pas yang disampaikan pimpinan Pas pusat, sambutan cukup mengecewakan. Paling kecewa dah tentu Mat Sabu, sebab tak dapat kutip derma..


Tuesday, 29 October 2013

#PRKSgLimau !!! APA KAITAN VIDEO TPM NIE DENGAN ARWAH UST AZIZAN ??




Sememangnya kita dah tau Portal rasmi SOROSkini  Malaysiakini ni memang kaki spin, ada saja point point tambahan yang diselit dalam laporan mereka, walhal TPM langsung tak sebut pasal potong kaki tu..

Baca laporan Soroskini dibawah..

#PRKSgLimau !! CALON PAS MINTA BANTUAN ULAMA SYIAH ??




Baru nak bertanding PRK, calon Pas dah bikin ahli sunnah waljamaah di Sg Limau panas.. Mula gantung banner  yang menunjukkan sokongan terhadap Syiah..

Kaitan Syiah dengan Pas bukan lagi satu rahsia di Kedah dimana hampir keseluruhan ahli Syiah di kedah merupakan ahli Pas..

Tulisan ‘Ya Ali Madad.. menangkanlah jemaah kami’ pada banner ini dengan terang menunjukkan seruan penganut fahaman Syiah yang mendoakan kemenangan calon PAS, Azam Samad.

Kalau macam ni lah perjuangan sebenar yang dibawa oleh calon Pas, maka tak lama lagi Dun Sg Limau akan menjadi kubu Syiah untuk menyebarkan fahaman berkenaan..

CERAMAH BOB LOKMAN, eX YB DEMAM, NASARUDDIN TANTAWI TAK SAMPAI 20 ORANG


Walaupun menampilkan barisan barisan penceramah yang agak kuat iaitu ketua pemuda Pas pusat, Ketua pemuda Pas Kedah dan ghetis Bob Lokman, Pas gagal untuk mengumpul crowd yang lebih ramai seperti jangkaan awal..

Hanya lebih kurang 20 orang sahaja yang hadir..Langsung tak ada sambutan orang tempatan, yang ada hanya totok totok hijau karat..

Buktinya anda boleh lihat gambar

PANASSS !!! SUHAKAM ADA PLAN DENGAN PAS NAK HIJACK #PRKSgLimau ?? @NajibRazak @Mukhriz@tunfaisal




Selepas mendapat maklumat, penulis segera menuju ke Regency Hill Resort yang terletak di puncak Gunung Jerai. Menurut sumber, satu mesyuarat sulit di antara pemimpin Pas dan SUHAKAM akan berlangsung di sana.

Ternyata berita itu benar, sebaik tiba di sana, penulis melihat beberapa pemimpin Pas sedang daftar masuk ke bilik penginapan masing-masing. Sebahagian besarnya penulis tidak kenal, namun pasti mereka adalah orang-orang penting di dalam parti itu.

Turut kelihatan adalah seorang penulis novel terkenal, Syed Hussein al-Atass atau lebih dikenali sebagai 'Pak Habib'. Namun penulis tidak pasti sama ada Pak Habib antara individu yang dijemput SUHAKAM menghadiri mesyuarat itu kerana beliau dilihat sendirian.

Dengan lokasi yang strategik dan jauh dari orang ramai memungkinkan mesyuarat itu sangat penting dan ada kaitan dengan pilihanraya kecil yang sedang berlangsung.

Monday, 28 October 2013

PANASSS !!! JENTERA PR SESAT DI PEKAN DANOK #PRKSgLimau



Patutlah ramai jentera Pr yang duk di luar Kedah nak mai sangat di Sg Limau, rupanya ada hajat lain..

Bukan nak bantu jentera Pas tapi nak ke seberang.. Langgar border masuk Danok.. Ingatkan nak beli barang untuk keperluan jentera tapi masuk ke pusat maksiat melepaskan hajat..

Pemimpin borek, penyokong rintik.. sambil selam sambil sedut..

Islamik lah sangat kan?? Belum apa apa lagi dah kearah maksiat.. Macamana nak menang kalau macam ni punya perangai.. Patutlah areah Ust Azizan pun tak suka perangai orang Pr dan Pas, cakap tak serupa bikin langsung...

#PRKSGLIMAU !!! ISU CALON PAS SEPUPU PHAHROLRAZI DAH JADI PERBUALAN HANGAT DI SG LIMAU !!!




Di sebalik keghairahan jentera PAS ‘menjual nama’ Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak sebagai modal utama kempen mereka. Para pengundi di Sungai Limau dikejutkan dengan pendedahan mengenai hubungan keluarga yang terjalin di antara calon parti itu Mohd Azam Abdul Samat dengan bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi.

Ini kerana rata-rata masyarakat Kedah khususnya di Sungai Limau mengetahui akan‘perang’ yang pernah berlaku antara Phahrolrazi dengan Azizan sebelum ini. Malah menurut sumber parti itu sendiri, Allahwarham Azizan pernah berulang kali melahirkan rasa kecewanya dengan tindakan Phahrolrazi yang sering menyerangnya dengan pelbagai tohmahan dan cacian.

Tambah memeranjatkan Phahrolrazi yang juga merupakan bekas Exco kerajaan negeri, sebelum ini pernah beberapa kali mengeluarkan kenyataan bersedia untuk menggantikan Azizan sebagai Menteri Besar sekiranya parti itu berjaya mempertahankan kemenangan dalam pilihanraya umum yang lalu.

PANASS !!! #PRKSgLimau !! PAS MENGAKU GUNA GAMBAR SUPER IMPOSE UNTUK TIPU PENGUNDI #DunSgLimau !! @NajibRazak @MukhrizMahathir @tunfaisal


calon Pas sendiri edar risalah, takkan tak perasan ?

Akhirnya Pas Kedah hari ini terpaksa mengaku satu daripada gambar kempen calonnya merupakan gambar palsu yang telah disuperimpose untuk dijadikan bahan sebaran di Sg Limau..

Tetapi, Pas masih tidak mengakui bahawa gambar yang super impose itu dibuat oleh mereka, sebaliknya menyalahkan pereka grafik yang dilantik oleh Pas untuk menyediakan design berkenaan..

Amiruddin selaku Pengarah Operasi Pas memberitahu dalam sidang media pagi tadi, pihak mereka tidak tahu bahawa gambar tersebut bukan asli.. Yang menghairankannya semua sumber dan bahan yang diberikan kepada syarikat pereka design itu diberi oleh urusetia Pas sendiri..

Pihak designer memasukkan segala info dan gambar yang dihantarkan oleh pihak urusetia dan setelah harga dipersetujui, syarikat terus mencetak dan membekalkan kepada urusetia..

PANASS !!! #PRKSgLimau !! MAMPOSZ OMAR KANTOI SEBAR SMS LUCAH DI SG LIMAU ??!!



Mahfuz oh Mahfuz, Tak sangka begitu terdesak sampai macam ni sekali.. Bukan setakat dalam ceramah saja dia memburuk burukkan BN, dalam SMS pun duk kata juga..

Sms mengatakan calon BN ada sakit mental mula tersebar semalam..Nombor telefon yang menyebarkan sms fitnah itu sama dengan nombor telefon Mahfuz..

Tapi Mahfoz nafi dia yang sebar SMS berkenaan.. Yang hairannya dia boleh pulak buat lawak pulak kata bukan ahli politik bodoh sebab benda benda macam ni..

Siapa tak kenal si penglipur lara bernama Mahfuz Omar ?? Satu Malaysia kenal watak bodoh Mahfuz baik dalam Parlimen, ataupun dipentas ceramah Pas.. Macam macam dia boleh buat.. Benda yang tak difikirkan boleh buat pun dia akan buat.. Macam 2 video dibawah ni..

ABBY ALBODY KATA UMNO PUNCA MAKSIAT DALAM DUNIA HIBURAN





SIAPA tak kenal pelakon dan penyanyi, Abby Abadi yang kini semakin lantang bersuara mewakili parti PAS.

Pendek kata, kalau bercakap kadang-kadang main sebat saja!

Terbaru, melalui ceramahnya di Kampung Dulang Kecil di Yan, Kedah, Abby dengan yakinnya menyalahkan UMNO kerana membiarkan gejala maksiat berleluasa dalam industri hiburan, memetik laporan mStar.

“Dulu saya berlakon tak berfikir sangat tentang dosa dan pahala. Tak apa bila suami orang buat suami kita, suami kita pula orang lain boleh buat macam suami sendiri.

EKSKLUSIF !!! GAMBAR SEBENAR INI " KANTOI " KAN CALON PAS MEMANG ORANG PHAHROLRAZI !! @MukhrizMahathir @tunfaisal



Pas memang Raja dalam bab bab mengedit gambar.. Tapi malangnya kantoi  dengan wartawan sinar sendiri.. Gambar sebenar diatas semasa kunjungan wartawan sinar ke Pejabat Ust Azizan.. Gambar ni aku memang dah lama tengok dalam FB member aku..

Tapi tak sangka pula, Pas sanggup buat macam ni.. Memang hina gila puak Pas ni.. Patutlah aku dapat maklumat 2 hari lepas, yang Pas tengah cari gambar si Mohd Azam ni duduk dengan arwah Ust Azizan.. Kononnya nak bagi nampak macam guru dengan anak muridnya..

Last sekali kantoi dengan wartawan Sinar.. Sebab gambar yang depa pi curi edit tu gambar wartawan tengah interview arwah....


#PRKSgLimau !! ABBY_ABADI112 MENYANYI LAGU "KOSONG KOSONG KOSONG" DEPAN PENGUNDI HANTU ??



Memang malang sungguh nasib abby abadi di Sg Limau, hari mula mai kereta dia rosak, hari ni pulak ceramah abby terpaksa dibatalkan sebab tak sampai 10 orang yang hadir..

Banner bukan main lagi bersar dan bersepah digantung, tapi malangnya tak dapat sambutan orang tempatan..

Disebabkan tak mau malu, Abby terpaksa lari ke tempat lain yang ada sambutan..

Kepasa Pas, aku nak nasihatkan supaya tak payah angkutlah artis artis yang ada masalah mental macam abby ni..Orang kampung Sg Limau bukan suka pun retis retis macam ni..

Diri Abby sendiri pun tunggang langgang, tu pun ada hati nak angkut mai berkempen...

Sunday, 27 October 2013

PANASSS !! #PRKSgLimau !! BAPA DS JAMIL TUNJUK BUKTI NIAT JAHAT CALON PAS & MAMPOS OMAR [VIDEO]




Baharom atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah yang ditemui Terengganu Today dirumahnya di Ulu Sedaka hari ini, melahirkan rasa terkilan dengan tindakan pemimpin PAS yang menjadikan kunjungan itu sebagai modal politik yang boleh menimbulkan persepsi buruk dan fitnah terhadap anaknya.

Walaupun Pak Ngah masih lagi ahli PAS, soal fahaman dan pendirian politik tidak semestinya diseret bersama dalam hal ehwal keluarga.

Sambil menyifatkan anaknya, Jamil Khir sebagai seorang yang baik dan bertanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat, Pak Ngah dengan tegas berkata, tidak ada pergeseran berlaku antara mereka biarpun berbeza fahaman politik.

“Jamil sendiri tak penah sembang pasal politik dengan Pak Ngah, Jamil baik dan bertanggungjawab, orang dia memang bagus,” ujarnya yang mengidap penyakit strok sejak tiga tahun lalu.

#PRKSGLIMAU !! FITNAH PUNYA PASAL, @Abby_Abadi112 DI LANDA MUSIBAT




Inilah akibatnya bila datang dengan niat untuk memfitnah di Sg Limau..Kalau datang dengan niat yang baik mesti tak jadi macam ni..

Ini tidak, tak habis habis cite pasal maksiat..masa dia buat maksiat dulu tak cerita pula?

Takkan masa dia buat maksiat dulu salah kerajaan?? Si Abby ni nikah dengan laki baru ni pun pi lari dekat siam, tu pun tak sedar diri lagi..

#PRKSgLimau !!! BAPA DS JAMIL KHIR KESAL TINDAKKAN MAMPOZ OMAR !!! @MukhrizMahathir @tunfaisal




Kan aku dah cakap, Pas bukan berdoa untuk kemenangan calon Pas sebaliknya bedoa untuk kesihatan bapa Ds Jamil Khir... Pengakuan ini dibuat oleh bapa kepada Ds Jamil Khir sendiri selepas ditemubual oleh Portal Terengganu Today..


Baharom Ramli, ayah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir kesal dan kecewa dengan tindakan Pesuruhjaya PAS Kedah, Mahfuz Omar dan Calon PAS, Azam Samad ke rumahnya kelmarin telah dijadikan ‘bahan kempen’ untuk Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau.

Baharom atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah yang ditemui Terengganu Today dirumahnya di Ulu Sedaka hari ini, melahirkan rasa terkilan dengan tindakan pemimpin PAS yang menjadikan kunjungan itu sebagai modal politik yang boleh menimbulkan persepsi buruk dan fitnah terhadap anaknya.

Walaupun Pak Ngah masih lagi ahli PAS, soal fahaman dan pendirian politik tidak semestinya diseret bersama dalam hal ehwal keluarga.