Saturday, 2 November 2013
#PRKSgLimau !!! KOPIAH & TUDUNG LABUH HAK EKSKLUSIF ORANG PAS, BN TAK BOLEH PAKAI !! @NajibRazak @MukhrizMahahtir @tunfaisal
Semalam,wartawan Harakah mengkritik Calon BN bagi DUN Sungai Limau, Ahmad Sohaimi memakai kopiah putih kononnya meniru cara pemakaian orang PAS yang sinonim dengan cara berkenaan. Laporan berkenaan jelas menunjukkan bahawa hanya ahli PAS dan calon PAS sahaja yang layak memakai kopiah putih memandangkan mereka adalah bertaraf ulamak.
PAS juga mempersoalkan tindakan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang memakai kopiah putih ketika menunaikan solat di beberapa buah masjid sekitar Sungai Limau baru-baru ini.
Kritikan dan pertikaian ini menampakkan sikap kurang ilmu pengarang Harakahdaily. Jika pengarang tersebut biasa dengan kehidupan masyarakat kampung di Kedah, pemakaian kopiah putih melangkaui batas politik. Adalah biasa orang UMNO dan pemimpin UMNO memakai kopiah putih dalam majlis-majlis masyarakat di kampung.
Pemimpin UMNO seprti Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Datuk Othman Abdul (Ahli Parlimen Pendang), malah Tun Dr Mahathir Mohamad turut memakai kopiah putih dalam program-program di kawasannnya ketika menjadi Ahli Parlimen Kubang Pasu. Cuma pemimpin UMNO tidak memakai kopiah putih untuk menjual imej agama yang dicipta dan dirangka oleh Pas sejak dahulu.
Malah Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak juga sekali sekala memakai kopiah putih mengikut keperluan majlis. Anehnya pengarang Harakahdaily ini bukan sahaja bebal malah malas melakukan penyelidikan.
Di dalam Islam, tidak pernah ada hadis atau suruhan yang menyatakan orang-orang PAS atau pemimpin PAS sahaja yang boleh memakai kopiah putih. Malah, di dalam Al-Quran juga tidak termaktub seperti peraturan PAS ini.
Nampaknya, PAS mewujudkan satu lagi fahaman di mana kopiah putih hanya layak dipakai oleh orang PAS sahaja. Dan, UMNO dan BN, sepertinya hanya boleh memakai songkok sahaja.
Apa-apa pun, kopiah putih tidak melambangkan keperibadian mulia dan keimanan yang tinggi dalam diri seseorang itu hingga layak diangkat tinggi martabatnya yang membezakan dengan orang Islam lain yang tidak berkopiah atau hanya bersongkok. Itu yang PAS perlu tahu.
Untuk pengarang Harakahdaily, berhentilah menjadi budak-budak cybertroopers, jagalah martabat seorang pengarang.-Di petik dari Mykmu.net
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda