Wednesday, 30 October 2013

PANASSS !!! KENYATAAN TPM DISALAH TAFSIR, NAMUN TETAP MINTA MAAF !!!




Semalam, ketika sedang membuat liputan kunjuangan YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Madrasah Mazahirul Ulum Bukit Choras, ada sekumpulan pemuda Pas yang datang ke Masjid Bukit Choras mendesak YAB TPM agar memohon maaf kepada keluarga Ust Azizan kerana kenyataan YAB TPM dalam majlis di SMK Sg Limau tempoh hari menguris perasaan keluarga Ust Azizan..

Sebagai umat Islam, YAB TPM memohon maaf kepada keluarga Ust Azizan, walaupun ucapannya pada majlis tempoh hari disalah tafsir oleh beberapa portal pembangkang.



Sesiapa yang mendengar ucapan YAB TPM dalam majlis itu akan memahami apa maksud saya mengenai bajet dan langkah menghapuskan subsidi gula.

Ketika itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir ada, MB Kedah pun ada, mereka boleh jadi saksi

Menurutnya, beliau hanya menyebut demi kesihatan, rakyat patut mengurangkan penggunaan gula menjadi punca penyakit kencing manis atau diabetes dalam kalangan rakyat Malaysia..

"Saya hanya menyentuh sekali imbas mengenai Allahyarham Azizan yang yang turut menghidapi penyakit kencing manis dan terpaksa dipotong kedua-dua kaki ketika dimasukkan ke hospital.

"Bukan niat saya untuk merendah-rendahkannya sebab saya kenal dan rapat dengannya. Saya juga beberapa kali melawatnya ketika berada di hospital," katanya.

Bagaimanapun, Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, memohon maaf jika ucapan itu mengguris perasaan banyak pihak termasuk keluarga Allahyarham.

"Sebagai manusia, kita mungkin tidak terlepas dari kesilapan boleh bermaaf-maafan sesama kita.

"Saya tidak ada niat untuk mengguris perasan sesiapa atau menjadikannya sebagai bahan kempen pilihan raya ini," katanya.

Untuk menguatkan kenyataan itu, beliau meminta pemimpn Pas agar melihat semula video ucapannya untuk mendapat kepastian dan kesahihan mengenai ucapannya itu.

"Saya memberi penjelasan keadaan sebenar dan mereka memahaminya," katanya.

1 comment:

  1. Tolong sebarkan demi kebenaran.

    Yang jadi masalah kepada orang melayu ini adalah mereka sangat mudah percaya kepada orang yang mangaku dirinya " Ustaz ".

    Berita dalam Harian Metro : Seorang Ustaz dari Kemboja datang kutip derma dari orang melayu di Malaysia konon nak buat surau dan mesjid, dan konon nak bantu orang miskin di Kemboja. Tahu2 dia bina banglo macam istana di sana. Tak apa lah setidak2nya orang melayu yang menderma tu dapat juga pahala kerana menolong Ustaz itu membina istana untuk keselesaan diri dan anak isteri dia.

    Berita PRK DUN Sungai Limau : Calon Pas seorang yang bergelar Ustaz. Ustaz mana boleh menipu, Ustaz mana boleh cakap bohong. Tapi Ustaz calon Pas ini bukan tipu setakat satu dua orang sahaja, malah dia berani dan tergamak menipu beribu2 orang melayu pengundi Sungai Limau dan beratus ribu orang2 melayu Pas seluruh Malaysia melalui gambar yang memaparkan pertemuan dia dengan arwah Ustaz Azizan di pejabat MB semasa Ustaz Azizan jadi MB Kedah. Pada hal dalam gambar tu hanya kepala sahaja adalah milik Ustaz Azam calon Pas ini sedangkan badan adalah milik orang lain. Benda ini bukan fitnah, tapi telah diakui oleh Pengarah Pilihanraya Pas iaitu Ir Amirudin. Sekarang satu negara dah tahu Ustaz Pas tak boleh dipercayai, sanggup menipu untuk nak menang pilihanraya.

    Tak tahu lah kalau orang Sungai Limau masih lagi mempercayai Ustaz Pas ???????????

    Ana Muslimah

    ReplyDelete

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda