Friday 20 December 2013

TERBUKTI SELANGOR MAMPU HALANG TOL NAIK DAN BERI TOL PERCUMA @khalidibrahim @rafiziramli




Walaupun dengan pegangan minoriti 30 peratus saham Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dalam beberapa syarikat konsesi tol, ia ada pengaruh bagi merealisasikan hasrat menghalang kenaikan tol dan memberi tol percuma kepada rakyat Selangor...

Kerajaan negeri Selangor melalui anak syarikatnya seperti PKNS dan Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) mempunyai 30% saham dalam setiap konsesi lebuhraya seperti,Grand Saga Sprint dan Kesas. Jadi di mana yang dikatakan kerajaan persekutuan punyai kuasa dalam isu kenaikan harga tol di Selangor?



kerajaan Selangor telah menetapkan syarat baru yang mana semua projek lebuhraya yang mahu dijalankan di Selangor pada masa hadapan memerlukan exit clause. Apa yang dimaksudkan dengan terma “exit clause” :

Exit clause yang dimaksudkan adalah, pengurusan lebuhraya akan diserah semula kepada kerajaan negeri setelah syarikat pengendali konsesi mencapai keuntungan, tanpa mengambil kira tempoh keseluruhan konsesi.

Pakatan tidak boleh menuding jari menyalahkan kerajaan persekutuan sebenarnya sedangkan mereka mempunyai hak mutlak untuk mengurangkan tol atau memberi percuma seperti yang selalu disebut oleh mereka dalam manifesto pakatan.

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda