Friday, 20 December 2013

PANASS !! ANGOTA IMIGRESEN DAN KASTAM TERLIBAT SINDIKET DADAH ANTARABANGSA



Polis tidak menolak kemungkinan anggota Jabatan Imigresen dan Kastam Diraja Malaysia terlibat dalam sindiket penyeludupan dadah antarabangsa menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sumber polis berkata mereka antara lain berperanan sebagai dalang dengan membenarkan keldai dadah warga asing memasuki negara tanpa pemeriksaan rapi di bahagian masing-masing.

"Bukan sahaja bagasi mengandungi dadah dapat dibolosi malah individu yang membawa dadah itu juga terlepas daripada pemeriksaan pihak berkenaan.

"Jadi, kita lihat ini adalah satu rangkaian sindiket dadah yang besar menggunakan agensi penguat kuasa untuk meloloskan dadah ke dalam negara," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.



Beliau diminta mengulas perkembangan kes penangkapan 11 lelaki termasuk empat pegawai kanan dan pegawai penguat kuasa Kastam dalam beberapa serbuan di ibu negara dan Negeri Sembilan pada 14 dan 16 Dis lepas, yang melibatkan rampasan dadah bernilai RM14 juta.

Dalam rampasan itu, polis turut menemui sepucuk pistol jenis CZ bersama magazin serta 30 butir peluru.

Menurut sumber itu pistol itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim di Putrajaya pada 26 April lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi Bernama bagaimanapun berkata pihaknya belum dapat memastikan kaitan senjata api itu dengan pembunuhan itu.

"Jangan spekulasi perkara ini kerana ia masih dalam siasatan," katanya.

Difahamkan senjata api itu dihantar ke Jabatan Kimia untuk ujian balistik. - Bernama

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda