Thursday, 3 October 2013

SERAM !! KISAH 2 ORANG PEMUDA TERSEREMPAK PONTIANAK DALAM HUTAN !!




Di dalam sebuah kampung tinggal dua orang yang bersahabat baik bernama Pok Lan dan Fauzi. Kedua-dua orang sahabat ini sangat rajin bekerja dari pagi hingga ke malam, dari malam hingga ke pagi..

Pada suatu hari terfikirlah Pok Lan untuk pergi bercuti sambil merehatkan fikirannya yang semakin lama semakin buntu dengan beban kerja yang dihadapinya. Maka pada malam itu berkatalah Pok Lan pada Fauzi.. " Zie! aku rasa dah sampailah masanya kita untuk bercuti, rehatkan fikiran... apa pendapat engkau?"

"Elok sangatlah tu... Kemana kita?" Jawab fauzi dengan bersungguh-sungguh. "Aku rasa baik kita pergi ke hutan... sambil melihat alam semulajadi, boleh gak kita cari-cari tempat untuk memancing..!" sambungnya lagi sambil memikirkan ketenangan yang akan mereka kecapi setelah berada di sana nanti.



Setelah mencapai kata sepakat maka pada hari minggu berikutnya bertolaklah mereka ke hutan untuk memenuhi hajat yang terpendam di hati mereka. Kira-kira matahari segalah di atas kepala, sampailah sudah mereka di pinggir hutan berhampiran dengan sebuah sungai yang agak lebar dan dalam airnya. Terus saja ia menyusuri sungai itu masuk ke dalam hutan.

Sekian lama berjalan, belum juga sampai ke tempat yang hendak ditujunya. "Dah lama sangat kita ni Lan!.. bila kita nak sampai?"tanya Fauzi yang mula curiga. "Sebenarnya aku pun kurang pasti gak tempat tu... tapi kalau tak silap aku ada satu tempat yang cantik dan ada air terjun disebelahnya. Itupun dulu aku ikut bersama bapak aku menjerat rusa, terjumpa tempat tu."Pok Lan pun mula tak sedap hati.

Hari hampir gelap,lalu mereka mengambil keputusan mendirikan khemah di suatu tempat yang agak lapang berhampiran situ. Setelah siap, mereka hidupkan unggun api dan memasak makanan untuk santapan malam itu. Kawasan hutan memang cepat gelap berbanding dengan di luar sana.

Setelah menjamu selera mereka, bersandar Fauzi pada tiang khemah sambil menyalakan sebatang rokok. "Itulah engkau, kalau tak tahu kan baik cakap tak tahu aje!" Rungutnya pada Pok Lan. Jawapan bisu daripada Pok Lan kerana dia tahu memang itu salah dia. "Kalau macam inilah suasananya bercuti, pagi besok baik kita balik aje!" sambung Fauzi lagi.

"Yelah, yelahh..!" Jawab Pok Lan lalu terus masuk ke dalam khemah. "Tu la engkau, cakap sikit dah nak melenting."dengan bersahaja Fauzi sengaja meninggikan suara.

Tiba-tiba terdengar suatu suara mengilai yang sungguh kuat di atas pokok. "....Hiiii...hiii..hii....hhiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....!! Fauzi tersentak dan secara spontan mendongak ke atas lalu ternampaklah dia akan perempuan berpakaian putih, berambut panjang mengerbang, membelakangkannya sambil duduk berjuntaian kakinya di atas dahan pokok. Makhluk itu terus mengilai dengan kuat dan mendepa-depakan tangannya menampakkan kukunya yang panjang. Di tangan kirinya sedang memegang sebiji kepala monyet yang masih berlumuran darah sedang menitik-nitik ke bawah.

Fauzi menjadi kaku dan tidak dapat hendak bergerak dan mengeluarkan suaranya. terasa seperti di gam seluruh anggotanya pada tempat dimana dia bersandar.

Tanpa disangka, pontianak itu berpaling dan memakukan matanya pada Fauzi seperti memarahinya... matanya yang bulat dan gigi taring yang terkeluar daripada mulutnya menampakkan kesan darah segar daripada kepala monyet itu yang baru dihirupnya.

Pontianak itu terus mengilai dan memberikan senyuman yang mengerikan pada Fauzi yang tidak dapat berbuat apa-apa kerana terlalu takut.


Pontianak itu mencampakkan kepala monyet kebelakang dan terbang turun perlahan-lahan menghampiri Fauzi dengan tangannya yang menjulur ke depan seperti hendak mencekiknya.

Semakin dekat tangan pontianak itu menghampiri leher Fauzi untuk menembuskan kerongkongnya dengan jari-jari kuku yang panjang dan tajam itu dan ............."PANGGGGG!!"...... satu tamparan hinggap di pipi!..

"Kan mak dah cakap jangan mengarang cerita seram!!... dah! pergi tidur.... besok nak ke sekolah!" Nisa terus menutupkan buku dan pergi gosok gigi sebelum masuk tidur.


Hehehe..Jangan marah yerr

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda