Friday, 4 October 2013
BN KEDAH UMUM CALON PADA 21 HB
Barisan Nasional (BN) Kedah kini bersedia menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dan akan mengumumkan nama calon yang akan bertanding bagi kerusi DUN itu, pada 21 Oktober.
Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, pihaknya sememangnya telah mula membuat persiapan sejak dari awal dan jentera parti juga sudah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.
"Untuk tujuan itu (PRK) Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan turun ke Kedah dan melawat DUN Sungai Limau pada 8 Okt ini, antara lain bertujuan untuk berbincang dengan pihak kami (BN negeri) mengenai persiapaan menghadapi PRK ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Jabatan-jabatan Agama Islam Kedah di sini hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya masih belum memutuskan dan sedang berusaha untuk menyenarai pendekkan nama nama calon
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda