Thursday, 5 September 2013

PEMIMPIN BN MAI BACA NI !! LUAHAN HATI RAKYAT TENTANG KENAIKKAN HARGA MINYAK !!!




Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci Malaysia.

Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak mampu bayar.

Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.
Memang kita berduit.
Memang kita berharta.

Namun,
jauh di pelusuk sana,
ada yang menghitung syiling.



Ada yang bekerja teruk terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun kwsp. Kerjanya keluar pagi balik dinihari.

Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga metropolis?
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Buatlah part time?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki?

Ya...
Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh wibawa.

Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.
Motor buruk hanya tunggu masa.

Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.

Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master.

Hanya untuk mulut mereka sekeluarga.

Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.

Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas mereka?

Kalau itu sistem kehidupan.
Aku rela jadi bodoh dari kalian.Kerana aku taknak hilang perikemanusiaan.

Sumber dari blog Kedahkekl.blogspot.com

1 comment:

  1. Salam.
    Hakikatnya, bila minyak naik, semuanya naik. Kos hidup meningkat. Semua merasa beban. Yang hidup kaya resah kerna kos meningkat nak kekalkan kekayaan, Yang hidup sederhana resah kerna kos meningkat nak kekalkan gaya hidup yang serba sederhana, yang miskin tetap dan makin terhimpit dek kos yang meningkat untuk menyara diri dan keluarga saban hari. Kesannya akan berpanjangan dan tidak tahu sampai bila. Apapun, YANG KAYA TETAP KAYA, YANG SEDERHANA MENJADI PAPA DAN YANG PAPA TERUS KEDANA. Lagi nak ligat berpolitik rakus? Sudah-sudahla tu....ingat LIMA sebelum datangnya LIMA. Sekian. -Anak Kampung-

    ReplyDelete

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda