Friday, 9 August 2013
PANASSS !!! BUAH PEDIH TUN M BUAT KUAN YEW
Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil pendirian sinis terhadap pandangan bekas Perdana Menteri Singapure Lim Kuan Yew daripada Singapura yang mengkritik mengenai penyuburan Islam di Malaysia.
Katanya, dakwaan Lee bahawa Malaysia kononnya kini semakin ghairah menuju ke arah Islam yang lebih ortodoks dan tidak seiring zaman adalah pandangannya.
"Itu adalah pandangan dia. Setiap orang berhak menyuarakan pandangannya.
“Kita hidup dalam dunia… yang mengamalkan kebebasan bersuara , khususnya di Singapura," kata kata mantan Perdana Menteri itu.
Lee adalah pengasas Singapura yang memerintah negara itu lebih tiga dekad dengan undang-undang ketat terhadap kebebasan media dan hak bersuara.
Dasar kuku besi itu diteruskan oleh pengganti-pengganti Lee. Baru-baru ini Singapura memperkenalkan undang-undang bagi mengawal kandungan berita di portal-portal negara itu.
Dalam buku "One Man's View Of The World" itu, Lee mendakwa Malaysia semakin di bawah telunjuk negara-negara Arab, menyebabkan cara hidup Islam semakin menebal di negara ini.
Beliau juga menyatakan kesangsiannya bahawa Malaysia berupaya menjadi sebuah negara Islam yang progresif.
Mahathir berkata pandangan itu datang daripada seorang yang sudah berusia 90 tahun dan "kita patut memberi kelonggaran kepada beliau"
"Kita patut memberikan kelonggaran kepada mereka yang sudah lanjut usianya. Saya juga berharapkan demikian untuk diri saya. Saya berusia 88 tahun," kata Mahathir yang menjadi Perdana Menteri lebih dua dekad sebelum berundur pada 2003.
"Kita hidup dalam dunia… yang mengamalkan kebebasan bersuara , khususnya di Singapura," kata Mahathir.
Lee adalah pengasas Singapura yang memerintah negara itu lebih tiga dekad dengan undang-undang ketat terhadap kebebasan media dan hak bersuara.
Bagaimanapun, Mahathir tidak mahu mengulas kenyataan penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam bukunya "Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia".
Beliau berkata, dirinya belum membaca buku itu lagi.
"Saya belum membaca buku itu lagi. Saya akan mengulas nanti."
Dalam buku itu, Abdullah berkata Mahathir adalah seorang pemimpin yang penuh kontradiksi dan sekiranya hasrat bekas perdana menteri itu dituruti, Malaysia hari ini sudah muflis.
Buku itu akan berada di pasaran pada bulan ini dengan Abdullah sendiri dijadual melancarkannya.
Ia disunting oleh Bridget Welsh dan James UH Chin dan setebal 620 halaman serta diterbitkan oleh Strategic Information dan Research Development Centre (SIRD), Kuala Lumpur.-Antarapos
Dolah...Dolah... Tak sebut Islam Hadhari lagi ke?
ReplyDeleteCemerlang Gemilang Terbilang?
Dah lah Dolah... Tak sudah2 nak dengkurkan orang...
Nak kena baca ni, baru bole ulas! Kalau setakat tgk record dia masa jd PM jek...rasa mcm buang masa je kalau baca pun!!!! Hehehe
ReplyDeleteReawakening??? Jadi betullah Pak Lah tidoq masa dia jadi PM dulu. Sekarang ni dia baru bangun tidoq buat tulis buku tu! Kalau gitu buat apa baca buku hasil orang tidoq...isi ceritanya tentu mengarut je.
ReplyDelete