Saturday, 10 August 2013

DAP PUNYA PEMILIHAN , UMNO YANG KENA




Mungkin tidak punya hujah lagi untuk mengakali minda rakyat, “Maharaja Dinasti Lim” mengamuk sakan baru-baru ini pada seorang paderi, Father Augustus Chen, yang menulis mengenai pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang lalu bersifat “luar biasa”.

Father Augustus dalam tulisannya mendedahkan tentang Laporan Ekuiti yang menyebut mengenai “penipuan pemilihan CEC” yang dijalankan oleh anaknya, Guan Eng, selaku Setiusaha Agung DAP pada akhir tahun lalu.

Lebih menarik, paderi itu jugak membongkar penipuan demi penipuan yang berlaku di dalam pemilihan CEC parti “chauvinis ultra kiasu” itu selama tempoh 47 tahun lalu! Padanlah Lim Kit Siang panas hati…

Bekas Ahli Parlimen (DAP) Wangsa Maju, Wee Choo Keong pula tampil menyakinkan rakyat Malaysia berhubung dakwaan Father Augustus itu dengan mengatakan bahawa paderi itu pernah menjadi rakan karib anaknya, Guan Eng. Maka ia menjadikan tulisan paderi itu lebih berkreadbiliti, bukan?



Namun yang peliknya, Kit Siang tidak semena-mena menyanggah dakwaan Father Augustus dan menuduh UMNO merupakan dalang di sebalik penulisan paderi itu. Hanya kerana Utusan Malaysia yang siarkan berita mengenai pembohongan DAP, maka UMNO pun turut dikaitkan? Adilkah begitu?

Kalau kita lihat dari susur galur cerita mengenai penipuan yang didedahkan oleh Father Augustus sehingga ia menggemparkan seluruh negara tentang “kisah gelap” di dalam DAP itu, saya tidak nampak langsung penglibatan UMNO di dalamnya.

Kalau ada pun, hanyalah Utusan Malaysia saja. Itu pun kerana akhbar itu dimiliki UMNO sebagai pemegang saham terbesar dan ia hanya melaporkan apa yang diceritakan oleh Father Augustus, Wee Choo Keong dan sidang akhbar Ketua Cawangan DAP Jalan Bagan Luar, G. Asoghan.

Salahkah Utusan Malaysia siarkan berita sensasi mengenai DAP itu? Bukankah sudah resmi media massa dan akhbar yang sentiasa mahukan cerita-cerita sensasi untuk tatapan pembacanya? Sudahnya, UMNO pula disalahkan? Biar betul?!

Berusaha mengaitkan UMNO di dalam teorinya, Kit Siang menuduh buku tulisan Father Augustus itu kononnya telah diterjemah ke dalam empat bahasa, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil dan Bahasa Cina. Benarkah?

Apakah Kit Siang benar-benar pasti dengan tuduhannya itu? Dia begitu yakin? Apakah dia punya bukti untuk membuat pertuduhan seperti itu?

Pada hemat saya, Kit Siang sebenarnya takut pada bayang-bayang partinya sendiri. Bila “tembelang” yang dipercayai telah didalangi “Dinasti Lim” terbongkar di pengetahuan umum, dia panik melihat kebangkitan ahli DAP yang bangun menentangnya.

Mungkin juga dia takut jika legasi “Dinasti Lim” pupus sebelum waktunya? Dan mungkin juga dia risau sekiranya parti yang dilahirkan PAP Singapura itu hilang agenda “chaunivis ultra kiasu” yang didokongnya selama ini.

Hakikatnya, DAP hanyalah sebuah parti politik yang sebelum ini kononnya begitu “telus”, “mulus” dan “kudus”. Padahal, ia hanyalah sebuah parti yang menjadi alat untuk meng“Singapura”kan Malaysia.

Mereka mahu kuasai Malaysia, dan hapuskan sistem beraja di negara kita. Kemudiannya, mereka dengan mudah dapat merepublikkan Malaysia, sekaligus mungkin dapat membawa masuk “abang besar” mereka, Singapura, sebagai sebuah negara “republik” yang baru. Itu teori saya.

Saya sarankan DAP supaya lakukan saja pemilihan CEC semula. Apa yang nak ditakutkan? Susah sangatkan mahu adakan pemilihan semula? Apakah DAP akan automatik diharamkan jika adakan pemilihan CEC semula? Atau Lim Kit Siang sendiri takut “Dinasti Lim” karam kali ini?

Sumber Mykmu.net

1 comment:

  1. DAP mmg stupid party! Rasis!!! Yang benar tetap benar..tp bila ada yg salah, akuilah! Tiba masa DAP tetap berkubur! Banyak ahli parti dh fade up n give up dgn mr guan eng+karpal singh!!

    ReplyDelete

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda