Saturday, 17 August 2013

PANASS !! KERAJAAN TARIK TARAF PR PEMILIK RESORT



PEMILIK Tanjung Sutera Resort di Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor yang membenarkan penganut Buddha menjalankan upacara keagamaan di dalam sebuah surau di resort itu dilucutkan taraf pemastautin tetap (PR) Malaysia serta-merta, demikian umum Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Dr Ahmad Zahid berkata penarikan status PR itu sebagai amaran kepada mereka yang tidak menghormati sensitiviti agama di Malaysia.
Menurut beliau, penarikan itu merupakan tindakan pertama kali diambil terhadap seorang pemegang status PR di negara ini.

Pemilik resort itu Syed Ahmad Alkaff sebelum ini mengaku memberi kebenaran kepada sekumpulan penganut-penganut Buddha enggunakan surau itu atas alasan kemudahan dewan di resort itu sedang penuh dan digunakan.



Kejadian itu disaksikan oleh pengunjung resort berkenaan yang kebetulan ketika itu mahu menunaikan solat di surau berkenaan.

Pengunjung itu merakam kejadian dan memuat naik video ke laman YouTube dan juga membuat laporan polis.

Kes disiasat Polis Johor mengikut seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu membencana atau mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan.

Pengurus dan juga pemilik resort itu kemudian ditahan untuk membantu siasatan.

Dia yang ditahan reman sejak Selasa kemudian dibebaskan dengan jaminan polis semalam.
Memetik laporan Bernama semalam, Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Ismail Yatim berkata kertas siasatan kes berkenaan sedang dilengkapkan untuk diserahkan kepada pihak pendakwa raya bagi tindakan selanjutnya.

“Polis akan menunggu arahan lanjut daripada pendakwa raya dan dalam masa yang sama kita sedang memantau segala aktiviti dan juga reaksi orang ramai berhubung kes berkenaan,” katanya kepada pemberita. – Mynewshub.my

1 comment:

  1. ini baru betul...berkeras kasi mereka2 ni takut nak mempersendakan agama islam dan Melayu..!!!

    ReplyDelete

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda