Sunday, 18 August 2013
PANASS !!! APA CERITA NI "JAIK" ?? BUDAK TAHFIZ AMAL KEMBALI MENGEMIS ??? @MukhrizMahathir
Ibarat mengetuk tong drum, sekali ketuk sekali bunyi, itulah paling sesuai ditujukan kepada Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK). Pada 28 Jun 2013 yang lalu JAIK telah membuat lawatan mengejut ke sebuah pusat tahfiz amal di Jalan Yan yang sering dipersoalkan orang ramai kerana disyaki memperalatkan pelajarnya untuk menjalankan ‘jualan amal’.
Dalam lawatan tersebut pihak JAIK mengarahkan operasi Pusat Tahfiz berkenaan ditutup serta merta kerana menggunakan pelajar bagi menjalankan aktiviti jualan amal kononnya aktiviti itu salah satu daripada aktiviti kokurikulum sekolah berkenaan..
Namun selepas sebulan penutupan dibuat, aktiviti jualan amal oleh pelajar sekolah berkenaan berjalan seperti biasa.. Malah lebih rancak dari sebelum sebelum ini..
Hasil tinjauan dibeberapa kawasan di Alor Star selepas sambutan Aidilfitri baru baru ini, masih ada beberapa kanak kanak berkumpul dihadapan kedai kedai dan bank bank untuk menjalankan jualan amal..
Persoalannya sejauhmana keberkesanan dari pihak JAIK menangani isu ini ?? Sepatutnya bila pihak JAIK mengeluarkan arahan menutup pusat Tahfiz Amal ini, perlulah ada pemantauan dan langkah langkah bagi mencegah perkara ini dari berulang dan mengambil tindakkan sewajarnya kepada pihak sekolah tahfiz berkenaan..
Takkan setiap kali isu ini dibangkitkan baru JAIK nak ambil tindakkan ?? Kepada pihak JAIK, sudah berbuih mulut dan berpuluh artikel berkenaan Kes kanak-kanak dieksploitasi oleh pusat tahfiz amal ini didedahkan..Jika pihak JAIK rasa mengeksploitasi kanak kanak ini satu kes berat, tolonglah buat kerja cara Islam.. Janganlah ada dari pihak anda terpengaruh dengan tuan empunya pusat tahfiz amal ini sudahlah..
re: Hasil tinjauan dibeberapa kawasan di Alor Star selepas sambutan Aidilfitri baru baru ini, masih ada beberapa kanak kanak berkumpul dihadapan kedai kedai dan bank bank untuk menjalankan jualan amal..
ReplyDeleteSetakat tinjauan ranjau saja tak jadi wahai MT. Jadikan le diri hebat sikit sebagai reporter yang berwibawa.
Ambil gambar (siap dengan tarikh dan jam), beritahu kat mana secara spesifik. Dapat dua tiga lokasi dengan anak2 penjual yang berlainan kan nampak pandai sikit.
Nak mantap lagi, interview anak2 tu, tanya nama dan latar belakang. Atau pun spy dari jauh tengok siapa yang awasi anak2 ini, siapa yang ambil bila petang/malam, guna kenderaan apa. Ambil gambar lagi.
Kalau rasa kesian sangat kat anak2 tu, panggil polis ambil dan bawa ke balai. Buat repot polis kalau perlu.
Kalau boleh buat semua tu, ngko bukan saja boleh dapat tabik spring dari aku, tapi aku percaya Mukhriz pun akan tabik spring kat kamu. Pahala dan pujian pun sahih berbakul2.
Tapi nak kata apa, aku tak salahkan kamu. Apa yang satu dua orang boleh buat. Mazidol yang besar gajah tu pun tak boleh hentikan gejala ni, apa lagi ngko yang tak famous.
Orang macam aku ni boleh cakap macam2, bagi idea berlori2, tapi sayangnya setakat jadi keyboard warrior nak tunjuk pandai saja. Habis2 sangat aku boleh cakap ' aku sokong', ataupun 'betul, semalam aku sendiri tengok kat...', ataupun 'ini semua kerja BN'.
Alangkah indahnya kalau ramai lagi orang Kedah tolong prihatin dengan anak2 yang dijadikan keldai niaga orang yang tak berhati perut ni. Spy tengok nombor kenderaan dia, simbah cat sebagai warning. Biar dia tau kita sedang perhati perangai hodoh dia.
Kalau nak ngadu kat JAIJ, kat Polis, setakat mana yang dema boleh buat. Berapa lama dema nak pantau nak siasat, nak bagi amaran, nak ambil tindakan, nak heret ke mahkamah. Dan apa pula hukuman yang boleh dikenakan.
Entahlah aku pun boleh cakap saja, itu pun cara tak pandai. TAPI, kalaulah ada sesiapa boleh kasi reward hingga tertangkap dan terhukumnya si malaun ni, aku percaya ramai yang teringin nak cuba.
Salah pengasas tahfiz itu sebenarnya. Walaupun ada penguatkuasaan tapi mereka tetap buat perangai yang sama. Masa PAS perintah dulu pun mereka tetap dan rancak melakukan mintak sedekah. yang kaya adalah pengasas tahfiz dan mereka perlu dihukum.
ReplyDeleteLepas ni kerajaan perlu mengambil alih tahfiz-tahfiz agar bantuan boleh diberi melalui Sekolah bantuan penuh kerajaan (SBPK). Tak perlu nak layan sekolah SKJC lebih-lebih sangat tak de maknanyer bantu sekolah-sekolah cinabeng komunis lagi.