Saturday 17 August 2013

GEMPARR !!! KANAK KANAK 5 TAHUN BERTARUNG NYAWA AKIBAT DIDERA



Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dipercayai didera dengan dipukul dengan kejam oleh ibunya di Taman Wang, Menglembu, kini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital di sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata doktor di Hospital Raja Permaisuri Bainun telah membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan pada petang Jumaat.

Beliau berkata terdapat kesan calar dan dipukul pada seluruh tubuh dan kepala kanak-kanak berkenaan.

“Dia kini di rawat di IVU. Siasatan berhubung perkara ini sedang dijalankan,” katanya. – Mstar.com.my

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda