Inilah Nurul Izzah Anwar Al kutty tak habis habis nak salahkan polis bila jenayah tembak menembak makin berleluasa..
Jika sebelum ini polis mengunakan mengunakan ISA dan EO, pakatan menyalak mengatakan akta berkenaan zalim dan melanggar hak asasi manusia.
Bila akta berkenaan dimansuhkan dan jenayah berat kembali berleluasa, pakatan kata polis tak bertindak..
Yang hairannya si Nurul Izzah mencadangkan pula agar mewujudkan satu suruhanjaya bebas aduan dan salahlaku polis..Pelikkan yang jahatnya penjenayah tapi kenapa desak suruh tubuh suruhanjaya aduan tentang salahlaku polis??
Macamana polis nak buat kerja dengan baik kalau pembangkang tak habis habis menyalahkan pihak polis dalam sesuatu kes..
Suruh Polis bertindak selesaikan kes jenayah tapi dalam masa yang sama penjenayah dibela oleh peguam pembangkang..
Peningkatan kadar jenayah berat di negara ini mampu dibanteras jika kerajaan BN mewujudkan sebuah Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC), kata ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.
Jalan penyelesaian katanya tidak mampu dicapai dengan mengembalikan undang-undang zalim seperti yang diuar-uarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya, pelaksanaan IPCMC yang pernah disarankan melalui laporan Suruhanjaya Siasatan DiRaja yang dipengerusi oleh bekas Ketua Hakim, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah adalah jawapan kepada negara bagi membanteras jenayah.
"Tindakan beliau itu menjadikan kerajaan dan PDRM nampak seolah-olah tidak berdaya melawan kerenah penjenayah yang memang sudah dikenal pasti dari simpanan rekod sedia ada ia amat mencurigakan," katanya dalam satu kenyataannya hari ini.
“Kenyataan atas angin dalam usaha memusatkan kuasa di tangan menteri di kala kerajaan sendiri gagal menyediakan khidmat terbaik buat rakyat," katanya membidas tindakan kementerian yang berhasrat mengembalikan undang-undang seperti Akta Ordinan Darurat (EO).
Menurut Izzah, kerana terlalu ghairah melaksanakan undang-undang drakonian, kerajaan terlupa untuk memberi perhatian untuk mempertingkatkan faktor pengawasan.
"Malaysia mempunyai undang-undang yang cukup untuk mencegah jenayah namun kekurangan adalah daripada segi penguatkuasaan undang-undang itu penyediaan peralatan yang berfungsi secara baik dari CCTV, kereta peronda, sehinggalah kepada anggota polis yang dilatih dengan baik.
"Malangnya, kerajaan tidak komited menyelesaikan masalah yang berkait pengawasan, pemantauan dan pencegahan jenayah yang lemah akibat kegagalan dalaman sendiri, " katanya.
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda