Saturday, 27 July 2013

TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN HARUS BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA ISU MAKAN DI BILIK PERSALINAN ?!!




Ustaz Nor Azizuddin Abdul Manan

ISU BILIK PERSALINAN DIJADIKAN RUANG MAKAN SEMENTARA DI SK SERI PRISTANA : SEJAK BILA GURU-GURU MEMPUNYAI MENTERI PENDIDIKAN ?

1. Sejak awal tercetusnya isu ini, saya mula merasakan ia pasti akan dijadikan isu nasional dan ternyata jangkaan saya betul. bahagian yang paling menarik minat saya untuk mengikuti isu ini ialah sikap cepat latah menteri kabinet berpotfolio Pendidikan, cepat sungguh dia melatah dengan hanya sebaran "berita atas angin" melalui laman sosial sahaja. Semudah itukan ?.

2. Saya fikir yang paling terkesan dalam isu ini adalah Guru Besar sekolah berkenaan, semestinya batang tubuh beliau menjadi sasaran pihak-pihak berkepentingan, ternyata betul, beliau dijadikan kerbau hitam oleh pemimpin partai politik baik dipihak kerajaan mahupun oposisi.

3. Jika sesiapa pun berada di posisi Guru Besar berkenaan, semestinya dalam keadaan dilema, sebelah kanan, murid dan sebelah kiri ibu bapa, dihadapan adalah KPM, dibelakang adalah PIBG dan guru-guru dibawah pentadbirannya.



4. Isu ini sebenarnya simple sahaja, PIBG selaku badan bebas dalam sekolah berkenaan yang menjadikan bilik berkenaan sebagai ruang makan sementara memandangkan kantin sedia ada kecil dan tidak dapat menampung bilangan murid yang keluar rehat (samada sebelum , selepas Ramadhan dan semasa dalam bulan Ramadhan sekalipun). Bayangkan dengan kapasiti enrolmen murid SKSP berjumlah 1,300 (kalkulasi mudah dibahagikan dengan 2 iaitu Tahap 1 dan Tahap 2), Tahap 1 terdiri daripada tahun 1 -3 berjumlah 650 orang murid dan tahap 2 terdiri daripada tahun 4-6 berjumlah 650 orang murid, keluar rehat mengikuti tahap, bayangkan keadaan kantin pada ketika itu ?, crowd dan menyesakkan !, betulkan ?.

5. So, tidak hairanlah jika meja dan kerusi dikantin tidak mencukupi menyebabkan ada sesetengah murid makan ditepi longkang, atau mana-mana kawasan sekitar sekolah. Implikasinya, sampah bertaburan, bekas makanan dan minuman pasti berselerakkan dan sebagainya, lantas satu tindakan drastik perlu dilakukan, ambil mana-mana bilik kosong (seperti yang dilakukan oleh SKSP dengan menjadikan Bilik Persalinan yang dikatakan tidak pernah digunakan) sebagai tempat makan sementara menantikan tindakan susulan selepasnya.

6. Namun, yang saya pelik, hairan bin ajaib, jika perkara ini mendapat persetujuan daripada PIBG yg mewakili Guru dan Ibubapa sekolah berkenaan, kenapa masih ada ibubapa yang mengambil sikap prejudis atas perkara ini ?. Saya fikir ibubapa berkenaan, confirm tidak pernah hadir mesyuarat Agung PIBG. Ingat sikit fungsi PIBG, jika dilantik 3 atau 4 orang ibubapa sebagai AJK Wakil Ibubapa bermakna sebarang keputusan dalam mesyuarat AJK PIBG adalah suara majoriti yg mewakili semua ibubapa murid sekolah berkenaan.

7. Berbalik kepada bilik persalinan berkenaan yg menjadi isu panas. Seorang blogger berbangsa India antara individu terawal melawat sekolah berkenaan semasa isu ini meletus, beliau mengakui, satu-satunya bilik kosong yang bolah digunakan bagi menampung keperluan murid untuk makan adalah Bilik Persalinan memandangkan kantin (sewaktu lawatan beliau ditutup sementara untuk kerja2 pengubahsuaian) memandangkan tiada tempat lain yang sesuai untuk menjadi ruang makan sementara. Beliau sendiri menyatakan bulan Ramadhan, jumlah murid bukan Islam dan murid Islam yang tidak berpuasa tidaklah seramai seperti yang didakwa. Jadi wajarlah makan diruang makan bilik persalinan selain dapat menghormati murid-murid Islam lain yang berpuasa.

8. Dalam pernyataan saya diatas, pemimpin Politik adalah orang yang paling cepat melatah dalam isu ini termasuklah Menteri berportfolio pendidikan. Kenapa terlalu cepat memberikan reaksi sedangkan siasatan belum dimulakan lagi ?. Sepatutnya ambillah pendirian siasat dahulu, kemudian hasil siasatan barulah diumumkan kepada khalayak umum.

9. Kadang-kadang, saya terfikir, apa perasaan guru-guru sekolah berkenaan khasnya barisan pentadbiran sekolah itu dipersalahkan 100% atas isu ini hatta GB sekolah itu mendapat ancaman dan ugutan bunuh ke atas dirinya. Dikala mereka dipersalahkan dan ditohmah oleh masyarakat dan media yang menghukum terlalu awal, dimana KPM selaku organisasi yang menaungi lebih daripada 450,000 kebajikan guru di negara ini ?. Semudah mengangkat jari telunjuk, guru pulak yang dipersalahkan. Mudahkan jadi Menteri Kabinet, ASAL tidak kena dimata mereka, "Anda BERSALAH !.

10. Sekarang, isu ini memasuki pusingan akhir, Guru Besar berkenaan diarahkan bercuti (ada yang mengatakan beliau sukarela mengambil cuti), dan tindakan ke atas beliau akan dibuat selepas cuti beliau berakhir. Itulah nasib guru, apatah lagi yang menjadi Guru Besar, tidak semena-mena, hayat perkhidmatannya ke "Tali Gantung" (istilah dikalangan guru-guru). Jadi, untuk perkara itu, saya hanya tunggu dan lihat apa tindakan ke atas Guru Besar berkenaan oleh pihak KPM, BPSH, JPNS, dan PPD Hulu Selangor. Mahu berpihak kepada Pihak sekolah atau ibubapa ?.

11. Sebab itulah dikalangan guru-guru saling tertanya-tanya, "Kita nie ada Menteri Pendidikan ker ?", so jangan terkejutlah jika kami guru-guru SeMalaysia lebih senang bertemu dengan NUTP/KPPK daripada bertemu dengan mana-mana pegawai di KPM atau JPN atau PPD jika ada masalah tertentu.Sebab NUTP/KPPK sahajalah penyelamat MARUAH, IMEJ DAN INTEGRITI GURU-GURU MALAYSIA. Yang pasti, isu ini semestinya menambahkan lagi bilangan ahli-ahli partai oposisi dikalangan guru-guru dalam PRU 14 kelak. Nasib ler.

p/s : Kes yang saya alami pun saya mohon bantuan NUTP, cepat sungguh tindakan NUTP, Terima Kasih NUTP kerana Prihatin dengan permasalahan guru. Bab nie memang aku "air-cond"kan NUTP. Jangan marah ya.

SUMBER FB https://www.facebook.com/sokong.gurubesar.sk.seri.pristana

MTK
Bagi aku, komen awal YB P Kamalanathan yang

2 comments:

  1. Lepas ni PIBG kena post minit mesuarat kat facebook. So takde la parent yang tercicir dari mendapat info terkini. Kalo bole repotkad pelajar dan tindakan disiplin keatas pelajar pun di postkan ke wall facebook ibu bapa masing2. Sekurangkuranya dapat publisiti kalo anak2 cemerlang. Kalo yang tak berapa nak cemerlang tu simpatila kat mereka mereka. Hanya sekadar cadangan.

    ReplyDelete
  2. KESIAN SANGAT KAT GURU BESAR TU...DIMANA UMNO? DIMANA KESATUAN GURU2 MELAYU?..YANG SADIS LAGI MENTERI PELAJARANNYA ORANG MELAYU TAPI MACAM SIAL TAK ADA TELUR. SIAL PUNYA MENTERI... KITA PAKAT2 SINGKIRKAN MENTERI2 UMNO YANG TIDAK ADA TELUR INI..MEMANG SIAL!!

    ReplyDelete

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda