Entah kenapa bulan ini orang Melayu dan Islam diduga begitu hebat, Mungkin hikmah di bulan Ramadan agaknya. Dimulakan dengan kontroversi Alvin dan Vivian pasangan blogger seks yang tidak tahu malu, dengan aksi berbuka puasa “jenaka” mereka dengan sup “Bak Kut TePh”.
Kini mereka berdua kembali bebas selepas dibebaskan dengan ikat jamin RM30,000 masing-masing RM10,000 setiap pertuduhan dengan dua orang penjamin dengan pelbagai syarat tidak mewujudkan kontroversi lagi.
Orang Melayu sememangnya marah dengan perkembangan ini kerana kedua-duanya dibiarkan bebas tetapi mereka menghormati keputusan mahkamah dan Alvivi dibiar bebas seperti sebelum ini.
Isu terbaru, tidak lama lagi bakal ditayangkan filem berjudul The New Village atau Kampung Baru Cina yang dengarnya akan ditayangkan pada bulan kemerdekaan iaitu 22 Ogos depan. Melihat kepada trailernya atau sedutannya, filem ini dilihat seperti menggagungkan gerakan Parti Komunis Malaya (PKM) pada sekitar tahun 1950-an dulu.
Kenapa filem sebegini boleh pula ditayangkan dan dapat kelulusan dengan mudah. Filem arahan Suhaimi Baba, Tanda Putera yang dihasilkan untuk memberi penjelasan punca sebenar peristiwa 13 Mei 1969 yang dihasilkan tahun lalu berkali-kali ditangguhkan tayangannya.
Filem berkenaan yang sebelum itu yang sebelum ini dijadualkan tayangannya pada 13 September 2012 ditangguhkan sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak kerana dibimbangi akan menimbulkan konflik kaum yang serius.
Kenapa tidak filem The New Village ini ditangguhkan seketika untuk dikaji semula kerana ia bakal membibitkan ketegangan kaum. Jika dilihat pada trailernya, pada masa itu sudah pastinya bangsa cina menempuhi tempoh sukar ditindas komunis bersama dengan bangsa Melayu dan India.
Dalam filem The New Village atau Kampung Baru Cina dalam bahasa Melayunya tidak pun dipaparkan kelibat askar dari bangsa Melayu sebaliknya semuanya bangsa cina. Adakah bangsa cina ramai yang menjadi anggota tentera pada waktu itu??
Belum tayang lagi Umno dan Perkasa disalahkan |
Pada sedutannya, ada kata-kata menyebut “Penempatan semula yang paling menderita, Pemindahan yang penuh dengan dugaan, memori jutaan warga yang sukar dilupakan dan babak yang tertinggal dalam sejarah dunia,” Babak apa? Apakah yang cuba disampaikan oleh penerbit filam dan pengarah filem ini.
Buatlah penilaian dan pemerhatian sewajarnya ke atas filem ini, jangan dibiarkan mudah sahaja filem berunsur sensitif ini ditayangkan. Jika terlepas salah satu unsur yang sebenar mempunyai provokasi, buruk padahnya nanti.
Bagaimanapun, filem Tanda Putera bakal ditayangkan juga akhirnya pada 29 Ogos depan selepas dimaklumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Ahmad Shbery Cheek – mynewshub.my
oklah 2.biarlah cerita 2 dikeluarkan.
ReplyDelete