Wednesday, 3 July 2013
GEMPA BUMI !! SEORANG MAUT BERPULUH PULUH CEDERA
Satu gempa kuat berukuran 6.1 pada skala Richter yang melanda wilayah Aceh, Indonesia pada Selasa membunuh sekurang-kurangnya satu orang, berpuluh-puluh cedera akibat bangunan runtuh, mencetuskan panik di kawasan yang dilanda tsunami pada 2004.
Gempa bumi itu melanda pada 0737 GMT pada kedalaman hanya 10 kilometer (6.2 batu), 55 kilometer selatan Bireun dan 72 kilometer tenggara Reuleuet, menurut pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat.
Seorang doktor di sebuah klinik kesihatan di bandar Lampahan, daerah Bener Meriah berkata, pihaknya telah mendapat maklumat kira-kira 50 orang mengalami kecederaan akibat gempa bumi itu dan seorang meninggal dunia.
“Kami telah menerima maklumat kira-kira 50 orang mengalami kecederaan manakala seorang kanak-kanak meninggal dunia akibat dinding rumahnya runtuh.
“Kecederaan yang terjadi berbeza iaitu ada yang luka sehingga kepada patah tulang,” katanya.
Tambah doktor itu, mereka yang cedera telah dibawa dari beberapa buah kampung untuk mendapatkan rawatan dengan menaiki dua buah lori.
Seorang wartawan AFP yang berada di lokasi kejadian turut melihat orang ramai berlari keluar dari bangunan dalam keadaan panik di ibu kota wilayah Banda Aceh apabila rumah dan banggunan bergegar dalam masa satu minit.
Satu gempa bumi besar melanda di luar Aceh pada tahun 2004, mencetuskan tsunami yang mengorbankan 170,000 orang di wilayah Sumatera dan puluhan ribu lagi di negara-negara di sekitar Lautan Hindi.
Indonesia berada di atas “Ring of Fire” Pasifik di mana plat benua bertembung, menyebabkan aktiviti gegaran berlaku. – AFP
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda