Tuesday, 2 July 2013
ANWAR MILIKI 20 AKAUN DI LUAR TERMASUK ISRAEL GAMATKAN DEWAN RAKYAT
Seorang penyokong kerajaan mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki 20 akaun bank yang berpangkalan di luar negara termasuk Israel dengan jumlah simpanan kira-kira RM332 juta.
Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) mendakwa beliau mendapat maklumat itu daripada laman web Wikileaks.
Katanya Anggota Parlimen Permatang Pauh itu dikatakan mempunyai 20 akaun bank dengan jumlah simpanan kira-kira AS$66 juta (RM209 juta) dan SGD$49 juta (RM123 juta) di bank di Amerika Syarikat, China, Singapura dan Israel.
"Perkara ini tersebar luas dalam internet, dan apabila saya membaca perkara ini, terlintas dalam kepala ialah dari mana datangnya wang sebanyak ini," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang Di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Liang berkata setiap akaun itu mempunyai maklumat terperinci seperti nama pemegang, jawatan, nombor pasport, tarikh akaun dibuka dan tarikh matang.
Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan menyiasat perkara itu kerana ia amat bahaya memandangkan ada akaun berkenaan dibuka di Israel sedangkan Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan negara itu.
Dakwaan itu mengundang tindak balas Tian Chua (PKR-Batu) yang bangun mencelah dan mendesak Liang mengemukakan bukti dan tidak membuat tuduhan melulu sambil menggesa mengemukakan bukti itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan.
"...Kita sudah berjuang lebih 15 tahun, satu sen pun tidak dapat...jadi kalau pemimpin kita kaya macam ini, kita juga ingin tahu," katanya.
Ini diikuti Jeff Ooi Chuan Aun (DAP-Jelutong) yang turut mendesak Liang mengemukakan bukti dan sekiranya gagal berbuat demikian perlu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
Desakan oleh wakil pembangkang itu mendorong Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) bangun mencelah dan dengan lantang mencabar pembangkang mengambil tindakan undang-undang ke atas WikiLeaks sekiranya maklumat itu adalah palsu.
Liang mengakhiri perbahasannya dengan berkata tindakan Anwar memiliki akaun di negara Israel seakan memungkiri janji dan komitmen ketika bersama mengutuk kekejaman tentera Israel ke atas penduduk Gaza tahun lepas.
"Tahun lepas, di dewan ini ketika perdana menteri membentangkan usul khas mengutuk serangan Israel ke atas Gaza, Permatang Pauh bersama Pas dan DAP turut mengutuk sama tetapi sebaliknya di belakang mempunyai akaun simpanan di negara berkenaan," katanya.
Persidangan bersambung esok. - Bernama
Artikel ini telah saya hujahkan di KNKB (kkamdias.blogspot.com) pada June 28, 2013 at 6:09 PM. Sekadar untuk berkongsi fikir/renung.
ReplyDeleteAnwar hanya BUDAK SASTERA LULUS GENERAL DEGREE sahaja!
Lupakan siPELIWAT ini.
Bukan sahaja demokrasi diliwatnya malahan keyakinan diri anak lelakinya pun diliwat sama. Bukankah Ikhwan terus bawa diri ke US tak berani balik Malaysia?
Anwar memang SAH PELIWAT! Hanya yg otak DILIWAT Anwar sahaja yg masih puja mamat ni.
Lihat di bawah ini (Mathematical Reasoning/Penaakulan Mantiq Tingkatan 5 aje):
Premis 1: If p then q
Premis 2: Not q
Conclusion: Not p
Kes I: p = Anwar TIDAK MELIWAT, q = Anwar BERSUMPAH
Kes II: p = Anwar TIDAK MELIWAT, q = Anwar menjalani ujian DNA
Kes III: p = Anwar bukan PELAKON DALAM VIDEO, q = Anwar MENYAMAN DATUK ESKAY
Nota:
1. Kes II sangat mudah difahami. Ibarat memulakan perlawanan bolasepak atau badminton di mana wang syiling dilambung. Keputusan lambungan syiling ialah Head (Kepala) atau Tail (Ekor). Maknanya kebarangkalian P(Head) = 1/2 = 0.5. Begitu juga P(Tail) = 1/2 = 0.5. Maknanya setiap kesudahan (outcome) mempunyai kemungkinan/kebarangkalian berlaku sebanyak 50%.
2. Begitu juga jika Jabatan Narkotik membuat ujian urine/kencing ke atas sesiapa yg disyaki terlibat dadah. Keputusannya adalah sama ada positif ataupun negatif. Kebarangkalian seseorang itu didapati positif atau negatif masing-masing ialah 1/2 = 0.5 @ 50%.
3. Justeru tidakkah Anwar punya peluang 50% yakni kebarangkalian untuk membuktikan dirinya bukan PELIWAT Saiful adalah 1/2 = 0.5. Beliau MENYALAK yg dia tidak bersalah meliwat Saiful TETAPI ironinya peluang untuk membuktikan dirinya betul TIDAK digunakan! Sampai sekarang Anwar tidak berani menjalani ujian DNA. Keputusan ujian DNA itu adalah sama ada SEPADAN atau TIDAK SEPADAN. Jika benar dakwaan Anwar bahawa beliau tidak melakukannya sudah pasti keputusan DNA kelak tidak sepadan dengan sampel yg ditemui di dubur Saiful!
4. Untuk fahamkan Kes I, II dan III sila teliti betul-betul:
TIDAK TIDAK = YA
BUKAN BUKAN = YA
5. Ironinya ramai Profesor Matematik Melayu/Islam termasuklah Prof Shaharir Mohamad Zain yg terbilang dengan istilah molek-molek seperti PeMelayuan Matematik, PemPribumian Matematik, PengIslaman Matematik tetapi akhirnya telah melakukan PengKebumian Matematik dalam isu LIWAT Anwar ini. Sejak 1998 lagi. 15 tahun berdiam diri! Mangalahkan Pak Lah Si Flip-Flop itu.
Siasat, jangan tidak siasat. Pasti rakyat Malaysia mahu tahu sumber-sumber kewanga Anwar.
ReplyDeleteBahSabahBah