Saturday, 30 March 2013

RAHSIA DISEBALIK LELAKI BERKOPIAH DI KEDAH


HIASAN
Seorang warga emas yang berlagak alim dengan memakai kopiah bagi menyembunyikan perbuatan jahat, akhirnya terbongkar apabila ditahan ketika mencuri sebuah kereta di tempat meletak kenderaan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, Isnin lalu.

Dalam tangkapan jam 12 tengah hari, suspek berusia 58 tahun dari Jitra dan bekerja sambilan di sebuah syarikat menjual kereta di pusat bandar ini, menggunakan modus operandi mencuri kereta model lama sebelum menjual rim aloi dan aksesori termasuk radio kepada pembelinya.




Difahamkan, suspek yang mempunyai empat anak itu dipercayai menggunakan hasil jualan barangan curi itu bagi menyara keluarganya kerana mampu memperoleh mencecah puluhan ribu ringgit sejak bergiat aktif pada 2008.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, pihaknya percaya dengan tertangkapnya lelaki terbabit, polis menyelesaikan hampir 400 kes kecurian kereta di bandar raya ini bagi tempoh lima tahun lalu.

Menurutnya, suspek menggunakan modus operandi berlagak alim dengan memakai kopiah dan menggunakan kunci pendua untuk mencuri kereta di sekitar pusat bandar ini. – myMetro Online

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda