Friday, 29 March 2013
PANASS !!! PULAU PINANG SEMAKIN MENJUNAM DIBAWAH KERAJAAN DAP #UBAHPENANG #SAVEPENANG
Setelah lima tahun DAP mentadbir Pulau Pinang, keadaan sosioekonomi di Pulau Pinang bertambah teruk, dengan kesesakan lalulintas yang semakin kronik, pembangunan hartanah mewah yang mengabaikan keperluan rakyat berpendapatan rendah, serta keadaan ekonomi yang mengalami defisit yang berkali ganda sejak 2009.
Walaupun Kerajaan Dap kononnya dianggap kerajaan "rakyat" tetapi sampai sekarang Kerajaan Dap masih gagal membina perumahan mampu milik untuk rakyat.
Itulah kesengsaraan yang dihadapi oleh rakyat di Pulau Pinang khususnya..Premis perniagaan melayu pula di robohkan dengan alasan menghalang lalu lintas, walhal peniaga peniaga kaum cina diberi keistimewaan untuk berniaga di tepi jalan walaupun perniagaan mereka menghalang lalu lintas.
Ramai percaya Guan Eng berjaya kurangkan hutang negeri.Tetapi ramai yang tak tahu itu sebenarnya dibuat dengan bantuan Kerajaan Persekutuan seperti pengambilalihan hutang bekalan air.
Pulau Pinang alami defisit selama 4 tahun berturut-turut sejak DAP & Lim Guan Eng mengambil alih tampuk pemerintahan∙
Guan Eng berjaya menipu orang ramai dengan perbelanjaan berhemah tetapi hakikatnya mereka langsung tidak membelanjakan wang yang diperuntukkan oleh Kerajaan Pusat untuk rakyat Pulau Pinang..
Projek terowong mega RM6.3 bilion Lim Guan Eng terima kritikan hebat dari CAP dan dari rakyat Pulau Pinang kerana ianya akan menjejaskan ekonomi nelayan di persisiran pantai dan menyebabkan kemusnahan ekosistem di sekitar Pulau Pinang.
Isu peningkatan kos pembinaan terowong mega ini sebanyak 2.2 bilion yang dibangkitkan oleh Ketua Penerangan BN negeri juga membuatkan Guan Eng kurang senang hingga menganggap Pemuda BN tidak Profesional..
Bagi menyelamatkan diri dalam hal ini Guan Eng memberi alasan "tersalah taip" dan menyalahkan pihak lain sengaja sensasikan isu ini..
Ini bukan soal pihak lain sengaja sensasikan pekara ini, jika pekara ini tidak dibangkitkan bukankah mereka akan teruskan projek ini dengan jumlah berbilion ringgit yang diberikan kepada syarikat kroni hanya bermodalkan RM2..
Berdasarkan maklumat daripada portal kerajaan negeri, jumlah asal yang dinyatakan ialah sebanyak RM4.08 bilion seperti yang diumumkan sendiri oleh Guan Eng pada September 2011. Bagaimanapun kos terkini yang dinyatakan ialah sebanyak RM6.3 bilion.
Sampai bila rakyat Pulau Pinang akan ditipu oleh kerajaan Dap? Cukuplah dengan memberi sepenggal Dap mentadbir kerajaan yang penuh diskriminasi terhadap kaum Melayu dan India, bahkan kaum cina sendiri pun rasa mereka ditindas oleh kerajaan Dap..
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda