Wednesday, 13 February 2013

PANASSS !!!! KEPADA YB NASIR JANGAN JADI PEMBOHONG !!! WARTAWAN @SinarOnline TOLONG RUJUK





Aku terpanggil untuk menjawab apa yang dikatakan oleh yb nasir dalam kenyataan beliau di sinar harian hari ni..

Dalam kenyataan itu beliau menuduh blog aku dan blog kedah ke kl lakukan fitnah terhadap beliau..

Ingin aku katakan kepada YB Nasir bahawa semua perbualan geng geng beliau itu memang diambil dari group keyrod kubang rotan.

Aku nak ucapkan terima kasih kepada YB Nasir kerana berani menjawab tuduhan kami..

Untuk makluman YB Nasir aku tak pernah tulis bahawa suara yang didedahkan dalam rakaman audio versi pertama hingga ketiga itu adalah suara beliau.

Kalau rujuk dalam artikel aku semuanya ditulis rakaman suara penyokong dari group YB Nasir nak jatuhkan Azizan.






Tidak ada satu patah perkataan pun dalam semua artikel aku keluarkan dalam isu ini  bahawa semua perbualan itu dicakap sendiri oleh YB Nasir...Ini bukan fitnah tapi ini satu kenyataan..

Lagi satu apa yang menariknya dalam laporan ini adalah YB Nasir berkata group keyrod@kubangrotan mempunyai 100 ahli ialah SATU PEMBOHONGAN..Ingin aku jelaskan disini bahawa group itu hanya mempunyai ahli seramai 13 orang saja dan semuanya terdiri daripada penyokong kuat YB Nasir.

Disini aku buktikan senarai ahli ahli dalam group keyrod@kubangrotan.

rekod perbualan

senarai ahli dalam keyrod

Aku mempunyai bukti yang cukup kukuh mengatakan bahawa semua perbualan dan segala maklumat ini diambil dari group yang dikendalikan beliau dan aku cabar YB Nasir untu dedahkan senarai 100 ahli dalam group seperti apa yang dikatakan beliau..

Kalau YB Nasir kata semua perbincangan terbuka, dan mahu berinteraksi dengan rakyat kenapa perlu wujudkan group TERTUTUP keyrodcrew@ kubangrotan yang dikatakan untuk penyokong beliau??


Selepas rakaman audio ini didedahkan YB Nasir difahamkan telah meletakkan password dalam group ini bagi mengelakkan segala perbualan terus dirakam..Beberapa hari dikunci baru group keyrod@kubangrotan ini dibuka semula dan YB gunakan channel baru berkunci iaitu keyrodcrew@kubangrotan untuk beliau dan penyokong sahaja..


Aku cuma nak YB Nasir jawab satu saja..Betul atau tidak semua perbualan itu dirakamkan dalam channel beliau.. Jawab Ya atau Tidak..

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda