Wednesday, 13 February 2013

JOM ANAK KEDAH KITA MERIAHKAN PELANCARAN KOLABORASI 13 KOLA KEDAH !!



Pengenalan KOLAborasi '13

Kolaborasi adalah gagasan arah tujuan kita dengan berkerjasama membangunkan kuala kedah menjadi suatu kawasan yang makmur, aman dan maju dalam semangat 1Malaysia.

Dengan kolaborasi sahajalah kita akan mencapai cita-cita membina masa depan yang lebih cerah untuk anak-anak cucu kita dan masa hari ini yang selesa dan lebih baik untuk kita. Kita perlukan kepimpinan yang
bervisi dan pengembelingan tenaga serta sumber secara kolaborasi.

Kita akan membantu menyediakan platform dan peralatan (tools) untuk berkolaborasi ini. Masa depan kita akan lebih cerah apabila kita tahu arah tuju kemana hendak kita pergi dan bagaimana untuk mencapainya.

Kerajaan tidak boleh diharap bersendirian tetapi bersama dengan cara berkerjasama dan berkolaborasi kita akan sampai kepada cita-cita kita dan boleh mencapai lebih tinggi lagi.

Dunia hari ini adalah dunia kolaborasi. Dengan bantuan internet dan jaringan komunikasi moden kita boleh mengembeling kekuatan individu menjadi kekuatan bersama. Inilah yang dimaksudkan dengan kolaborasi.
'Dengan bersaing kita tidak akan menjadi kuat, dengan kolaborasi apa sahaja boleh kita buat...'



Yahanana Tobat Buleeh..!

Tanpa kolaborasi sebuah masjid boleh mengajar ilmu fekah kepada 30 orang sahaja di kampong berdekatan sehari seminggu tetapi dengan kolaborasi 20 masjid boleh mengajar 100ribu penduduk Kola dengan ilmu
dari Fekah ke Sirah dan dari tauhid hingga ke tajwid. Penduduk Kola boleh berkongsi pengalaman, belajar, aduan, sumber maklumat, tempat makan terbaik dan lain lain lagi. Kita berkongsi sumber melalui cara
berkolaborasi.

Hari esok lebih baik dengan kolaborasi. Hari ini dengan terlancarnya kolaborasi 13 yang akan disempurnakan oleh YAB Tan Sri Muhyiddin,Timbalan Perdana Menteri Malaysia adalah permulaan
benda-benda baik yang akan dinikmati oleh semua penduduk kawasan Parlimen Kuala Kedah sekiranya Barisan Nsional kembali menjadi wakil bagi kawasan P10 Kuala Kedah, N15 Anak Bukit, DUN N16 Kubang Rotan dan N17 Pengkalan Kundur.

Perubahan akan kita bawa di kawasan kita. Marilah kita berkerjasama, bermuafakat, berkolaborasi membawa kemenangan Barisan Nasional di Kuala Kedah. Kolaborasi untuk anak Kola.

Yahanana Tobat Buleeh..!

Dato' Latt Shariman Abdullah


PENGENALAN DAN MISI

Bagi orang tempatan di Kedah, Kuala Kedah terkenal dengan nama KOLA. Collaboration dalam perkataan inggeris bermaksud kerjasama.KOLABORASI adalah gagasan permuafakatan menggunakan segala sumber dari dalam dan luar negara supaya dapat dimanfaatkan sepenuhnya untuk pembangunan kuala kedah khususnya, Malaysia amnya. KOLABORASI berteraskan pembangunan elemen asas iaitu ekonomi,
pendidikan, sukan dan kemasyarakatan.

BAGAIMANA KAMI MELAKSANAKANNYA

KOLAborasi adalah program berterusan dimulai pada :-14 hingga 16 dan 23 Februari 2013 di Parlimen Kuala Kedah. Bersempena dengan visi YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak iaitu konsep 1Malaysia, KOLABORASI menggambarkan perpaduan dan harmoni melalui kombinasi tiga faktor utama yang membawa kepada perubahan iaitu ekonomi, pendidikan, sukan dan kebudayaan.


http://www.kolaborasi.com.my




1 comment:

  1. Salam... konsep & idea baguih... tapi perlaksanaan tadak kesan... org parlimen kola kedah tak sedaq pun ada program... Latt Shariman layak ka jadi calon? Jgn dok buat program syiok sendiri...

    ReplyDelete

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda