Saturday, 1 September 2012
PULAK DAH !! PAKATAN KATA MANIFESTO HANYA SEMBANG KOSONG ??
KEPADA sesiapa yang habis percaya Pakatan haram ini akan melaksanakan semua janji-janji bulan bintang pilihanraya umum ke-13 mereka, sila ambil perhatian dengan perkembangan terbaru ini.
Kerajaan Pakatan haram Selangor yang terperangkap dengan janji-janji tidak masuk akal pada 2008, kini cuba menyelamatkan diri dari satu-satunya janji manifesto 2008 yang dilaksanakan – air percuma 20m3, dengan mengatakan Manifesto Bukan Perjanjian.
Kalau dah Manifesto pilihanraya bukan ‘janji’, apa kita nak panggil tu?
Perkara ini disebut Menteri Besar Khalid semalam, ketika menolak untuk menyelesaikan tunggakan air beratus ribu pemilik rumah pangsa, flat dan kondominium yang dikecualikan dari menerima subsidi air kerajaan Selangor seperti dijanjikan dalam Manifesto pilihanraya 2008 kerana tidak mempunyai meter individu sebaliknya meter pukal.
Demokrasi Ala PR Berak Atas Muka Pemimpin !!
Namun, suasana dan semangat yang sama ternyata tiada dalam puak-puak penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat. Jika itu belum cukup jahat lagi, mereka cuba pula mengganggu dan menghalang rakyat Malaysia yang lain dari menikmati suasana dan semangat yang murni itu.
Di kala rakyat menyambut Aidilfitri dan Merdeka dengan penuh keinsafan, keikhlasan dan kesyukuran, PR pula mempertontonkan kepada dunia sambutan Merdeka yang penuh dengan dendam kesumat, dengki khianat dan kebencian yang meruap-ruap.
Menggunakan nama 'Janji Demokrasi' mereka menghina potret Perdana Menteri dan mengkhianati bendera negara, sekali gus menunjukkan bukan sahaja mereka tidak punya sifat patriotik, tetapi juga tidak beradab dan tidak bermaruah.
Nampaknya demokrasi bagi PR ialah kebebasan membuat aksi tidak senonoh sesuka hati di khalayak ramai, contohnya seorang anak muda, dipercayai dari golongan LGBT membuka separuh seluarnya dan membuat aksi 'membuang' ke atas gambar Perdana Menteri.
Demokrasi bagi mereka juga ialah menolak segala-galanya yang membentuk identiti negara ini, termasuk benderanya.
Dari rakaman gambar dan video yang bertebaran di internet, peserta-peserta Janji Demokrasi ini tampak begitu teruja dan seronok tidak terhingga kerana dapat mendemonstrasikan tahap kebodohan mereka yang maksima. Mana tidaknya, dalam percubaan mereka menghina Jalur Gemilang dan Perdana Menteri, langsung mereka tidak sedar bahawa yang hinanya adalah mereka sendiri.
Hanya orang yang paling bodoh sahaja yang megah mempertontonkan kepada dunia sikap tidak tahu malu dan tidak punya maruah sebagai manusia ataupun sebagai warganegara sebuah negara berdaulat.
Apapun, kita tidak hairan melihat jenis manusia yang menyokong Pakatan Rakyat ini kerana mereka pastinya meniru sikap pemimpin mereka.
Kita telah sedia maklum bahawa kurang ajar, biadab, angkuh, bongkak, tidak senonoh, penuh kebencian, khianat dan marah atau dendam tanpa sebab yang munasabah, adalah identiti rasmi Pakatan Rakyat.
Di mana-mana saja mereka berada, tidak kira di Parlimen, di dalam majlis rasmi seperti Pertabalan YDP Agong apatah lagi di jalanan, malah di dalam pemilihan parti mereka sendiri, mereka pasti berusaha untuk mengganggu dan menggugat ketenangan dan keharmoniannya.
Keadaan yang aman ternyata menggusarkan mereka.
Kerosakan dan kemusnahan adalah matlamat perjuangan mereka. Kerana itu, mereka amat teruja dengan pemberontakan dan keganasan di negara-negara lain serta bercita-cita ingin mencetus keadaan yang sama di Malaysia.
Tindakan membawa bendera yang bukan bendera Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang lebih jauh dan mendalam dari segi agenda PR yang sebenar. Bendera yang menyamai gabungan bendera Republik Indonesia dan Singapura itu boleh diterjemahkan sebagai cita-cita PR untuk menjadikan negara ini negara Republik yakni, menghapuskan Institusi Raja-raja. Dan sesungguhnya, ini bukan lagi rahsia malah mereka telah pun mengambil langkah ke arah itu dengan membelakangkan Sultan dalam sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri Selangor.
Ia juga boleh dibaca sebagai cerminan cita-cita DAP yang mendokong impian Lee Kwan Yew/Singapura yang tidak pernah padam untuk menakluk Malaysia.
Selain itu, ia menonjolkan kecenderungan ke arah landskap politik Indonesia yang memberi ruang kepada golongan pluralis dan juga LGBT untuk menyatakan kehadiran mereka secara rasmi di dalam negara.
Maka jelaslah bahawa puak-puak Janji Demokrasi ini langsung tidak menghargai kemerdekaan. Sebaliknya, mereka amat mendambakan penjajahan dari segi minda dan juga fizikal iaitu dari Indonesia dan Singapura. Mereka menolak jati diri dan identiti Malaysia secara total dan menawarkan diri serta negara untuk diubah dan dibentuk berkiblatkan kedua negara tersebut.
Benar, himpunan mereka semalam tidak boleh disifatkan sebagai mengancam keselamatan secara fizikal. Namun, ia membayangkan ancaman yang jauh lebih besar iaitu terhadap iman dan minda generasi kita di masa depan.
Justeru, kepada peserta Janji Demokrasi yang tiada maruah sekalian, jika anda terlalu amat bencikan Malaysia, Malaysia juga sepuluh kali ganda membenci anda. Dan sedarlah bahawa anda hanya mewakili segelintir iaitu tidak sampai 1% dari 28 juta rakyat Malaysia. Ini boleh dibuktikan dari jumlah yang menyertai perhimpunan BERSIH sebelum ini, atau jumlah yang hadir dalam himpunan Janji Demokrasi semalam, berbanding jumlah rakyat yang mengikuti sambutan kemerdekaan pagi tadi.
Anda seharusnya tahu bahawa mengikut undang-undang demokrasi, pihak majoriti mempunyai hak menentukan hala tuju, identiti dan bentuk negara ini manakala pihak minoriti wajib menerima keputusan majoriti. Mungkin anda terlupa bahawa majoriti rakyat telah memilih BN dan bukannya PR dalam PRU yang lepas.
Justeru, jika benar anda semua mendokong demokrasi seperti yang dilaungkan, maka anda seharusnya menerima Malaysia sebagaimana ia wujud hari ini di bawah pemerintahan BN. Jika tidak, anda tidak ada hak untuk memberontak atau mengganggu keamanan negara tetapi anda disaran menggunakan hak anda untuk melepaskan kewarganegaraan anda dan berhijrah ke Indonesia atau Singapura dengan seberapa segera.
MTK
Yang berak tu ANAK HARAM BTOL LA
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Gemparr !! Adegan yang tak Patut Berlaku di Stadium Bukit Jalil Semalam #merdeka55 @NajibRazak
Sesunguhnya ini yang dikehendaki oleh seluruh rakyat Malaysia...Berbeza dengan malam ambang kemerdekaan pada 30 Ogos,negara kita dicemari dengan adegan adegan penyokong bersih yang tak sepatutnya berlaku semasa rakyat Malaysia yang lain sedang meraikan hari bersejarah.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Friday, 31 August 2012
PANASS !!! AMIRUDDIN MANGSA SETERUSNYA BILA AZIZAN TERGOLEK
Mungkin ramai terfikir bahawa isu ketiadaan Azizan Razak pada sambutan Hari Raya Aidilfitri di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah itu di Sri Mentalon pada 25 Ogos lalu adalah merupakan isu hangat di negeri Jelapang Padi itu.
Sebagaimana maklum, banyak media menyiarkan laporan tentang Azizan yang tidak dapat hadir ke majlis sambutan tahunan tersebut ekoran keadaan kesihatannya yang uzur dan tidak mengizinkan Persuruhjaya PAS itu bersama rakyat di hari lebaran itu.
Bagaimanapun, topik utama yang paling hangat diperbualkan oleh pak-pak lebai PAS mengenai insiden pada hari tersebut bukanlah tentang ketiadaan Menteri Besar itu memandangkan mereka semua tahu Azizan sememangnya “parah” sebelum Hari Raya lagi.
Topik utama yang menjadi pilihan pak-pak lebai kulup PAS itu adalah mengenai ADUN Anak Bukit, Amiruddin Hamzah, yang telah menggantikan tempat Menteri Besar itu sebagai wakil untuk melayani tetamu yang hadir.
Sudah tentunya pada hari tersebut Amiruddin telah mengerahkan seluruh jentera politiknya untuk melobi diri sebagai pengganti jawatan Menteri Besar Kedah paling ideal sekiranya Azizan berjaya digulingkan.
TUDIAA !! PENDUDUK TERPAKSA GALI TELAGA BUKTI KEGAGALAN KERAJAAN PAS KEDAH !! #ubahkedah
Kesian aku tengok keperitan dan kesusahan penduduk penduduk kampung yang tinggal dikawasan pedalaman sering alami masalah tekanan air rendah sejak Pas mengambil alih kerajaan negeri..
Rata rata penduduk sangat kecewa dengan perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat SADA yang masih gagal menaiktaraf sistem bekalan air..Sejak jabatan bekalan air Kedah di Koperatkan tekanan air rendah masih tak dapat diatasi..
Malah kampung aku yang jarak hanya 10km dari rumah pam alami nasib yang sama dengan penduduk di Baling..Bayangkan lah bila hari cuti contohnya hari raya baru baru ni nak tahan air 1 kolah pun susah..Sudahlah air pelahan, kotor pulak tu..
Sebelum Pas ambil alih Kedah depa dah janji nak turunkan segala mak nenek termasuk tarif air..tapi macam duk kata la, baru berapa bulan dapat kuasa terus naikkan harga 30-40%..Agak agak berbaloikah rakyat bayar bil air mahal tapi servis yang dibagi macam HARAM !!
PANAS DAN EKSKLUSIF !!! AKSI LIAR ANJING KUNING LGBT BERJAYA DI RAKAM SEMALAM
Lihat gambar di atas, gambar yang sempat di ambil oleh rakan blogger Gosip Rakyat ketika Demo Haram #JanjiBersih #JanjiDemokrasi semalam. Hangpa nak tau tujuan puak-puak anjing kuning lgbt letak gambar Perdana Menteri Malaysia dan beberapa pemimpin lagi di atas jalan raya?? Kalau Nak tau lihat di bawah:
TUDIAA !!! GAMBAR GAMBAR SETAN BERKELIARAN SEMALAM DI DATARAN
Dalam banyak banyak gambar yang aku dapat gambar ni lah aku rasa patut hangpa tengok,bukan apa kan sebelum ni nik ajis kata boleh berkawan dengan setan..dan terbukti ada jugak pengikut setan yang turun buat kacau dekat dataran semalam..
HOT !! BLOGGER PAKATAN AKUI ISU TUKAR BENDERA BUATKAN PR KALAH TERUK
Nampaknya isu tukar bendera Kebangsaan yang dikibarkan didataran merdeka malam ni mencetuskan kegelisahan dikalangan blogger pakatan sendiri..Manakan tidak,mereka mengakui agak susah untuk menangkis serangan yang akan dilakukan..
Sebagai contoh 2 orang admin KBSB kecewa dengan tindakkan penyokong janji bersih malam tadi kelihatan bodoh dan bangang mengibarkan bendera yang diberi nama sang saka malaya mirip bendera Indon dan singapura..
PANASS !!! AKSI LIAR SETAN KUNING DI DATARAN MERDEKA
Tindakkan mereka menimbulkan kemaraahan tatkala rakyat Malaysia yang lain sedang menyambut kemerdekaan..Sesungguhnya tindakkan SETAN SETAN kuning ni telah mencemar sambutan hari kemerdekaan Malaysia tahun ini..
Jadi kepada pembaca semua anda ada otak boleh berfikir..sila nilai sendiri kelakuan mereka..Jika pakatan memerintah negara kita belum tentu aman seperti sekarang..
MTK
tak apa Allah Maha Adil satu hari nanti, bila kena kat muka nik ajis ke anwar ke jangan lah marah yee
Thursday, 30 August 2012
Panas !! Pencacai Pakatan Hina Bendera Kebangsaan
Seeloknya pencacai macam ni dibuang kerakyatan..tak pun hantar ja ka somalia tak pun palestin.rasai macamana nak hargai negara..
Tak mungkin jika pakatan perintah lepas ni Malaysia akan berubah jadi sebuah negara republik
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
AWASS !!! SEKEJAP LAGI HANTU RAYA KUNING AKAN BERKELIARAN SEKITAR DATARAN
Tidak puas hati kerana BERSIH 3.0 telah gagal dengan memalukan sekali, maka puak-puak Pakatan Rakyat bertekad ingin berhimpun dan berdemonstrasi lagi di ambang Merdeka.
Perhimpunan atau demonstrasi yang dipanggil ‘Janji Demokrasi’ ini kononnya dianjurkan oleh 47 NGO yang merujuk kepada diri mereka sebagai Gabungan Janji. Walaubagaimanapun, semua rakyat sedia maklum bahawa dalang di belakang demonstrasi ini adalah Pakatan Rakyat.
Tujuan mereka tidak lain tidak bukan sekadar ingin mencipta keadaan yang tidak tenang di samping mengganggu serta menghalang rakyat menghayati kemerdekaan. Selain itu, ia juga adalah bertujuan untuk mengaburi tema Hari Kebangsaan yang amat menggusarkan PR, iaitu ’55 Tahun Janji DiTepati’.
Nampaknya penganjuran demonstrasi kali ini tidak lagi diketuai oleh Ambiga, yang telah mengaku kalah setelah tidak mampu menghadapi kesukaran untuk keluar masuk ke rumah sendiri akibat tindakan segelintir peniaga yang kerugian dalam BERSIH 3.0 membuka ‘pasar malam’ di hadapan rumahnya.
Ia juga tidak akan diketuai oleh A.Samad Said, sasterawan bingung yang hidup dalam dunia khayalan konon beliau seharusnya disanjung dan dijulang bak negarawan terbilang.
Tetapi, kali ini demonstrasi akan diketuai oleh Marina Chin Abdullah dan Hishamudin Rais. Seperti yang dijangka, kedua-dua mereka juga berjanji tidak akan membuat huru-hara.
PANASS !!! MAT SABU TOLAK HUDUD SEBAB NAK JAGA UNDI CINA ?
INI ALAK WA BELANJA |
Petang Isnin lalu, Mat Sabu yang juga Timbalan Presiden PAS dengan yakin berkata PAS akan mengusulkan pindaan perlembagaan di parlimen sekiranya PR berjaya memenangi PRU 13 bagi memberi laluan kepada perlaksanaan hukum hudud.
Kenyataan Mat Sabu itu dipetik oleh akhbar Sin Chew Daily 27 Ogos 2012 edisi petang, bagaimanapun tidak sampai 24 jam kemudiannya Mat Sabu tampil menafikan perkara tersebut sambil menuduh wartawan Sin Chew sengaja memutarbelitkan kenyataannya.
Dalam kenyataan balas pada 28 Ogos 2012, Sin Chew Daily mempertahankan petikan kata-kata Mat Sabu yang disiarkan sebelum ini sekaligus menimbulkan persoalan menarik, siapakah yang berbohong dalam isu ini?
Paling penting, apa perlunya untuk Mat Sabu rasa segan atau takut untuk mempertahankan 'keinginan' PAS dalam memperjuangkan perlaksanaan hudud melalui usul pindaan perlembagaan?
Semua orang maklum selama ini PAS sering menyalahkan perlembagaan negara sebagai salah satu punca utama yang menjadi halangan kepada 'cita-cita' PAS untuk merealisasikan hukum hudud khususnya di Kelantan yang sudah lebih 20 tahun diperintah oleh PAS.
GAMBAR SEMASA JAMUAN RAYA BERSAMA PM @NajibRazak
dato Bakri sedang menemani datuk Ahmad Maslan menjamu selera |
Tetamu kehormat dari MUBARAK Kedah, termasuk Dato' Razak bekas ADUN Guar Chempedak |
TUDIAA !! GUAN ENG KINI SELESA DENGAN GELARAN BARU (TOKONG) ??
LIM GUAN ENG berada di sebelah timbalan satunya, Mansor Othman dalam satu sidang akhbar di Komtar beberapa hari selepas raya baru-baru ini. Guan Eng memerhati Mansor membuat kenyataan bagi membetulkan kata-kata tersasulnya menuduh dia sebagai cocky dan arrogant. Cocky dalam bahasa mudah Melayu bererti bongkak, angkuh dan arrogant juga membawa erti yang sama.
Perkataan itu dikatakan tersembur daripada mulut Mansor dalam satu mesyuarat PKR Pulau Pinang tidak lama dulu. Guan Eng cukup marah dengan Mansor apabila kisah itu tersebar. Mansor menggigil apabila ditegur oleh Guan Eng. Mansor ini cukup dikenali di kalangan para pengikut PKR sebagai sedikit penakut. Jiwanya bukan jiwa ahli politik. Dia mudah gelabah dan gementar.
Itu pasal Guan Eng ambil dia. Kerana takut kerusinya melayang, sebagai mana yang terjadi ke atas bekas timbalan kuota Melayu yang terdahulu, Fairus Khairuddin, Mansor yang juga bekas pensyarah USM itu terpaksa memperbetulkan kata-katanya. Dia menafikan berkata demikian. Daripada cooky dan arrogant, Mansor memanggil Guan Eng sebagai "Tokong'.
PANAS !! NEGERI PALING BANYAK SYIAH SOKONG MAT SABU
Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan bahawa Nasharuddin Mat Isa mendapat banyak sokongan dari serata pelusuk negeri antaranya Johor, Selangor dan Terengganu. Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Nik Tantawi Nik Salleh juga bersetuju yang beliau masih relevan kepada perjuangan PAS serta banyak berjasa kepada parti. Rata-ratanya mengakui kewibawaan Nasharudin dan menganggap beliau sebagai pemimpin masa depan.
Nasharudin adalah antara ‘sisa-sisa’ pemimpin pro-Ulama yang masih ‘hidup’ di dalam PAS. Yang lainnya, kalau pun masih ada, telah pun diresapi parasit ataupun telah selamat ditendang keluar.
Kini, Nashrudin telah menjadi ‘hero’ baru apabila beliau dengan konsistennya membelasah Karpal Singh dalam memperkatakan permasalahan hudud antara PAS dan DAP.
PANASS !!! SELEPAS DI MALUKAN UST AZHAR KINI ULARMAK ABBY ABADI CUBA SOUND DR MAZA ?
Tah kenapa aku rasa makin meluat tahap gaban tengok muka si bekas pelakon yang kononnya sekarang ni lebih Islamik dari umat Islam yang lain..Dulu aku duk lawan jugak hujah hujah si minah senget ni, tapi macam biasalah, bila tak boleh jawab dia retweet ja nanti ada lah 2,3 ekor malaun tolong spin..
Kali ni aku tengok abby dah makin besaq kepala, Terkejut jugak aku bila terbaca tweet yang tak patut disoalkan oleh si Abby kepada DR MAZA..Sebelum tu Abby patut tahu status dirinya yang sebelum mempersoalkan orang yang lebih arif dalam hal ni..
Aku masih tak dapat bayangkan apa yang Abby fikirkan semasa membalas apa yang ditulis oleh DR MAZA waktu tu..Apakah kerana taksub dengan parti yang dianutinya sehingga bertindak mengajar orang lain yang lebih arif supaya mengikut apa yang dikehendaki Pas..??
18SG !! PENAGIH DADAH MATI DIBELASAH PELAJAR
hiasan |
ALOR SETAR- Seorang lelaki berusia 35 tahun yang memecah masuk asrama sebuah sekolah agama swasta di Jalan Sultanah di sini hari ini, mati setelah dibelasah sekumpulan pelajar lelaki sekolah itu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, suspek, seorang penagih dadah, dikatakan memecah masuk asrama itu dan mencuri telefon bimbit dan sebuah beg, tetapi disedari oleh sekumpulan pelajar yang kemudiannya bergelut dengan lelaki itu untuk menangkapnya.
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata pergelutan antara kumpulan pelajar berusia awal 20-an dengan suspek, menyebabkannya mengalami kecederaan dalaman dan patah tulang rusuk kiri.
Wednesday, 29 August 2012
PANASSS !!! AKTIVITI MAKSIAT HANYA BEBERAPA METER DARI PEJABAT OSTAD JIJAN ?!! TAKBIRR
Inilah dinamakan parti Isle SeMalaya atau hamPas, aktiviti maksiat di taman rimba yang bersebelahan dengan pejabat MB pun tak boleh pantau..setiap hari mesti ada pasangan yang datang untuk berasmaradana di taman rimba..Pemimpin Pas Kedah ambil kisah tak pasal benda ni ?? mana pergi taliban taliban unit amal pas ??
ALOR STAR- Jijik dan sakit mata melihat pelbagai aksi pasangan ‘berasmara’ di Taman Jubli Perak atau lebih dikenali dengan Taman Rimba yang menjadi tumpuan orang ramai untuk melakukan senaman pada waktu pagi dan petang.
Pekerja yang melakukan pembersihan di kawasan itu, Junaidah Yusof, 29, berkata, pasangan yang tidak segan silu melakukan hubungan seks di kawasan terbuka itu kerap dilihat pada hari Jumaat dan Sabtu.
Menurutnya, kawasan yang dipenuhi dengan pokok dan suasana yang redup itu disalahgunakan golongan itu untuk melakukan aktiviti maksiat. “Sepanjang tempoh lima bulan saya bekerja di sini, kerap kali saya menemui kondom, pakaian dalam wanita dan lelaki di merata kawasan riadah ini.
“Mereka yang melakukan maksiat ini langsung tidak mempedulikan orang ramai yang berjoging ataupun bersenam di sini kerana apabila ditegur kami pula yang akan dimarahi oleh mereka" katanya kepada Sinar Harian.
Perkhidmatan LRT dilanjutkan bersempena sambutan Hari Kemerdekaan #merdeka55
Bersempena Hari Kemerdekaan ke 55 pada Jumaat ini, RapidKL, pengendali perkhidmatan LRT dan monorel di Lembah Klang, akan melanjutkan operasi untuk dua malam berturut-turut mulai Khamis ini bagi memberi kemudahan kepada wargakota meraikan kemeriahan sambutan hari bersejarah itu.
RapidKL juga akan memberikan perkhidmatan LRT dan monorel percuma kepada para peserta yang bertugas dan orang ramai yang menghadiri acara 'Perhimpunan 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati' yang akan diadakan di Kompleks Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat ini.
"Seperti jutaan rakyat Malaysia lain, kami di RapidKL turut berbangga dengan kejayaan negara meraikan Hari Kemerdekaan yang ke 55 tahun ini. Ini adalah sebahagian daripada sumbangan kami kepada negara bagi meraikan hari bersejarah ini," kata jurucakap RapidKL, Puan Masnizam Hisham dalam satu kenyataan hari ini.
Bersempena dengan sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos ini, perkhidmatan LRT di stesen terpilih dan semua stesen monorel akan dilanjutkan sehingga jam 1.00 pagi keesokan harinya. Stesen LRT Ampang yang terlibat adalah Bandaraya, Masjid Jamek, Hang Tuah dan Titiwangsa. Sementara Stesen LRT Kelana Jaya adalah KL Sentral, KLCC, Masjid Jamek dan Dang Wangi.
"Stesen-stesen lain akan tutup mengikut jadual biasa. Bagaimanapun, tren akan berhenti untuk menurunkan penumpang dan mereka ada akses untuk keluar stesen. Kami menjangkakan ramai wargakota akan turun ke Dataran Merdeka untuk sambutan Ambang Merdeka.
"Kami juga difahamkan terdapat banyak acara-acara sambutan lain di sekitar bandaraya termasuk sambutan besar-besaran di KLCC yang menghidangkan persembahan artis-artis hebat dan pertunjukan bunga api sempena Ambang Merdeka.
"Berdasarkan kepada pengalaman, kami menjangkakan jumlah penumpang yang besar. Jadi, nasihat saya kepada para penumpang adalah supaya mereka menggunakan Kad MyRapid supaya mereka tidak perlu beratur di mesin-mesin jualan tiket," kata Masnizam.
Untuk operasi pada 31 Ogos bersempena Perhimpunan 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati, beliau berkata operasi LRT akan dilanjutkan sehingga 1 pagi untuk Stesen Bukit Jalil, manakala stesen-stesen LRT dan monorel lain dibuka untuk para penumpang keluar sahaja. Sehubungan dengan itu juga, masa terakhir perlepasan bas RapidKL di stesen-stesen terlibat adalah jam 1.30 pagi.
Selain amanat Perdana Menteri, acara berkenaan akan turut menghidangkan persembahan artis remaja tanah air, seni mempertahankan diri, penganugerahan sijil Pencapaian Cemerlang kepada 10 ikon generasi muda, flashmob, cabutan bertuah dan pertunjukan bunga api.
"Kita akan memantau keperluan tren untuk membawa pulang pengunjung dan sekiranya perlu, operasi ini akan dilanjutkan," katanya.
Untuk perkhidmatan percuma ke Bukit Jalil pada hari Jumaat, Masnizam berkata orang ramai boleh mendapatkan token-token khas untuk perjalanan percuma pergi ke Bukit Jalil mulai pukul 4.00 petang yang akan disediakan di semua stesen-stesen LRT dan monorel.
"Token-token ini diprogramkan khas dan hanya membenarkan para penumpang keluar di stesen LRT Bukit Jalil. Mereka yang inginkan token ini perlu mengambil sendiri di kaunter-kaunter tiket di stesen-stesen LRT dan monorel pada hari Jumaat.
"Untuk pulang, mereka perlu mengambil token pulang di Stesen LRT Bukit Jalil. Kita akan mempunyai notis-notis khas untuk membantu penumpang dan para petugas di semua stesen," tambah beliau.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus Hal Ehwal Media Azhar Ghazali di 019-3837865.
KERUSI PANAS MB KEDAH AZIZAN PEGANG SAMPAI MATI ??
Jawatan MB Kedah boleh dikatakan jawatan yang paling panas, malah lebih panas dari jawatan MB Selangor dan Perdana Menteri sendiri. Ini berdasarkan jumlah mereka-mereka yang tergila-gilakan jawatan tersebut sama ada dari parti lawan, dan jauh lebih dahsyat ialah dari dalam parti PAS sendiri.
Parti pembangkang Kedah, iaitu BN dilihat lebih tenang dalam memperkatakan calon MB tetapi, keadaan yang sama tidak berlaku di dalam parti PAS. Dengan begitu ramai yang merasakan diri mereka layak untuk menjadi MB, kedudukan Azizan semakin hari semakin getir.
Malah, PAS Pusat juga tidak ketinggalan memberi tekanan kepada Azizan kerana termakan hasutan para parasit yang tidak gemarkan kepimpinan ulama.
Umum sedia maklum bahawa tentangan paling hebat terhadap Azizan datang dari exconya sendiri yang sebelum ini telah secara terbuka menentangnya dan menuntut beliau meletakkan jawatan. Bukan sekali, malah banyak kali kedengaran exco ini mencabar atau mengutuk Azizan secara berdepan dan juga di belakang.
WANITA YANG MENGAMUK DI PUTRAJAYA PAKAI TOPENG POWER RANGERS DI MAHKAMAH
PUTRAJAYA - Wanita yang terlibat dalam kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM) awal Julai lalu memakai topeng 'Power Rangers' warna merah bagi mengelak wajahnya dirakam media selepas selesai sebutan kesnya di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.
Muhdalena Ahmad dilihat hadir ke mahkamah berbaju dan bertudung merah, ditemani bapanya, sempat menunjukkan isyarat keamanan ketika wajahnya cuba dirakam media.
Pada prosiding hari ini, mahkamah mengarahkan wanita itu, melantik peguam secepat mungkin.
Hakim Mohd Kafli Che Ali berkata, mahkamah memberi tempoh dalam masa satu bulan untuk dia melantik peguam supaya semua isu berkaitan dokumen-dokumen kes itu boleh diselesaikan sebelum tarikh bicara ditetapkan.
SILA OII SILA !!! PM @NajibRazak NAK MAI MAKAN DENGAN RAKYAT KEDAH !!!
Assalammualaikum Pada Semua Rakyat Kedah yang di berada bandar ataupun luaq bandar..Jom kita pakat pi ramai ramai ke Majlis Jamuan Hari Raya 1 Malaysia esok, bertempat di Stadium Darulaman. Mula pukui 11 pagi sampai 4 petang...Pelbagai makanan sihat lagi melazatkan dihidangkan di majlis tersebut..
Semuanya disini khas untuk rakyat Kedah dan sewaktu dengannya..Jadi jangan lepaskan peluang keemasan untuk bertemu dan bersalaman dengan Perdana Menteri yang kita sayangi..Untung untung kalau bernasib baik dapat tambahkan koleksi duit raya tahun ni..
NASIB MANSOR OTHMAN AKAN DI TENTUKAN LEPAS PRU 13
Tentunya tika ini saban malam Datuk Mansor Othman yang merupakan Timbalan Ketua Menteri I (TKMI) Pulau Pinang mengalami masalah kesukaran untuk melelapkan mata gara-gara kontroversi minit mesyuarat yang sedang tersebar sekarang.
Rentetan dari penyiaran transkrip perbualannya dalam pertemuan bersama beberapa orang pemimpin PKR itu, bukan sahaja telah mencetuskan keraguan dikalangan ramai penyokong PR khususnya DAP dan PAS, malah turut mengundang kemarahan ramai pemimpin pembangkang yang lain.
Dalam perbualan yang dideadahkan oleh blog gelagatanwar.wordpress.com itu, antara intipati kenyataan mansor yang disiarkan ialah memperlekehkan kewibawaan Lim yang digelarnya sebagai 'tokong, angkuh dan sombong'.
Selain itu, Mansor juga mengarahkan pemimpin PKR yang lain bersedia dengan nama calon PKR keturunan Cina bagi menghadapi kemungkinan terpaksa berdepan pertandingan tiga penjuru dengan DAP.
PANASS !!! KERAJAAN PAS KEDAH DALANG DISEBALIK KENAIKKAN TIKET FERI LANGKAWI ??
Isu kenaikkan harga tambang feri, perkhidmatan serta tambang istimewa kini jadi perbualan hangat kebanyakkan penduduk Langkawi..Setelah disemak kembali kandungan surat arahan daripada Jabatan Laut kepada pengusaha-pengusaha feri di Langkawi, memang jelas pihak Kerajaan Negeri telah bersetuju menaikkan harga tambang feri berkuatkuasa pada 1hb Disember 2007.
Juga pihak Kerajaan Negeri (pada masa itu) juga telah bersetuju untuk memberikan tambang istimewa khususnya kepada warga Langkawi (rujuk perenggan ketiga surat)
PANASS !!! PATUNG TOKONG YANG DI SEMBAH PENDUDUK PULAU PINANG ??
Gelaran "tokong" yang angkuh dan sombong yang ditujukan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng seperti yang tercatat dalam transkrip perbualan timbalannya, Dr Mansor Othman seakan menjadi satu fenomena baru bagi menggambarkan perwatakan Lim sejak mengambilalih kerajaan di negeri itu.
Cumanya, jika selama ini tokong sebenar yang disembah melalui ritual keagamaan mengikut kepercayaan penganut Buddha kerana ianya diyakini mampu mendatangkan kebaikan kepada mereka, dalam kes Guan Eng pula lagaknya yang mahu dipandang mulia seperti tokong tapi gaya pentadbiran dan langkahnya pula nampak angkuh dan sombong.
Sebetulnya gelaran sinis tersebut menunjukkan watak angkuh dan besar diri yang semakin sebati dalam diri Setiausaha Agung DAP itu tidak begitu disenangi oleh rakan-rakan sepakatan.
SERAMM !!! HANTU BUDAK LIDAH HIJAU
gambar ni amik sekitar tahun 2008 masa wa skolah asrama dekat melaka.ni gambar barbeque lepas amali sembelih ayam (petang) sebelum barbeque(malam). lu perati ada lembaga belakang ustaz wa yang pakai baju celcom tu. setahu wa memang tak ada member wa muka cenggitu. dekat mulut lembaga tu ada warna hijau. nampak gaye macam budak kecik.
Tuesday, 28 August 2012
PANASS!!! ANAK PEREMPUAN MENGANDUNG, PEMIMPIN PEMBANGKANG & ANAK LELAKI DI TAHAN
HIASAN |
Pemimpin utama sebuah parti baru itu bersama anak lelakinya yang berumur 14 tahun ditahan reman pada 22 Ogos lepas bagi membantu siasatan apabila anak perempuannya yang berumur 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki.
Mereka dibebaskan semalam.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut DSP Zakaria Kasim, mangsa, 15, melahirkan seorang bayi lelaki tiga hari lepas di sebuah pusat bersalin di Cheras, Kuala Lumpur.
PANASS !!! USTAZ JIJAN KENA SIHIR DENGAN GENG GENG SENDIRI ??
Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak dikhabarkan tidak hadir ke Majlis Terbuka Anjurannya sendiri di Mentaloon pada 25 Ogos lalu. Beliau dikatakan kurang sihat sejak beberapa hari sebelumnya dan semakin teruk pada malam 24 Ogos.
Menurut sumber-sumber dari saudara terdekat beliau, mereka sendiri berat untuk mengizinkan beliau bertanding dalam PRU-13 dan mendesak beliau agar memikirkan kesihatan serta menghabiskan waktu dengan keluarga. Tidak berbaloi kata mereka, untuk menghadapi segala ancaman, ugutan dan serangan semata-mata untuk mempertahankan jawatan.
Walaupun media enggan memainkan isu ini, namun di kalangan rakyat Kedah sudah sedia maklum tentang bagaimana Dato’ Seri Azizan Razak diserang dari berbagai arah dengan ilmu hitam oleh musuh-musuh politiknya. Lebih pelik lagi, yang terlibat ‘menyerang’ beliau bukannya dari parti lawan, tetapi dari dalam PAS sendiri.
PRU 13 !!! KEJUTAN BESAR DALAM PARLIMEN ALOR STAR ?
ALOR SETAR - Dijangkakan banyak kejutan bakal mewarnai kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Bakar Bata dan Alor Mengkudu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), berbanding Dun Kota Darul Aman dan kerusi Parlimen Alor Setar, yang dikatakan tidak banyak perubahan.
Bukan sahaja daripada pemilihan calon bertanding parti-parti terlibat, malah saingan sengit digembar-gemburkan akan berlaku di Dun Bakar Bata, yang menampilkan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah manakala Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kedah yang juga Exco Kerajaan Negeri, Dr Ismail Salleh di Dun Alor Mengkudu.
Ini kerana masing-masing perlu mengekalkan kemenangan untuk terus kekal ‘berkuasa’ secara bermaruah, jika tewas, bagaimana nasib kedua-duanya selepas keputusan rasmi diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Keputusan PRU12 lalu, menyaksikan BN dan PR, sama gagah dan sama kuat, ekoran BN kekal pada kedudukan selesa memenangi kerusi Parlimen Alor Setar dan Dun Bakar Bata, manakala PR menawan Dun Alor Mengkudu dan Kota Darul Aman.
Namun sebarang kemungkinan boleh berlaku pada PRU13. Tidak mustahil keputusan kelak mengejutkan banyak pihak, ekoran sokongan rakyat kini dilihat tidak lagi sama ketika tahun 2008.
KEPADA PENGUNA TWITTER SELURUH NEGARA JOM RAMAI RAMAI KITA JAYAKAN KEMPEN #MERDEKA55 SEMPENA MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN NEGARA @NajibRazak
Apa Itu Tweet Merdeka?
Tweet Merdeka adalah satu program anjuran JASA di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sempena dengan Sambutan Hari Merdeka Ke-55 yang bakal dianjurkan pada 31 Ogos 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Apakah Matlamat Tweet Merdeka?
Tweet Merdeka bertujuan untuk memecahkan rekod dunia dan menempa rekod baru di dalam Malaysia Book of Records berdasarkan kepada 2 kategori yang berikut:
A. Perhimpunan Pengguna Twitter Terbesar di Dunia
B. Jumlah Tweet Terbanyak dalam Tempoh 1 Jam Dengan Menggunakan Hashtag
Apakah Sasaran Tweet Merdeka?
Untuk Memecahkan Rekod Tersebut? Untuk melayakkan Tweet Merdeka, untuk menempa rekod baru di Malaysia Book of Records, Tweet Merdeka perlu mendapatkan
sekurang-kurangnya:
A. 10,000 pengguna Twitter
B. 20,000 tweets dalam masa 1 jam menggunakan hashtag #Merdeka55
Siapa Boleh Sertai?
Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Twitter. Sekiranya anda belum lagi mempunyai akaun Twitter, masih sempat lagi untuk anda mendaftar di Twitter.com
PAS TOLAK USTAZ NASHA SEBAB SYIAH
Cakap-cakap yang sedang hangat kedengaran sekarang banyak menjurus kepada kemungkinan besar bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa akan berdepan dengan penyingkiran dari parti tersebut.
Jika ianya menjadi kenyataan seperti diramalkan oleh sesetengah penganalisis politik tempatan bermakna ia akan menjadi sejarah hitam buat PAS kerana baru sahaja kira-kira 8 bulan lalu parti itu memecat bekas Naib Presidennya, Hasan Ali.
Berbeza dengan pemecatan Hasan sebelum ini yang dilakukan tanpa sebarang peluang pembelaan diri, dalam kes Ustaz Nasharuddin terdapat cadangan untuk membenarkan beliau memberi penjelasan atas beberapa kenyataan kerasnya yang ditakrifkan oleh ramai pemimpin PAS sebagai melanggar dasar parti.
Bagaimanapun, tidak semua pemimpin PAS di peringkat Pusat, Negeri dan Kawasan yang bersetuju dengan tindakan PAS yang sejak kebelakangan ini dilihat terlampau keras terhadap perbezaan pandangan sesama pemimpin parti tetapi dimasa yang sama pula ternampak jelas agak lunak bila berhadapan dengan tuntutan parti lain dalam Pakatan rakyat (PR).
Waktu ini PAS bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan tekanan dan kerenah langsung dari pemimpin parti yang berkiblatkan idealisme Anwar Ibrahim malahan turut menghadapi senario lain yang telah lama membarah dalam struktur kepimpinannya.
PANASS !!! TUBUH NUR IZZAH DI RATAH BOMOH ??
Rosilawati memberi kata-kata semangat kepada Nur Izah
“SAYA bukan pembawa sial, saya tidak salahkan takdir kerana ia takdir ALLAH SWT yang ditentukan-Nya,” itu luahan Nur Izah, 28, (bukan nama sebenar) memulakan bicara ketika menceritakan detik hitam yang terpaksa ditempuhinya.
Tragedi hidupnya bermula selepas kematian neneknya, lima tahun lalu. Sejak dilahirkan Izah dijaga neneknya kerana ibu bapanya sibuk urusan kerjaya.
“Sejak kembali ke pangkuan ibu bapa, baru saya ketahui bahawa mereka mengamalkan ajaran sesat dan percaya kepada seorang bomoh yang berusia lingkungan 40-an,” katanya.
Menurutnya, keluarganya mengambil jalan singkat dengan membawanya berjumpa bomoh berkenaan di ibu kota setelah didakwa membawa ‘sial’ kepada keluarga.
Malang bagi Izah apabila niat keluarganya menemui bomoh terbabit dengan harapan masalah yang dihadapi mereka berjaya dipulihkan bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dirogol lelaki terbabit.
“Kejadian berlaku apabila bomoh terbabit mendakwa saya menjadi punca masalah rumah tangga serta kewangan ibu bapa,” katanya.
HOT !!! VIDEO PANAS MANSOR AKAN DIDEDAHKAN ?!!
Pada 16/17 Ogos lalu, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mansor Othman dikatakan berada dalam keadaan yang cemas apabila blog Gelagat Anwar mendedahkan transkrip rakaman beliau mengutuk bosnya, Lim Guan Eng di dalam satu mesyuarat. Antara yang hadir di dalam mesyuarat tersebut ialah Law Choo Kiang PKR Bukit Bendera, Felix Ooi, PKR Bayan Baru, Tan Seng Keat calon Bayan Baru pada 2004, Raymond Ong, PKR Tanjung, Ng Chek Siang;,Batu Uban, Cheah Peng Guan dan John Ooi, juga PKR Bayan Baru.
Mansor di dalam rakaman tersebut merujuk kepada Guan Eng sebagai ‘sombong’ dan ‘angkuh’. Beliau juga dikatakan mengucapkannya dengan berani dan lantang. Antara petikan rakaman tersebut berbunyi:
“Dia (Guan Eng) very arrogant I tell you. Cocky and arrogant. It’s not easy. Now more arrogant because dia menang banyak.” — sumber blog ‘Gelagat Anwar‘ (1)
“Guan Eng macam tokong, you know, to the Chinese. You cannot deny that… he is just like a tokong. Itu yang buat dia org sombong … very, very angkuh and arrogant.” — sumber blog ‘Gelagat Anwar‘ (2)
Secara dasarnya, rakyat telah pun sedia maklum akan keangkuhan dan kesombongan Guan Eng. Malah, di dalam DAP sendiri, Guan Eng tidak begitu disukai. Beliau juga menjadi penyebab beberapa pemimpin DAP keluar parti akibat tidak tahan dengan keangkuhan, kesombongan dan juga ‘kekorupan’ beliau.
Namun, ini bukan soal Guan Eng kerana semua orang sudah kenal siapa Guan Eng lidah biawak, hati kering, penipu tegar yang tidak tahu malu bila kantoi.
SERIUS SERAM !!! RENUNGAN TAJAM HANTU BERTUDUNG BERJAYA DIRAKAM DI IPTA
Gambar ni aku ambil dari blog Gambar hantu..Kali ni berlaku disebuah IPTA terkemuuka di Kuala Lumpur..Berikut antara teks dikirimkan bersama gambar ini..
gmbr yg saya hntr ni, berlaku di salah satu IPTA di negara ini (maaf, saya xdpt sebut)..kami mengajar di IPTA tersebut.
Pada mlm tu, kami menganjurkan program Debate in English, and a friend of mine tgh dukung anak kepada kwn. Mase tgh tangkap gmbr tu, xde sape2 kat kawasan tu sbb semua students berada didalam class. We only noticed ada benda dibelakang kwn saya lepas gmbr ni diupload di facebook (maaf, terpaksa tutup muka kwn and anak kwn).
KELAB PUTERA 1MALAYSIA HANTAR BANTUAN KE MYANMAR
Kumpulan pertama Misi Bantuan Kemanusiaan Rohingya akan menghantar kumpulan pertamanya yang terdiri dari empat orang anggota Kelab Putera 1Malaysia pada malam ini ke Bangladesh sebagai permulaan misi ke-27 sejak kelab itu ditubuhkan.
Presiden kelab tersebut, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, kumpulan pertama itu dihantar awal bagi menyediakan kemudahan dan menguruskan urusan logistik misi bantuan kepada masyarakat Islam Rohingya di sana.
Seramai 44 orang peserta telah dikenal pasti bagi menjayakan misi tersebut di mana kumpulan kedua dijangka akan bertolak pada 31 Ogos ini melalui jalan laut membawa barangan bantuan keperluan asas dan ubat-ubatan dengan kerjasama Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM).
Monday, 27 August 2012
TUDIAA !!! PAK HARUN MAKAN BABI KENA HEART ATTACK !!
Pak Harun (melayu makan babi) di kejarkan ke hospital besar pulau pinang kerana terkejut dengan pendedahan oleh pemuda barisan nasional di padang kota hari ini (26.8.12). Pak Harun yang merasakan dirinya di tipu oleh barisan DAP terkejut dan di serang sakit jantung di atas pendedahan demi pendedahan yang di buat oleh pemuda barisan nasional hari ini.
Sambung baca kat SINI
JANJI PAKATAN HARAM SAMA DENGAN JANJI SYAITAN
Peringatan seorang Negarawan bertaraf dunia, Tun Dr. Mahathir mengenai Pakatan Rakyat (PR) wajar diberi perhatian serius. Kata beliau, ‘banyak yang akan musnah jika PR memerintah’ dan ‘lebih baik syaitan yang kita kenal dari bidadari yang kita tidak kenal’.
Walaupun mungkin ada yang memusuhi Tun Dr. Mahathir tetapi tidak seorang pun dari musuh-musuhnya yang dapat menafikan jasa-jasa dan kejayaan beliau melonjakkan negara serta kehidupan rakyat dengan begitu pantas, bergaya serta cemerlang sekali. Oleh itu, peringatan yang beliau berikan di atas tidak wajar dipandang sinis kerana ia bukannya peringatan kosong, tetapi berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan pengalaman beliau dalam mengurus-tadbir negara selama 22 tahun.
Beliau pastinya cukup arif mengenai ‘aspirasi’ pemimpin tertinggi PR, Anwar Ibrahim setelah terlibat secara langsung mengekang percubaan Anwar membankrapkan negara pada tahun 1997/98 dengan menurut saranan IMF. Ini menjadikan Tun Dr. Mahathir sebagai penyelamat negara dan rakyat sekali gus musuh utama barat.
Hari ini, PR menjanjikan negara kebajikan dengan pendidikan percuma untuk semua, tiada tol, menurunkan harga minyak, pendapatan minimum sehingga RM4000 setiap rumah, menghapuskan cukai dan berbagai-bagai janji manis lagi.
Islam Makin Berkembang Di Malaysia, Otak Mahfuz Masih Ditakuk Lama…
Masih di dalam “mood” Hari Raya, rasanya mahu saja saya beraya di Pokok Sena, mencari Mahfuz Omar di sana dan “hadiah”kannya pelempang sedas dua. Selalunya di Hari Raya begini, patutnya Mahfuz tak tunjuk bodoh, tapi Aidilfitri kali ini makin menjadi-jadi pula kebodohannya…
Terbaru, Mahfuz sekali lagi membuat kenyataan yang sama sekali tidak dapat diterima akal fikiran yang waras di mana dia mendakwa bahawa UMNO kononnya mahu judi bola wujud di negara ini dan tidak perlu berpura-pura mahukan Islam.
Mahfuz berhujan kononnya membenarkan judi bola itu merupakan anti-Islam dan menjatuhkan maruah orang Islam yang lain kerana orang bukan Islam di dalam DAP pun kononnya “menentang” judi bola.
Pertamanya, saya ingin menegaskan di sini bahawa kenyataan Mahfuz itu jelas menghina DYMM Yang DiPertuan Agong kerana baginda itu merupakan Ketua Tertinggi Agama Islam dan bertanggungjawab ke atas kedaulatan Islam di negara ini.
Kenyataan Mahfuz itu membayangkan seolah-olah DYMM Yang DiPertuan Agong tidak menjalankan tugas baginda dengan baik sedangkan Malaysia terkenal di seluruh dunia sebagai negara Islam contoh yang diiktiraf seluruh negara-negara Islam lain.
PANASS !!! KUIN BAKAL DI JUAL KERANA KEGAGALAN KERAJAAN NEGERI MENGURUS ??
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid mendakwa pengurusan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) akan diambil alih oleh sebuah syarikat swasta.
Beliau mendakwa kerajaan negeri Kedah telah menerima surat dari sebuah syarikat antarabangsa berkenaan dengan pengambil alihan pengurusan Kuin sejak dua bulan lepas.
“Ada surat menyurat dari syarikat swasta kepada kerajaan negeri Kedah berhubung dengan proses pengambilalihan Kuin dari kerajaan negeri kepada syarikat swasta.
“Kita minta kerajaan negeri memberi penjelasan mengenai surat tersebut,” katanya kepada pemberita pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri dekat sini hari ini.
PANASSX !!! ARTIS WANITA BELI ADULT TOY DEKAT CHOW KIT ??
HIASAN |
TERKEJUT besar Gayah baru-baru ini apabila diberitahu mengenai tindakan dua artis wanita popular serta penuh kontroversi ini dilihat membeli alat seks lelaki di Chow Kit, dua bulan lalu.
Sebenarnya sudah lama Gayah nak kongsi cerita ni tapi memandangkan bulan puasa, Gayah simpan dulu, lagipun Gayah cuba nak selidik dulu kenapa mereka membeli peralatan itu.
Seorang daripada mereka sudah berumah tangga dengan bekas suami selebriti la juga, manakala seorang lagi masih belum berpunya (kalau ada teman lelaki itu Gayah tak tahulah).
Penjual barangan itu sendiri bagai tidak percaya apabila kereta mewah singgah di meja kecil jualannya dan meminta alat kelamin berkuasa bateri itu daripadanya.
Menurutnya, kerana teruja dengan kenderaan itu, dia ingin mengetahui siapa pemiliknya dan alangkah terkejut apabila pemandunya membuka cermin dan meminta alat berkenaan yang dijual pada harga RM120.
Sunday, 26 August 2012
PANASS !!! Balasubramaniam Punca Altantuya Terbunuh ??
Watak penyiasat persendirian, P.Balasubramaniam (Balasubramaniam Perumal) pastinya masih ramai yang mengingatinya berikutan peranannya sebagai saksi dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibu serta pernah mempunyai kaitan langsung dengan Abdul Razak Baginda.
Selain itu dia juga dikenali ramai kerana dua kenyataan bersumpahnya yang berubah-ubah dengan pelbagai fakta yang bercelaru tapi sedikit sebanyak masih dapat dimanfaatkan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk tujuan menyerang kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.
Razak Baginda yang bersedap-sedap termasuklah menampung kehidupan Altantuya sejak mengenalinya pada 2004, orang lain pula yang terkena getah nangkanya.
Sesuatu yang perlu kita pegang erat dalam ingatan kita, pada 10 Oktober 2006 sehari selepas tiba di Malaysia, Altantuya telah meminta bantuan P.Balasubramaniam untuk membantunya menemui Razak Baginda.
Sebelumnya, beberapa ketika sebelum Altantuya tiba di Malaysia, Razak Baginda dilaporkan telah mengamanahkan sejumlah wang RM50,000 kepada Bala untuk diserahkan kepada Altantuya bagi tujuan untuk rawatan anaknya yang berada di Mongolia.
Panass !! Anwar Pun Tolak Hudud Apa lagi Pas Nak Kata ??
Di sebalik perbalahan berterusan Pas dan DAP mengenai aspirasi pelaksanaan hudud, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak awal lagi menegaskan undang-undang Islam itu bukan sebahagian daripada dasar pakatan pembangkang buat masa ini.
Menurut Anwar, undang-undang syariah itu juga bukan merupakan perkara yang terkandung dalam Buku Jingga iaitu dokumen dasar serta program jangka panjang pakatan pembangkang sekiranya berjaya memerintah negara pada masa depan.
Katanya, walaupun Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersetuju untuk melaksanakan hudud, undang-undang Islam itu masih tidak boleh dijalankan di negara ini selagi ia tidak mendapat persetujuan DAP.
PANASSS !!! NURUL IZZAH CARI PASAL LAGI !!!
Sebelum ini kita pernah dikhabarkan yang Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim telah berura-ura untuk lari dari kampung halaman untuk mencuba nasib di Parlimen Nibong Tebal bagi menyelamatkan karier politik peribadi setelah mengetahui cengkaman pengaruhnya di Permatang Pauh saban waktu semakin merosot.
Pun demikian apabila menyedari hasratnya itu sudah terdedah pada umum, mahu tidak mahu untuk mengelak malu dan polemik yang berpanjangan, terpaksa digagahkan jua kakinya untuk terus bertahan di Permatang Pauh sekalipun tahu hujung hayat politiknya dalam PRU 13 mungkin bakal ternoktah di sana.
Rupanya bukan Anwar sahaja yang mengalami sindrom ketakutan untuk menerima penolakan rakyat kerana ia turut menjangkiti anak sulungnya, Nurul Izzah yang sekarang ini adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden PKR.
GEMPARR!! KHAIRUL FAHMI (APEK) KEMALANGAN
Penjaga gol kebangsaan yang sering dilanda kontroversi, Khairul Fahmi Che Mat (Apex) telah mengalami kecederaan selepas kereta yang dipandunya terbabas.
Kejadian itu berlaku di Kampung Badak, Bachok sekitar jam 12.30 malam tadi.
Lantaran dari kemalangan itu, Apex telah mengalami cedera ringan di tangan kanan.
Pada masa yang sama, dia juga mungkin terlepas peluang untuk membantu skuad Red Warriors dalam pertemuan dengan Kedah dalam saingan Kumpulan B kempen Piala Malaysia pada malam ini.
Punca kemalangan masih belum dikenal pasti.
Sebelum ini, Apex sering dilanda dengan pelbagai kontroversi seperti pengambilan alkohol, pergaulan sosial bersama teman-teman wanita dan pelbagai lagi.
Semoga Apex cepat sembuh dan kembali ke arena bersama skuad Kelantan..SINAR