Thursday, 30 August 2012
TUDIAA !! GUAN ENG KINI SELESA DENGAN GELARAN BARU (TOKONG) ??
LIM GUAN ENG berada di sebelah timbalan satunya, Mansor Othman dalam satu sidang akhbar di Komtar beberapa hari selepas raya baru-baru ini. Guan Eng memerhati Mansor membuat kenyataan bagi membetulkan kata-kata tersasulnya menuduh dia sebagai cocky dan arrogant. Cocky dalam bahasa mudah Melayu bererti bongkak, angkuh dan arrogant juga membawa erti yang sama.
Perkataan itu dikatakan tersembur daripada mulut Mansor dalam satu mesyuarat PKR Pulau Pinang tidak lama dulu. Guan Eng cukup marah dengan Mansor apabila kisah itu tersebar. Mansor menggigil apabila ditegur oleh Guan Eng. Mansor ini cukup dikenali di kalangan para pengikut PKR sebagai sedikit penakut. Jiwanya bukan jiwa ahli politik. Dia mudah gelabah dan gementar.
Itu pasal Guan Eng ambil dia. Kerana takut kerusinya melayang, sebagai mana yang terjadi ke atas bekas timbalan kuota Melayu yang terdahulu, Fairus Khairuddin, Mansor yang juga bekas pensyarah USM itu terpaksa memperbetulkan kata-katanya. Dia menafikan berkata demikian. Daripada cooky dan arrogant, Mansor memanggil Guan Eng sebagai "Tokong'.
Tokong dalam bahasa Melayu yang mudah difahami bererti 'Maha Tuan Besar', 'Maha Agung' dan macam-macam maha. Senang cakap, apa yang dicakap oleh 'Tokong' ini perlu diikuti tanpa bantahan. Kalau tidak berdosa, masuk neraka. Di sebalik sidang akhbar khas itu ada juga ceritanya. Wartawan yang terpilih memasuki (kecuali NSTP, TV3 dan Utusan) bercerita kepada rakan-rakan yang tidak terpilih itu.
Kononnya, semasa di tengah-tengah soal jawab dengan pemberita, Guan Eng tiba-tiba menggamit Mansor untuk menghentikan sebentar sidang akhbar . Para wartawan tercenggang. Kedua-dua mereka kemudian masuk ke sebuah bilik. Tidak tahu apa yang mereka bincangkan. Mungkin Guan Eng mahu Mansor cakapkan sesuatu. Seketika kemudian kedua-duanya pun keluar dan soal jawab bersambung. Mansor bercakap apa yang Guan Eng mahukan.
Guan Eng bukan cooky dan arrogant, tapi sebaliknya Guan Eng adalah 'Tokong'. Guan Eng tersenyum puas. Mansor juga terpaksa menggunakan nama Allah dalam sidang akhbar itu untuk mempertahankan bosnya itu. "Saya berdoa kepada Allah untuk memelihara kami, berikan kami kekuatan bagi meneruskan perjuangan untuk rakyat," kata Mansor ketika menggulung kenyataan medianya itu. Mansor terpaksa akur dengan Guan Eng.
Itulah gambaran seorang anak jati melayu cerdik Pulau Pinang, ADUN Penanti dalam Parlimen Permatang Pauh yang mempunyai Ph.D Siapa kata Guan Eng itu angkuh dan bongkak. Dulu dia menggelar dirinya sebagai Khalifah Ar-Rashiddin. Orang Pas pun cukup terpegun dengan gelaran itu.Kini dia adalah Tokong. Tafsirkanlah sendiri.....
#Petikan Utusan Malaysia 29/8/12
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda