Friday, 23 November 2012

#LANGAT2 !!! WOI KHALID BILA LU MAU BIKIN DAA




Tahukah kita apa akan terjadi jika Langat 2 masih ditangguh perlaksanaannya? Hingga ke hari ini, sudah 2 tahun Projek Langat 2 ditangguh. Jika kita mulakan sekarang pun, belum tentu 2 tahun lagi Langat 2 boleh beroperasi.

Jika Langat 2 belum boleh beroperasi dan masalah kegawatan air muncul.

Rakyat Selangor akan menanggung bencana itu sendiri. Kerana orang yang patut bertanggungjawab (tentunya si Khalid Gagap) belum tentu masih wujud di Selangor atau dimuka bumi ini pada waktu tu.

Semua kesilapan, kedegilan dan kecuaian yang pernah Khalid lakukan, kesannya 100% akan ditanggung oleh rakyat Selangor. Atas alasan tersebutlah, mungkin Khalid rela perjudikan isu air untuk politik dari hakikat sebenar.

Sebab apa yang dia buat, mungkin dia tak kena.


Khalid sendiri pun tahu, Langat 2 memang perlu dilaksanakan. Namun disebabkan politik sempit dan penasihat macam tahi, Khalid terpaksa tangguhkan projek tersebut.

Adakah kita semua lupa, suatu ketika dulu sekitar tahun 1991, negeri Melaka pernah mengalami krisis air? Kemarau panjang mengakibatkan empangan Durian Tunggal hampir kering sekaligus loji-loji rawatan air di negeri tersebut gagal menyedut dan menapis air dari empangan.

Nak sedut apa bila empangan dah kering!!

Pada tahun 1991 dan 1998 pula di Selangor, sebahagian besar empangan dan sungai mengalami penyusutan isipadu air disebabkan fenomena El-Nino. Empangan dan sungai-sungai yang sebelumnya penuh mula menunjukkan penurunan paras airnya disebabkan bahang panas yang melanda.

Kesan daripada itu, loji-loji rawatan air juga mengalami kesukaran, kerana air sungai dan empangan hampir kering untuk mengepam air mentah untuk dirawat, sebelum dibekalkan kepada pengguna di sekitar Lembah Klang, seterusnya membawa kepada krisis air yang memeritkan kehidupan ramai.Baca seterusnya

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda