Friday 23 November 2012

GEMPARR !! KAJIAN MENDAPATI JURUTERBANG KERAP TERTIDUR DALAM PENERBANGAN




London – Satu kajian baru dijalankan di Austria, Sweden, Jerman dan Denmark mendapati seorang bagi setiap tiga juruterbang tertidur ketika sedang mengawal pesawat yang membawa beratus-ratus penumpang.

Penyelidikan itu mendapati empat daripada lima juruterbang berdepan masalah keletihan ketika berada dalam kokpit.

Persatuan Kokpit Eropah (ECA), yang mewakili juruterbang, menerbitkan penemuan menakutkan selepas tinjauan dilakukan kesatuan nasional mendapati sebahagian besar juruterbang tertidur, malah tidak terjaga ketika mengawal pesawat.

INFO
Antara 43 dan 54 peratus juruterbang di United Kingdom, Norway dan Sweden berkata mereka tertidur “tanpa menyedarinya” dan satu pertiga daripada juruterbang mendapati rakan turut tertidur ketika mereka terjaga.

Lebih tiga daripada lima juruterbang di Sweden, Norway dan Denmark melaporkan membuat kesilapan akibat keletihan, sementara di Jerman, angka itu adalah empat daripada lima orang. – Agensi

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda