Tuesday, 4 September 2012

WANITA MENGANDUNG MANGSA KERAKUSAN SUAMI



Seorang wanita yang hamil dua bulan menjadi mangsa kekejaman suaminya. Mangsa yang dikenali sebagai Amanda Fong Kim Yen, 19, mengatakan dia telah didera oleh suaminya sendiri, Calven Chik Foo Keong dalam satu kejadian yang berlaku di kedai barangan wanita milik mereka pada 23 Ogos 2012 yang lalu.

Dalam satu video klip berdurasi 11 minit 50 saat ini, pada mulanya tangan mangsa ditarik oleh suaminya ketika cuba untuk keluar dari kedai berkenaan. Bagaimanapun, akibat tidak berpuas hati dengan cara layanan itu, pasangan ini mula bertikam lidah sebelum suaminya bertindak ganas dengan mencekik leher, menampar dan menarik rambut mangsa.








Apa yang dapat dipastikan, pergelutan diantara mereka ini berlaku lebih kurang 6 minit sebelum mangsa rebah di lantai sambil menangis kerana mengalami kesakitan dan dilihat suaminya cuba untuk memujuk mangsa.

Mangsa mengalami lebam di bahagian bahu kiri (mungkin kesan gigitan), dan sedikit calar-balar di bahagian tangan kanan dan kiri dan mangsa telah mendapat rawatan di Hospital Pantai, Ipoh.

Video klip ini amat memalukan bagi golongan lelaki seperti kerana mendera golongan wanita, golongan yang lemah. Tambahan pula mangsa sedang hamil hasil perkahwinan sendiri

http://speakerpecah.blogspot.com

1 comment:

  1. Sudah la bro u punya video clip dng u punya komen tak tepat

    ReplyDelete

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda