Tuesday, 4 September 2012

TUDIAA !!! MESYUARAT EXCO DALAM HOSPITAL ??


mb kedah yang uzur


Kecoh di kalangan puak-puak PAS di Kedah apabila Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, merangkap Pesuruhjaya PAS negeri itu telah mengarahkan agar mesyuarat Exco Kerajaan Negeri diadakan di wad hospital!

Kesihatan Azizan semakin teruk dari hari ke hari akibat kedegilannya enggan mendengar nasihat doktor supaya dia berehat saja di rumah. Ekoran itu, dia beberapa kali di masukkan ke hospital bulan lalu dan hampir terpaksa berhari raya di wad hospital berkenaan.

Sumber menjelaskan bahawa dia berkeras mahu pulang ke rumah dan mahu menghadiri beberapa majlis sambutan Hari Raya. Bagaimanapun, dia terpaksa berulang-alik ke hospital bertemu doktor untuk rawatan susulan.



Menariknya, mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah yang diadakan di was hospital berkenaan telah menimbulkan tanda tanya, apakah Azizan akan menyerah kalah dalam usaha mempertahankan jawatan Menteri Besar dari dirampas oleh “kuda-kuda trojan” Anwar di dalam PAS?

Sebagaimana maklum, keuzuran dan kematian Azizan sememangnya ditunggu-tunggu oleh musuh-musuh politik dalamannya yang sentiasa mengimpikan kerusi empuk di Pejabat Menteri Besar yang terletak di Wisma Darulaman itu.

Dikatakan antara yang sering mengintai peluang dan berebutkan kerusi berkenaan sudah tentulah Exco-Exco kanan Kerajaan PAS Kedah seperti Phahrolrazi Zawawi, Amiruddin Hamzah, Dr. Ismail Salleh dan setiausaha politik MB sendiri, Mohd Sanusi Md Nor.

Khabarnya, ada yang sudah berangan-angan untuk membawa masuk barang masing-masing ke dalam pejabat MB Kedah di Wisma Darulaman!

Bagaimanapun, keputusan Azizan untuk mengadakan mesyuarat Exco di wad hospital swasta tersebut menunjukkan bahawa Menteri Besar Kedah itu enggan menyerah kalah dan ramai di kalangan Exco yang geram.

Katanya, ada yang bertindak memprotes lokasi mesyuarat berkenaan dan mahu Azizan menyerahkan tugas sebagai pengerusi mesyuarat itu kepada Exco paling senior di kalangan mereka. Atau dalam kata lain, mereka Exco berkenaan mahu Azizan serahkan mesyuarat itu kepadanya.

Namun yang melucukan ialah mereka hanya berani berkata “dibelakang” Azizan saja dan tidak berani untuk berkata di depan “boss” mereka itu. Standardlah, puak-puak PAS memang penakut!

Rasanya, mereka wajar mendengar nasihat para pemimpin UMNO/BN yang mencadangkan agar Azizan mewujudkan jawatan Timbalan Menteri Besar yang dilantik dari kalangan ADUN-ADUN Pakatan Haram Kedah yang ada.

Cadangan tersebut adalah demi rakyat. Maklumlah, Azizan tidak dapat menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar akibat kekangan kesihatan, sewajarnya Azizan memilih penggantinya untuk menguruskan Kerajaan Negeri Kedah yang semakin terbiar huru-hara.

Dengan cadangan tersebut, maka bertambah semangatlah “musuh-musuh politik dalaman” Azizan untuk menunjukkan taringnya. Khabarnya, ada yang sakan melobi diri hingga ke peringkat PAS Pusat bagi mendapatkan sokongan sebagai MB yang baru.

Selain ADUN, dikhabarkan ada juga “Ahli Parlimen” yang berhajat mahu mencalonkan diri menggantikan Azizan.

Namun menyedari dirinya tak layak dari sudut perlembagaan, dia dikatakan melobi “proksi”nya sementara menunggu dirinya dicalonkan sebagai calon DUN pada PRU ke-13 nanti. Anda kenal dengan “ahli parlimen” itu?

Saya yakin, sekiranya perkara-perkara yang diceritakan di atas ditanya pada puak-puak PAS Kedah, sudah tentu mereka tidak akan mengaku kesahihannya meskipun itulah yang berlegar di dalam perbualan mereka.

Begitulah puak-puak PAS yang terbukti sememangnya “gila kuasa”. Tapi mereka tetap menafikan “kegilaan” mereka tersebut. Iyalah..mana ada orang “gila” yang mengaku dirinya “gila”, kan?

Sebenarnya, saya lebih gemar untuk mengambil sikap “tunggu dan lihat”. Kita tunggu dan lihat apa pula episod seteruskan dalam kemelut PAS Kedah di kala UMNO/BN semakin gagah serta mendapat sambutan rakyat di negeri Jelapang Padi itu.

Apakah Azizan akan beransur pulih dari sakitnya dan “menerajang” puak-puak PAS yang mahu menggulingkannya? Atau puak-puak PAS yang dikatakan bergerak di atas nasihat Mat Sabu itu akan berjaya menyingkirkan Azizan dan kemnya? Sama-samalah kita nantikan…


SUMBER MYKMU

1 comment:

  1. yg belum berlaku lagi mesyuarat exco dikawasan kuburan

    ReplyDelete

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda