Thursday 23 August 2012

PANASS!!! SUSPEK BAKAR KEKASIH SUDAH DI BERKAS


– Polis hari ini menahan lelaki yang disyaki membakar teman wanitanya di kawasan semak berhampiran Seksyen 1, Wangsa Maju pada awal pagi 13 Ogos lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata lelaki itu ditahan awal pagi ini di sebuah rumah panjang di Setapak Jaya. “Suspek ditahan bersama seorang wanita,” katanya menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) kepada BERNAMA, di sini.

Beliau berkata, kedua-dua mereka ditahan reman lima hari bermula hari ini.

Polis sebelum ini memburu Mohd Amir Mohd Anuar, 18, dari Taman Keramat bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Dalam kejadian itu, teman lelaki Nurul Firzanah Mat Zaki, 16, dipercayai menyimbah petrol ke tubuh gadis berkenaan sebelum membakarnya, menyebabkan mangsa terbakar 25 peratus di muka, dada dan tangan.

Mangsa kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur. – BERNAMA

1 comment:

  1. amik kau..... polis nih d bomoh department tau.... mna mau lari.... kl aku yg jmpe.... mmg kene cucuh putung rokok dlm lubang telinge dier nih.... pas tuh cabut rambut dier sehelai2.... br nmpak feel n kepuasan...

    ReplyDelete

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda