Thursday, 23 August 2012

PANASS !!! DAP TOLAK LAJIM UKIN ANGGAP SEBAGAI PENGKHIANAT ??



Pelik pulak aku kenapa guan eng beriya iya nak gubal akta antilompat parti yang dimulakan oleh Anwar Ibrahim .. Kenapa perlu takut dengan bayang bayang yang sendiri ?? Jika tak yakin dengan kemampuan pakatan haram buat apa berlakon kononnya bersatu ?? Kan bagus kalau bubar terus PR dan berjuang atas parti sendiri..

Dap pun masih mengharap undi dari Melayu Pas dan PKR untuk meraih kemenangan..Jika Dap bertanding atas tiket sendiri belum tentu boleh menang jika majoriti kawasan mengundi dikuasai oleh bukan Melayu..

Dap melabelkan si pelompat parti sebagai pengkhianat kepada rakyat tapi kenapa terima lajim dan bumburing dalam pakatan ?? bukankah dap serius menentang individu yang lompat parti ??.. Ibarat meludah ke langgit terkena muka sendiri last last terpaksa jilat balik ludah tu.. Memang cakap tak serupa bikin betul la Dap ni..



GEORGETOWN - Kerajaan Negeri Pulau Pinang bercadang menggubal undang-undang antilompat parti bagi mengekang tindakan wakil rakyatdaripada mengosongkan kerusi yang dimenangi atas tiket parti.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, cadangan itu akan dibincangkan adalah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

"Undang-undang seperti ini akan memastikan integriti politik dalam usaha mencegah wakil rakyat melakukan tindakan khianat atau tidak hormat pengundi mahupun rakyat memberi mandat untuk mentadbir.

"Sekiranya semua ahli Exco negeri bersetuju, undang-undang ‘antilompat parti’ itu dijangka akan dibentangkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) November ini,"katanya, pada sidang media, dipejabatnya, Komtar di sini, hari ini.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan cadangan itu dengan mendapatkan nasihat daripada penasihat undang-undang Kerajaan Negeri.

"Cadangan ini adalah konsisten dengan pendirian DAP yang menentang tindakan lompat parti dianggap satu perbuatan khianat dan tidak hormat kepada mandat diberikan oleh pengundi memilih calon daripada parti asal.

"Undang-undang antilompat parti ini berupaya mencegah 'katak' (wakil rakyat) dari lompat daripada parti asal ke parti yang lain secara mudah,"katanya.

Guan Eng, sebelum ini Kerajaan Negeri Sabah telah meluluskan pindaan kepada Perlembagaan Negeri tetapi Mahkamah Persekutuan memutusan undang-undang itu tidak sah kerana ia melanggar hak kebebasan yang dijamin dalam Artikel 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan.

"Kini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang cuba meluluskan undang-undang ini supaya Mahkamah Persekutuan boleh menyemak semula undang-undang dalam hal ini,"katanya.

Kelmarin, Sinar Harian melaporkan Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh menegaskan, tindakan 'lompat parti' ialah satu perbuatan khianat kepada pengundi yang memilih calon mereka daripada sesebuah parti tertentu.

Menurutnya, DAP sentiasa menentang tindakan melompat parti yang dipandang serius kerana ia adalah tindakan pengkhianatan dilakukan oleh anggota Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang dipilih rakyat. SINAR

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda