Monday, 9 July 2012

PANASS !!! MASYARAKAT CINA PENANG TOLAK DAP DAN GUAN ENG [VIDEO]


Realiti kesusahan rakyat dibawah pemerintahan regim DAP Pulau Pinang. Peniaga ditekan dengan sewa kedai diatas Bukit Bendera yang asalnya pada zaman BN hanya RM30-RM36 tetapi sejak diambil alih oleh regim DAP sewa meningkat mendadak hingga RM650 sebulan.

Apa yang dapat kita lihat regim DAP ini memang menekan kesemua rakyatnya tanpa mengira bangsa.Pada mulanya mezalimi bangsa melayu dan India,nah sekarang kaum cina juga menerima nasib yang sama apabila ultrakiasu memerintah regim negeri.

Tak ada bezanya semasa negara darurat diperintah komunis yang menzalimi kesemua bangsa begitu juga sekarang di Pulau Pinang yang digelar Pyongyang di bawah Pemerintahan KIM GUAN ENG.

Video ini juga mendedahkan keresahan dan kesusahan rakyat apabila harga rumah naik mendadak hingga langsung tidak mampu dibeli oleh rakyat tempatan.

Kesesakan lalulintas hinggalah kepada kurangnya peluang pekerjaan. Realiti ini langsung tidak didedahkan kerana regim DAP terlalu banyak pembohongan dengan propaganda ala komunis yang tak henti henti mendewakan Lim Guan Eng sebagai dewa dan tuhan yang perfect!



Beberapa pembaca yang sering kali berhubung dengan Pisau kerap kali bertanyakan akan sokongan masyarakat cina dan peluang BN untuk kembali memerintah Pulau Pinang.Jawapan Pisau mudah, setiap kerusi yang dimenangi oleh DAP tidak bermakna seluruh kaum cina menyokong DAP dan Pakatan. Fakta itu kita jangan lupa. Bahawa pengundi kaum tionghua di Pulau Pinang dah beri peluang kepada DAP dan mereka gagal.

Pisau sendiri turun bertemu dengan para penyokong DAP dan pakatan,mereka sendiri secara terbuka menyatakan sukar pertahankan Pulau Pinang. Sebelum ini Kim Guan Eng pernah kata BN akan dapat telur ayam pada PRU13 di Pulau Pinang,kemudian beliau tukar kepada peluang 50-50.. apa sebabnya?

Ultrakiasu,chauvanis dan rasis. DAP bakal dihumban keluar dari Pulau Pinang. Momentum kemarahan kaum cina sedang meningkat naik keatas regim DAP. Saksikan video ini.



SUMBER PISAU.NET

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda