Monday, 9 July 2012

Panass !!! Khalid gagap Songlap RM 1 Billion, Dalam Masa 4 Tahun Memerintah ??


BARU sahaja 4 tahun memerintah, sudah berani menggelapkan wang rakyat negeri Selangor sebanyak RM 1 billion. Banyak duit tu sampai khabarnya Menteri Besar dapat buat rumah di London.

Ya, dan dimaklumkan semua dokumen mengenai hal ini akan didedah satu persatu.

Apa sekalipun memang banyak yang tak kena dengan pengurusan hutang Talam ini dari mula.

Syarikat ini (Talam) sebenarnya sudah hampir tidak wujud lagi, dah diganti dengan Triniti Corporation Berhad. Tak pastilah beratus juta duit rakyat Selangor yang dipinjamkan kepada Talam untuk menyelesaikan hutangnya dulu dibuat atas nama Talam atau Trinity.

Sebab, kalau atas nama Talam, maksudnya hutang itu ada potensi untuk hangus begitu saja kalau Talam ini benar-benar diistiharkan bankrup nanti. Syarikat yang muflis mana ada liabiliti untuk bayar hutang lagi dah.

Sekarang, tidak hairan kenapa prasarana dan begitu banyak kemudahan berkepentingan rakyat di negeri paling maju di Malaysia ini berada dalam keadaan kelas ketiga, berbanding semasa diserahkan dari BN pada 2008 dulu.

Tidak hairanlah masalah sampah berlarutan sehingga menyebab banyak longkang tersumbat dan mencetus kepada banjir kilat, bau busuk, denggi dan sebagainya.

Memanglah semua ini berlaku, duit dah habis di lahap, dibayar untuk menyelesaikan masalah hutang anak syarikat kerajaan negeri yang sudah digulung dan dimufliskan.

Rakyat Selangor wajib bangkit bertanyakan soal ini. Penulis terbaca di Selangor ada Enakmen Kebebasan Maklumat yang membenarkan rakyat memeriksa dengan sendiri maklumat kewangan negeri. Kononnya tidak ada apa yang diselindungkan dengan adanya enakmen ini.

Yang pertama untuk dipersoalkan ialah Khalid Ibrahim yang pernah berjanji untuk menyediakan kertas putih bagi memberi penjelasan berhubung hutang Talam ini.

Selangor akan menyediakan satu kertas putih berkaitan kutipan hutang berjumlah RM392 juta daripada syarikat Kumpulan Talam Corporation menjelang hujung tahun ini, kata menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menjawab satu soalan lisan di DUN Selangor hari ini, Khalid berkata setakat ini Selangor telah berjaya mendapatkan aset tanah berjumlah RM290 juta dan juga tunai sebanyak RM50 juta.

Hutang berkenaan kini berada bawah seliaan Menteri Besar Incorporated (MBI), katanya ketika menjawab soalan daripada daripada Janice Lee (DAP-Teratai). “Saya memang menunggu permintaan tersebut (kertas putih) sebab saya nak tulis satu kes lagi macam mana tanah ini beri sewenang-wenangnya kepada orang.

“Kertas putih yang dikehendaki mesti sudah ada perjanjian yang kita lakukan. Sekarang kita sedang kumpul perjanjian tersebut. Hasil dari kertas ini kita akan hasilkan pada hujung tahun ini untuk jadi asas perbincangan masa depan,” kata Khalid.
Genap 2 tahun dah kertas putih yang dijanjikan masih tidak nampak bayang. Bila ditanya wartawan, Khalid sekali lagi menyebut kertas putih mengenai hal ini akan dibentangkan nanti.

Nanti sampai bila?

Semua ini menunjukkan pentadbiran di Selangor ini bukan pentadbiran yang baik. Baru sahaja tak beberapa minggu Setiausaha Politik MB menyalahgunakan kuasa dengan mengarahkan anak syarikat kerajaan negeri menerima firma anak saudaranya sebagai panel peguam, sekarang dah kes ini pula.

Kronisme, salahguna kuasa begitu bermaharajalela sekali. Tapi semuanya berjaya mengelak dari tindakan undang-undang kerana prosedur kerajaan negeri pimpinan Pakatan haram ini memang membenarkan perkara-perkara semua itu dilakukan.

Paling tidak pun, menunggu kelulusan Exco, siapa yang duduk dalam Exco itu kalau bukan puak-puak ini juga!!

Sumber Mykmu

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda