Monday, 18 June 2012

TUDIAA !! RATUSAN RIBU HADIR CERAMAH PERUT HIJAU PAS DI JOHOR ???

Artikel dari blog KedahkeKL Semalam berlangsungnya Himpunan Hijau di Sagil, Parit 3, Dun Ledang, Johor. Himpunan Hijau yang menurunkan Presiden Pas dan Naib Presiden Din Pudu. Pas target dalam himpunan kali ni hadirin mungkin melebihi 4 ribu orang. Namun apa yang terjadi, anda boleh lihat gambar dibawah!





Pas Johor cuba memperdayakan rakyat Johor dengan janji janji manismu (lagu si artis tak laku ) dengan melancarkan manifesto hampir sama dengan janji manifesto PRU12 di Selangor...

Bagi negeri begeri yang di perintah oleh Pas pelbagai janji janji yang dibuat sebelum ini masih belum ditunaikan..Rakyat Johor diingatkan supaya tidak termakan dengan janji palsu dalam manifesto mereka kali ni..Semua janji dalam manifesto terbaru itu langsung tidak pernah ditunaikan oleh Kerajaan PR..


TANGKAK: Hanya kira-kira 1,000 orang hadir pada Himpunan Hijau anjuran Pas di Johor malam tadi, sekali gus menandakan sambutan suram terhadap cubaan parti itu menawan negeri yang menjadi kubu kuat Umno selama ini.

Kehadiran pemimpin kanan parti termasuk Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang gagal menarik penyokong parti itu daripada seluruh negara untuk bertandang ke Johor sebagaimana yang berlaku dalam kes Kedah awal bulan ini.

PAS sebelum ini melancarkan manifesto khas untuk Johor dan mengumumkan Naib Presidennya Sallehuddin Ayob akan menjadi Menteri Besar sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan kerajaan negeri pada pilihan raya akan datang.

Manifesto itu yang mirip dengan janji Parti Keadilan Rakyat di Selangor sebelum ini, bagaimanapun rata-rata ditolak penduduk Johor yang diwawancara oleh Antarapos.

Mereka sebaliknya menzahirkan kemarahan terhadap tindakan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaludin mengkritik Istana Johor baru-baru ini. Nizar adalah Ahli Jawatankuasa Pusat PAS.

Dalam ucapannya malam tadi, Sallehuddin memberitahu penyokong parti itu bahawa kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor bebas daripada rasuah dan menjanjikan pentadbiran sama di Johor.

"Setakat malam ini saya pun tidak boleh cakap besar, sebab kami pun manusia..kami bukan malaikat Jibril..esok mungkin buat salah. Jadi...kenapa tidak berikan peluang kepada kami ambil alih Putrajaya dan ambil alih Nusajaya," kata beliau.

Dalam pada itu, Sallehuddin memberitahu akhbar The Star bahawa isu antara Nizar dan Istana Johor bukanlah perkara yang besar.

"Saya cakap dengan penuh ikhlas. Perkara ini bukan isu besar. Rakyat adalah matang dan boleh membuat penilaian sendiri," kata beliau.

Isu itu tercetus apabila Nizar mempersoalkan tindakan Sultan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar membayar RM500,000 kepada Jabatan Pengangkutan Jalan untuk mendapatkan nombor plet kereta WWW 1.

Sultan Ibrahim menjelaskan beliau tidak mengambil walau sesen daripada kerajaan dan selama ini menderma kepada dua yayasan negeri untuk membiayai aktiviti kebajikan mereka.

Pada satu perhimpunan minggu lalu, lebih 30,000 rakyat Johor berkumpul di perkarangan Istana Pasir Pelangi untuk menzahirkan sokongan terhadap Sultan Ibrahim.



ANTARAPOS

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda