MTK tertarik dengan artikel terbaru yang ditulis oleh Dr Ridhuan Tee Abdullah menyentuh berkenaan cara cara halus Ultra Kiasu merosakkan umat Islam melalui makanan dan hiburan..Baca dibawah
Seorang pembaca bernama Razali, meminta saya menulis mengenai agenda ultra kiasu melalui makanan, kerana mulai 1 Julai 2012, di bawah Seksyen 16 Akta Perihal Dagangan 2011 (APD2012), pengusaha yang tidak mempamerkan logo halal, yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan diberi amaran, sebelum tindakan denda dan penjara dikuatkuasakan.
Semua pihak maklum, banyak insiden yang disengajakan, telah berlaku seperti penemuan gelatin (minyak) babi, kaki katak dan sebagainya dalam makanan. Ini tidak termasuk soal sembelihan, halal haram dalam muamalat dan aspek kehidupan seharian lain. Sebenarnya, tajuk sebegini pernah saya kupas sebelum ini. Apakan daya, lebih 70 peratus pengeluar makanan adalah orang bukan Islam. Inilah akibatnya apabila umat Islam tidak menjadi pengeluar, semata-mata menjadi pengguna. Memang sukar untuk kita mendapatkan sumber dan makanan yang benar-benar halal jika umat Islam tidak menguasai ekonomi.
Ultra kiasu amat licik, untuk melariskan produk makanan mereka, berbagai strategi digunakan, termasuk memperalatkan atau memberi nama-nama berbunyi Melayu (Islam), mempergunakan pekerja Melayu (terutama Indonesia) dan sebagainya. Hak mereka sebagai seorang Islam, misalnya untuk bersolat, langsung tidak pedulikan. Pada mereka, solat merugikan perniagaan. Maka tidak hairanlah ramai pekerja-pekerja umat Islam sudah hilang jati diri, kerana hati mereka sudah mati, kerana semakin hari semakin berjauhan dengan Pencipta.
Lebih menyedihkan, ada beberapa kedai mamak telah dibeli mereka. Mereka masih mengekalkan nama-nama berunsur keMelayuan dan keIslaman untuk menarik pelanggan. Sedangkan makanan yang disaji belum pasti halal atau tidak. Mereka juga sanggup berkahwin dengan orang asli, untuk mendapatkan lesen, tanah dan sebagainya. Setelah semuanya didapati, habis manis, sepah dibuang. Apa yang tidak membawa hasil akan ditinggalkan. Sebab itu, saya mempertikaikan semangat patriotisme mereka.
Saya tidak pasti apakah ramai yang buta hatinya ada kaitan dengan makanan yang tidak halal. Kadang kala saya merasa amat pelik, kedai makanan atau kopitiam mereka, bukanlah hebat sangat. Hanya kerana ada stail, bergaya, dan ada standard, kita sanggup duduk berjam-jam dalam kedai mereka menghabiskan wang ringgit.
Contohnya, kopitiam kopi putih bandar lama, masih ramai orang Islam yang makan di situ tanpa segan silu. Kopi putihnya tidaklah seberapa. Beli sahaja dikedai, minum di rumah bersama keluarga. Bukankah lebih baik? Kebetulan terbaca artikel Dr. Mark Hyman (7 Jan 2011), seorang pakar perubatan dan penulis hebat, makan minum di rumah boleh menyelamat dan memanjangkan nyawa berbanding makan di luar.Baca seterusnya
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda