Thursday, 10 May 2012

PANASS !!! HADI AWANG TERPAKSA PERANGAT ISU HUDUD TAKUT BASI ?!!



Apa cerita lagi ni hadi oii,dah tak ada modal lain ka,dah terang terang hampa yang tolak undang undang tu apa cerita lagi ni..Percayalah pas tak boleh la laksanakan hukum hudud tu,ini semua ayat hadi tak mau bagi penganut penganut pas lupa isu ni..

Sebab isu ni la dia nak undi.Bila dah menang apa pun tarak..Tengok di Kelantan dan Terengganu waktu pas perintah.Undang undang Hudud dah boleh dijalankan tapi kena tak buat??


Tahun lepas YB Zulkifli Nordin dedahkan undang undang hudud Terengganu boleh liwat isteri masa tu Hadi jadi MB..Tu pun tak buat jugak..

Kali ni dia perangat balik bagi panas balik isu Hudud ni takut lama sangat tak masuk paper boleh basi..Percaya lah lepas ni Dap pulak akan Sound hadi sebab panaskan isu ni..haha

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata hukum hudud bukan sesuatu yang menjadi keutamaan walaupun ia akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahannegara.
Menurutnya, hudud akan dilaksanakan terlebih dahulu kepada umat Islam sementara bukan Islam diberi pilihan (untuk menerimanya atau tidak).

"Bagaimanapun, ia mesti dilaksanakan mengikut proses demokrasi. Kita dahulukan yang mana dahulu, kita selesaikan masalah, atasi kemiskinan dahulu.

"Hukum hudud tidak boleh dilaksanakan, hukum mencuri tidak boleh dijatuhkan sekiranya gaji minimum tidak dilaksanakan.

"Sebagai contoh, gaji minimum kena ada, kalau dia mencuri sebab gaji tak cukup, ia (hudud) tak boleh dilaksanakan sebab tak cukup syarat nak laksana hukum ini, itu kena faham.
"Masalah pengangguran diselesaikan dulu baru (hudud) dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan ceramah Pra-Bubar Parlimen di Kuala Berang, di sini, semalam. - Bernama

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda