Thursday, 10 May 2012
MAKAM TOK PASAI TERBIAR MANA PI WAKIL RAKYAT KOLA KEDAH ???
KUALA KEDAH – Makam Tok Pasai yang menjadi khazanah peninggalan sejarah berharga di Kedah, seolah-olah terbiar reput tanpa sebarang penjagaan sewajarnya sebagai salah satu artifak penting bukti kewujudan pengaruh awal Islam di negeri Jelapang Padi ini.
Makam yang tidak diselenggara dengan baik oleh pihak berwajib itu turut diakui oleh portal rasmi Kerajaan PAS Negeri Kedah, Warta Darulaman, yang menulis bahawa makam tersebut seolah-olah tidak disedari dan tidak diendahkan kewujudannya.
Persoalannya, meskipun Kerajaan PAS Kedah menyedari keadaan tersebut, mengapa khazanah tidak ternilai itu tidak dipelihara sebaik-baiknya sebagaimana yang dilakukan oleh pentadbiran sebelumnya?
Makam tersebut yang dahulunya terjaga rapi dan menjadi tumpuan para pelancong sementara meninggu feri untuk ke Pulau Langkawi, kini semakin buruk dan reput binaannya, serta tidak lagi dipedulikan sesiapa pun.
Terletak di dalam kawasan tempat letak kereta di jeti berkenaan, makam tokoh ulama ulung di Kedah itu bagaikan tidak diketahui apabila tiada sebarang papan tanda yang jelas bagi menunjukkan ia berada di situ.
Saya yang berada di jeti tersebut baru-baru ini bagaimanapun sempat menghadiahkan “Al-Fatihah” buat Tok Pasai, seorang pejuang agama Islam yang berhijrah dari kepulauan Indonesia setelah diburu penjajah Belanda pada tahun 1844 itu.
Amat sedih apabila melihat makam seorang tokoh yang berjasa besar dan sangat dihormati oleh rakyat negeri Kedah itu dibiarkan tidak terjaga oleh Kerajaan PAS Negeri Kedah yang kononnya juga ‘pejuang” Islam.
Jika dahulu ia terjaga rapi dengan dua batu nesan diletakkan di pusaranya, kini hanya tinggal satu batu nesan dan kain penutupnya juga sudah hilang entah kemana…Baca seterusnya
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda