Sunday, 18 March 2012
PANAS!!! PESANAN BUAT KETUA MENTERI PALING CELAKA DALAM SEJARAH PULAU PINANG???
JIKA saya Ketua Menteri (KM) Pulau Pinang, saya tidak akan mengheboh-hebohkan peningkatan pelaburan negeri itu kerana kejayaan tersebut adalah hasil usaha semua.
Tidak wajar bagi seorang KM terlalu asyik dengan kedudukannya, sehingga memburuk-burukkan imej bandar lain sebagai bandar yang penuh dengan jenayah dan mengatakan sesuatu yang tak berasas mengenai Kilang Lynas di Kuantan.
Tindakan Lim Guan Eng mencerminkan beliau bukanlah wakil Parlimen untuk semua rakyat tetapi KM yang membuat perjuangan untuk diri sendiri.
Kita tidak ada bantahan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi pelaburan yang utama di Malaysia tetapi bukan melalui cara beliau menjejaskan kepentingan dan imej negeri lain.
Jika saya KM Pulau Pinang saya juga perlu memastikan peningkatan pelaburan di Pulau Pinang akan membawa kepada peningkatan pendapatan dan mutu kehidupan rakyatnya.
Memastikan setiap daerah di Pulau Pinang maju dan berkembang bersama-sama, tidak ada golongan dan daerah yang ketinggalan.
Kehilangan bangunan warisan dan prestasi pasukan bola sepak Pulau Pinang juga mencerminkan Kerajaan Pulau Pinang tidak mengutamakan pembangunan insani.
Isu loji panel solar di Batu Kawan juga menunjukkan Kerajaan Pulau Pinang kurang cekap menangani isu pencemaran alam sekitar.
Jika saya KM Pulau Pinang, saya akan pastikan pembangunan di Pulau Pinang berjalan secara seimbang, berterusan dan lestari. Saya akan pastikan tidak ada golongan dan daerah di Pulau Pinang yang ketinggalan. Itulah impian saya sebagai anak tanjung yang dilahirkan dan dibesarkan di Pulau Pinang.YAMATO Kuala Lumpur-utusan forum
MTK
MEMANG CELAKA GUAN ENG NI..JANGAN PERASAN BAGUIH SANGAT
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda