Tuesday, 14 February 2012

WAT DE HELL!! MELACUR ADALAH KERJA SAMBILAN WARTAWAN??



KUALA LUMPUR - Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) kesal dengan kenyataan ketua publisiti pilihan raya DAP, Hew Kuan Yau yang melabel wartawan sebagai "pelacur".

Setiausaha Agung NUJ, V. Anbalagan dalam kenyataan hari ini berkata, kesatuan itu juga kesal dengan pendirian pengerusi jawatankuasa disiplin DAP Tan Kok Wai yang menyokong dengan menegaskan Hew hanya menyatakan hakikatnya.

Beliau berkata, kenyataan Kuan Yau telah mencemarkan imej semua wartawan yang bekerja dalam media cetak, elektronik dan 'online'.

"Ini tidak adil kerana beliau memberikan label itu pada semua wartawan, kategori orang yang khusus berkhidmat untuk orang ramai dan mengetengahkan isu-isu kepentingan awam," katanya.

Hari ini sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan Kuan Yau telah memohon maaf berhubung kontroversi yang timbul berpunca daripada kenyataannya.

Anbalagan berkata, Kuan Yau sepatutnya menyokong kenyataannya itu dengan kes spesifik seperti siapa wartawan itu dan daripada organisasi mana.

"Kuan Yau sepatutnya membuat aduan kepada organisasi terbabit supaya tindakan dapat diambil tanpa mengira wartawan itu adalah seorang eksekutif, petugas biasa, kebanyakannya ialah anggota NUJ, petugas kontrak atau petugas sambilan.

"Kami mendesak pucuk pimpinan DAP mengambil tindakan ke atas Kuan Yau dan Tan kerana sesuatu kebenaran atau fakta mesti disokong dengan bukti dan keterangan.

"Jika tidak, ia berupa dakwaan tidak berasas yang dilemparkan terhadap wartawan dan profesion itu," katanya.- Bernama


MTK
MANGKAQ NI MEMANG CARI PUBLISITI MURAHAN BETUI LA..DIA NI TAK TAU KA BETAPA PENATNYA JADI WARTAWAN..MTK NI YANG DUK NAIK TURUN SELURUH PELUSUK TEMPAT PUN DAH RASA SIKSA..APA PUNYA BANGKAI LA KETUA PUBLISITI MURAHAN DAP NI..

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda