Tuesday, 14 February 2012
GUAN ENG SAJA CARI PASAI DENGAN UMAT ISLAM!!!
Pagi tadi, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersama ADUN Komtar, Ng Wei Aik, telah meraikan Hari Valentine dengan mengedarkan 1,000 kuntum bunga "carnation" kepada semua pengunjung-pengunjung di Chowrastar, di Penang. Tidak kisah lah sekiranya dia ingin menyambut perayaan berkenaan dengan bukan Islam. Tetapi kenapakah LGE dan Kerajaan DAP Penang tidak sensitif dengan pengharaman kepada Umat Islam untuk menyambut hari berkenaan?
Bukankah tindakan beliau mengajak Umat Islam untuk meraikan Hari Valentine adalah satu tindakan menghina Islam dan penganutnya? Bukankah DAP juga yang sebelum ini menyalak dengan menuduh PERKASA tidak sensitif dengan kaum Cina apabila PERKASA menyumbangkan ang pow bersampul putih ketika Tahun Baru Cina yang lepas? Kalau kaum Melayu tidak sensitif dengan adat masyarakat Cina, DAP boleh menyalak. Kenapa Umat Islam harus berdiam diri ketika LGE menghina mereka dan hukum hakam Agama mereka? Apakah LGE yang tinggal berpuluh tahun di Malaysia tidak mengetahui sambutan Hari Valentine adalah haram disambut oleh Umat Islam?
Sumber FB
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda