Tuesday 22 May 2012

BILA PAS KEDAH NAK JAWAB ISU BALAK NI ?? MANA DIA SETPOL AJIJAN RAZAK ??



Sudah dua minggu blogger blogger kedah pro BN mendedahkan isu pembalakkan yang pas kedah halalkan di hutan simpan bernilai tinggi di kedah semata mata untuk membuncitkan perut perut hijau kroni untuk dapatkan pulangan tunai parti dan poket sendiri..

Pimpinan Pas Kedah terkedu apabila sumber utama kewangan negeri sudah kena serang.Kami team media kedah menyerang bukan sebab dengki dengan kerajaan negeri, tidak! Kita membawa keluar isu tersebut, untuk membuktikan betapa gopoh dan tidak prihatinnya kerajaan negeri terhadap alam semula jadi..



kerana mahukan keuntungan yang berlipat kali ganda semata mata untuk menunjuk kononya pas paling jaguh mentadbir urus Negeri Kedah pas sanggup mengenepikan soal prihatin kepada rakyat yang tinggal di sekitar kawasan pembalakkan..


Pembalakkan di hutan simpan, kawasan tadahan air dan juga peranginan membuktikan bahawa, Pas Kedah tidak memikirkan masalah yang akan dihadapi penduduk.Kesan dari pembalakkan di tempat-tempat sedemikian, boleh mencemarkan alam sekitar dan merosakkan sumber air yang merupakan sumber asas bagi penduduk.

Contohnya pembalakkan di Baling. Pembalakkan yang berhampiran dengan air terjun Lata Chelak. Dulu Lata Chelak ni adalah kawasan rekreasi, tempat orang berkelah, tapi sekarang, mana ada lagi orang yang berani berkelah. Tengoklah gambar dibawah,



Untuk pengetahuan pembaca blog, penduduk tempatan disana akan adakan tunjuk perasaan bagi membantah pembalakkan yang tidak terkawal dari kerajaan negeri. Apakah kita mahu perkara di Baling berulang lagi di Pedu?



boleh baca juga di sini

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda