Thursday, 7 August 2014
RAFIZI LEMBU SEORANG YANG BODOH - STOPA ALI
Bagi yang kenal dengan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali atau Cikgu Pha, kita tahu beliau jenis orang yang cool dan tidak cepat melatah.
Tapi perangai lebih sudu dari kuah, pegawai-pegawai sekeliling Datuk Seri Anwar Ibrahim ini sudah bikin orang kuat Presiden PAS itu 'hangin satu badan'.
Bagi yang lama dalam politik... kenyataan Cikgu Pha itu tanda-tanda awal hubungan PAS dan PKR akan tinggal sejarah.
Menunggu hendak runtuh, atau orang kata hari-hari terakhir...pakatan suka sama suka antara PAS, PKR dan DAP yang dibina selepas menang pilihanraya umum ke 12 pada Mac 2008.
PAS akan mengadakan mesyuarat menentukan hala tuju mereka dalam pakatan pembangkang pada 10 Ogos ini.
Difahamkan, mesyuarat yang pada asalnya hanya membincangkan samada parti itu akan sokong Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atau tidak kini diperluaskan agendanya.
Agenda pertama yang akan dibincangkan adalah apakah PAS akan bersama PKR dan DAP atau memilih jalan sendiri.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan sebuah portal pembangkang, PAS menyifatkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli membuat kenyataan bodoh apabila mendedahkan cadangan PAS mahu Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dilantik sebagai perdana menteri jika Pakatan Rakyat menang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
"Jika dia menganggap dia adalah pengarah strategi PKR, dia membuat satu kenyataan bodoh," kata Mustapa kepada portal The Malaysian Insider.
Mustafa mengulas kenyataan Rafizi malam tadi yang mendedahkan kononnya PAS mencadangkan ahli Parlimen Gua Musang daripada UMNO itu sebagai bakal perdana menteri jika Pakatan berjaya menawan Putrajaya.
Rafizi mendedahkan perkara itu pada forum berkenaan krisis menteri besar Selangor di Kuala Lumpur, malam tadi.
"Sebulan sebelum PRU13, pemimpin PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu, Datuk Dr Haron Din, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Mustafa Ali semuanya berjumpa Anwar.
"Mereka kata mereka hendak menamakan pemimpin UMNO, Tengku Razaleigh sebagai perdana menteri kalau kita menang Putrajaya," kata ahli Parlimen Pandan itu.
"Saya tidak mahu berkata banyak tentang kenyataan Rafizi itu, hanya itu saja dulu," kata Mustafa ketika mengulas mengenainya.
Untuk rekod, Mustapa antara pemimpin paling senior PAS dalam barisan kepimpinan yang ada selain Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Selain itu, Mustapa dianggap pencatur sebenar disebalik langkah-langkah politik Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahupun PAS secara keseluruhannya.
Sementara itu, Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki dalam kenyataannya berkata tindakan parti itu mencadangkan Tengku Razaleigh sebagai calon perdana menteri bertujuan memecahkan sokongan kuat Melayu luar bandar terhadap UMNO.
"Anwar tidak bersetuju dengan cadangan tersebut, lalu cadangan itu 'tutup buku' tanpa ada sebarang pengumuman," kata Zuhdi dalam Facebooknya.
Katanya, cara itu lebih bermoral untuk mengemukakan apa-apa langkah politik dalam Pakatan dan berkata:"Bukan buat pengumuman dulu seolah-olah dia seorang yang memegang kuasa veto, kemudian paksa rakan lain terima dengan pelbagai cara, mempengaruhi keputusan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan."
Pakatan berjaya mendapat sokongan undi popular dalam PRU13 tetapi gagal berkuasa di Putrajaya apabila BN melalui UMNO menang banyak kerusi di luar bandar iaitu di kalangan undi Melayu. –Agenda Daily
apa nak di heboh undi majority, kita kira berapa kerusi di Parlimen lah...sapa cakap undi majority dia menang, sudah sudah lah issue basi tu, BN menang sebab lebih banyak kerusi di Parlimen...full stop..
ReplyDelete