Wednesday, 9 July 2014

PEDAS !! JOM BACA 7 SINDIRAN TUN M KEPADA ORANG CINA






1. Sekarang baru saya tahu kenapa kontraktor Melayu tidak pernah diberi kontrak oleh swasta Malaysia. Mengikut Fellow Kanan Institut Kajian Sosioekonomi dan Alam Sekitar (SERI). Dr Michael Lim Mah Hui, Bumiputra tiada kualiti.

2. Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng, pula berkata, swasta mementingkan meritokrasi, bukan menutup peluang kepada Melayu.

3. Kita tahu Kerajaan yang dikuasai oleh Melayu yang tidak berkualiti, telah mengambil hampir 100% Melayu untuk menjadi pegawai dan kakitangan Kerajaan. Hasilnya dapat kita lihat Malaysia tidak dapat ditadbir dengan baik dan pembangunannya memang buruk sekali berbanding dengan negara-negara lain yang mencapai kemerdekaan bersama dengan Malaysia.



4. Kerajaan yang dianggotai oleh Melayu yang tidak berkualiti ini gagal menangani kemerosotan ekonomi dan kewangan pada 1997/98. Ramailah peniaga dan pengusaha negara terutama dari kaum yang memiliki merit yang bankrap semasa krisis matawang kerana tindakan “control” oleh Bumiputera. Sehingga kini ekonomi dan kewangan negara tidak dapat dipulih oleh Kerajaan Melayu yang tidak berkualiti ini.

5. Sesungguhnya untuk mengelak kerosakan negara, Melayu yang tidak berkualiti ini tidak harus diberi apa-apa peluang menuntut ke peringkat universiti kerana mereka tentu tidak akan lulus dan mendapat apa-apa ijazah. Tindakan pemaju swasta mengutamakan merit memanglah wajar. Ini bukan kerana tidak mahu memberi peluang kepada Melayu, tetapi kerana mengutamakan merit.

6. Meritokrasi memang baik bagi Malaysia. Jangan bagi apa-apa pun yang tidak berasas kepada merit. Orang yang tidak berkualiti tidak mempunyai hak dan tempat di Malaysia. Biarlah mereka kekal dengan kualiti buruk mereka asalkan yang berkualiti, yang memiliki merit meraih segala-galanya untuk mereka. Kemerdekaan Negara dari dijajah oleh British bertujuan memberi segala-galanya kepada yang memiliki merit dan bukan untuk yang tidak berkualiti.

7. Dan saya bersetuju dengan pendapat pakar-pakar orang cina dari SERI dan RAM Holdings. Orang yang tidak ada kualiti tidak ada tempat di Malaysia kita yang Merdeka. Mereka harus tahu nikmat kemerdekaan bukan untuk mereka. Nikmat ini hanya untuk yang mempunyai merit walaupun orang cina tidak berjuang langsung untuk membebaskan Malaysia dari penjajah.

-Tun Mahathir-

BACA SINI

2 comments:

  1. Tapi bila dikaji blk sejarah punca dijajah dulu lebih kurang mcm skrg, bezanya dulu keturunan diraja yg berebut kuasa pemerintahan tp sekarang ni ahli politik pula yg mengambil bahagian. Mereka yg dulu menumpang tp pandai mengambil peluang dlm kesusahan mencari rezeki di bumi orang melayu yg sdg minum di kedai kopi (dahulu) kantin yg disediakan jabatan (sekarang) smbl menjadi pengulas sukan mengulas tentang perlawanan bola/gusti/badminton/tennis yg mereka tonton di hari sebelumnya di siaran 801 dan keatas. Mereka mengharap kepercayaan dan bantuan rakan/saudara se-bangsa dgn mereka dalam menyuntik modal buat rakan yg baru berniaga dgn meletakkan bunga tertentu namun bangsa tuan tanah disajikan dgn bantuan dr organisasi tertentu (tekun,punb,mara dsb.) dgn prosuder dan masa tertentu juga dgn bunga yg tertentu. Hakikatnya mereka sgt pandai berniage namun kite masih leka dgn menepuk dada dan mengikut besarnya selera...:-)

    ReplyDelete
  2. Oi naon 15.36, , jgn. nak MENYAMAQlah! KURANG AJAQ lu tuduh BUMIPUTERA Islam/Melayu seolah malas?!

    Nampaknya makin ramai si ekoq-ekoq PENGGANAS Red Bean yg. ditaja puak SYAITAN Barat-Zionis dan DAPBANGKAI, termasuk MENYAMAQ guna nama Melayu/Islam, pakaian & bahasa Islam (sebut Kalimah ALLAH SWT cthnya), sedg. MENGAMOK mcm. ANJING KURAP GILA!

    PI BERAMBOS lu punya ekoq kat KANDANG PKRSODOM/DAPBANGKAI-si-RASIS-no-1!

    ReplyDelete

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda