Thursday, 3 July 2014

MAJLIS KONSULTANSI PERPADUAN NEGARA MILIK PEMBANGKANG- BEKAS KETUA HAKIM NEGARA




Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad menolak tawaran menjadi Pengerusi Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) kerana khuatir diperalat oleh pihak yang berkepentingan dalam MPKN yang sentiasa mencari peluang memperkukuh kedudukan dan menghakis hak orang Melayu dan kedudukan Islam serta anak negeri Sabah dan Sarawàk.

Ikuti luahan beliau tentang Majlis Konsultansi Perpaduan Negara.

"Jika ada satu keputusan yang saya buat dalam beberapa bulan lepas yang semakin terbukti bahawa ia adalah betul, ianya adalah keputusan saya untuk menolak tawaran untuk menjadi Pengerusi Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN) atau lebih dikenali dalam Bahasa Inggerisnya sebagai National Unity Consultative Council (NUCC)."

"Saya menolak tawaran itu kerana saya khuatir saya akan menjadi alat untuk memanjangkan tuntutan-tuntutan pihak-pihak tertentu yang senentiasa mencari peluang untuk menguatkan kedudukan mereka dengan menghakiskan hak-hak orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak dan kedudukkan agama Islam, sambil mengekalkan hak-hak mereka. Saya takut kiranya saya akan menjadi 'pengkhianat' kepada bangsa Melayu dan agama Islam."

"Saya berbuat demikian sebelum saya mengetahui komposisi dan nama ahli-ahli MKPN. Apabila saya melihat komposisi dan nama ahli-ahli saya lebih yakin bahawa keputusan saya itu adalah betul. Besar kemungkinan MKPN akan menjadi saluran untuk pihak-pihak yang mendokong program parti-parti pembangkang, terutama sekali DAP dan PKR (manakala PAS, seperti biasa akan menurut sahaja) dan ahli-ahli Melayu/Islam tidak akan dapat mempertahankan kedudukan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, malah ada yang tidak akan mempertahankannya kerana fahaman mereka yang 'liberal' itu".

"Ahli-ahli yang terdiri daripada anak-anak negeri Sabah dan Sarawak, terutama sekali yang beragama Kristian, yang kurang senang denagn orang Melayu/Islam di Semenanjung kerana isu kalimah Allah, juga akan bersekongkol tanpa menyedari bahawa hak-hak mereka juga akan terhakis".

"Siapakah Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang dan Polisi MKPN?"

"Pengerusinya ialah YB Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen PAS Parit Buntar dan Timbalan Pengerusinya ialah Encik Lim Chee Wee (LCW), bekas Presiden Majlis Peguam. Dato’ Dr. Mujahid adalah seorang pemimpin PAS dan LCW adalah mantan Pengerusi Majlis Peguam”.

"Saya katakan bahawa Kerajaan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), secara sengaja atau tidak, sedar atau tidak, telah menyerahkan tugas menetapkan dasar (polisi) dan menyediakan draf rang-rang undang-undang berikut kepada pembangkang".

1. Racial and Religious Hate Crime Billl;

2. National Harmony and Reconciliation Bill; and

3. National Harmony and Reconciliation Commission Bill.

"Mengapa saya kaitkan Majlis Peguam dengan pembangkang? Semua orang tahu pendirian Majlis Peguam mengenai politik tanahair."

"Terus terang saya katakan bahawa Majlis Peguam menyebelahi dan menyokong Pakatan Rakyat, terutama sekali DAP dan Keadilan. Tidak perlu saya menghabiskan ruang untuk menurunkan fakta-fakta untuk menyokong kenyataan ini".

"Walau bagaimana pun saya akan cerita satu peristiwa yang berlaku semasa saya menjadi Ketua Hakim Negara".

"Selepas PRU12, Majlis Peguam mengadakan Majlis Makan Malam Tahunannya. Untuk menjaga hubungan baik di antara Badan Kehakiman dan Majlis Peguam, saya hadir. Majlis itu tak ubah seperti majlis menyambut kemenangan parti-parti pembangkang”.

"Antara lain, Dato Ambiga, Presiden Majlis Peguam berkata:-

“Akhirnya pengundi-pengundi telah matang”.
(Soalan saya: Adakah pengundi hanya matang apabila mereka mengundi pembangkang, khususnya DAP dan Keadilan?) Encik Cecil Rajendra, peguam-penyair dari Pulau Pinang itu, menulis sebuah puisi memuji peguam-peguam yang memenangi pilihanraya atas tiket DAP dan Keadilan.

"Sebelum membaca puisinya, beliau memanggil mereka naik ke pentas dan mengisytiharkan mereka sebagai “Our heroes”. Itulah majlis rasmi Majlis Peguam yang menjemput Ketua Hakim Negara sebagai dif kehormat!"

"Saya berfikir sama ada hendak meninggalkan majlis itu atau tidak, tetapi kerana tidak mahu membuat heboh, saya sabar juga. (Mungkin itu salah satu kelemahan orang Melayu: Orang Melayu terlalu sensitif terhadap perasaan orang lain sehingga orang lain tidak perlu sensitif terhadap perasaan mereka.)"

"Saya difahamkan bahawa LCW dan Andrew Khoo (Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam dan seorang aktivis COMANGO) terlibat dalam menyediakan draf ketiga-tiga rang undang-undang itu. Malah saya percaya bahawa firma guaman merekalah yang membuatnya. Naskah awal yang saya terima melalui email tertera kata-kata “Prepared by Bar Council”. Saya juga membandingkan kedua-dua set rang-rang undang-undang itu. Banyak peruntukan kedua-dua set itu serupa, seksyen demi seksyen."

"Apa salahnya jika pembangkang dilantik menjadi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa itu? Ia bererti, paling kurang, bahawa setelah BN berhempas pulas untuk memenangi PRU 13, ia mengenepikan pengundi-pengundinya untuk mengambil hati pembangkang. Jika demikian untuk apa penyokong-penyokong BN terutama sekali UMNO berkerja keras untuk memberi kemenangan kepada UMNO dan BN? Pembangkang pula tidak perlu berkerja keras untuk menang, sebab jika ia kalah sekalipun ia akan dapat menyerapkan rancangannya untuk dilaksanakan juga."

"Apa salahnya jika Majlis Peguam yang menggubal draf awal? Saya katakan, apabila diberi peluang Majlis Peguam semestinya akan menggubal seperti yang dikehendakinya, sesuai dengan kehendak parti-parti yang disokongnya ia itu DAP dan Keadilan. Hal seperi ini pernah berlaku semasa saya menjadi Ketua Hakim Negara. Majlis Peguam telah menggubal Rang Udang-Undang Pelantikan Hakim-Hakim. Draf itu dibawa kepada Perdana Menteri (pada masa itu) oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (pada masa tu), Dato Zaid Ibrahim. Kerana ia melibatkan Badan Kehakiman, saya diberi satu salinan."

"Ringkasnya, mengikut draf itu Suruhanjaya itu akan menentukan siapa yang akan dilantik menjadi Hakim dan siapa yang akan naik pangkat sehingga menjadi Ketua Hakim Negara. Dalam draf Majlis Peguam itu, majoriti ahli-ahli Suruhanjaya itu adalah peguam-peguam. Ertinya penguam-peguamlah yang akan menentukannya. Saya membantahnya. Antara lain, saya berkata: “Jika Rang Undang-Undang ini diluluskan, Hakim-Hakim akan melutut kepada peguam-peguam.” Akhirnya, rang undang-undang itu dipinda dan peruntukan mengenai ahli-ahli yang terdiri daripada peguam-peguam dikeluarkan."

"Tidakkah kita belajar dari kesilapan itu? Atau, dalam hal ini, adakah ia disengajakan, cuai, atau kerana tidak atau tidak dapat berfikir?

Saya difahamkan bahawa LCW, bersama-sama Christopher Leong (Presiden Majlis Peguam ) dan Andrew Khoo telah pun turun padang untuk mempromosikan agenda mereka."

"Seperti yang ditegaskan oleh MKPN, rang-rang udang-undang itu berada di peringkat rundingan. Walaupun ia masih di peringkat rundingan, soalan saya ialah mengapa pembangkang, termasuk Majlis Peguam dan COMANGO diminta, dibenarkan, dibiarkan untuk menetapkan dasar dan menggubalnya, sedangkan mereka mempunyai agenda sendiri? Mengikut amalan biasa, apabila Kerajaan hendak membuat sesuatu undang-undang, Kerajaan (Kementerian atau Jabatan) akan terlebih dahulu membuat keputusan-keputusan dasar."

"Selepas itu Kementerian/Jabatan akan mengarahkan Jabatan Peguam Negara (melalui pegawai-pegawainya di Kementerian atau Jabatan itu.) Tugas Peguam Negara adalah untuk menggubal seperti yang dikehendaki oleh sesuatu Kementerian atau Jabatan. Mengapa amalan itu tidak diikuti? Dalam hal ini, adalah amat menghairankan mengapa jawatankuasa itu bukan sahaja diberi tugas untuk mendraf rang-rang undang-undang, tetapi juga untuk menetapkan dasar mengenainya. Peguam Negara pun tidak tidak diberi tugas seperti itu."

"Perlu ditegaskan bahawa saya tidak menentang pihak pembangkang dirunding mengenai rang-rang udang-undang itu. Tetapi, janganlah sampai menyerahkan penentuan dasar dan penggubalan kepada mereka. Mereka tentu sekali akan menetapkan dasar akan menggubal mengikut kehendak mereka. Ini kita dapat lihat daripada kandungan draf rang-rang undang-undang tersebut.

Kerajaan BN, terutama sekali UMNO dan juga PAS akan bertanggungjawab jika undang-undang itu diluluskan dan ia akan menghakis hak-hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam."

"Pemimpin-pemimpin anak negeri Sabah dan Sarawak juga tidak akan terlepas daipada tanggungjawab itu".

1 comment:

  1. Si LIBERAL Islam/Melayu yg. BODOH SEJARAHlah yg. menyebabkan habis tanah PUSAKA ISLAM kita yg. asalnya kepunyaan Kesultanan ISLAM/Melayu serta rakyat BUMIPUTERAnya, makin TERGADAI - yg. PUNCAnya, adalah kerana PENGGANAS PENJAJAH Barat/KRISTIAN-ZIONIS paksa Kesultanan Melayu berikan kerakyatan serta hak milik tanah PUSAKA pd. berjuta Pendatang Cina dan India - utk. MENJATUHkan Alam Melayu ISLAM kita ini!

    Lihat SEJARAH permulaan Kesultanan Melayu dan Tanah Melayu ISLAM kita ini yg. diROMPAK dan diJAJAH dgn. amat BUAS – lihat di http://akarimomar.wordpress.com/2014/01/16/demi-keamanan-dunia-melayu-mesti-dikekalkan/ :

    Demi Keamanan – Dunia Melayu Mesti Dikekalkan

    16 January, 2014

    ....sejarah membuktikan bahawa dunia alam Melayu ditadbir dengan nilai-nilai murni Islam dan kekal aman hinggalah datangnya penceroboh yang menjatuhkan kerajaan Islam Melaka pada tahun 1511. Malah setelah kerajaan Islam di nusantara yang pertama jatuh ke tangan PENGANAS Kristian Katolik, Raja Portugis ketika itu telah mengutuskan laporan kepada Pope Leo X bahawa tentera Salib telah mengalahkan tentera Islam.

    Alhamdulillah, simbol kekejaman PENGANAS Kristian Katolik ini masih tertegak untuk memberi pengajaran kepada umat kemudian tentang jahatnya penjajah ini merantaikan datuk nenek kita untuk dipaksa memecah masjid dan kubur sultan untuk asas binaan ini.

    Betapa jahatnya PENGANAS-PENGANAS Kristian Katolik ini tercatat juga bagaimana tawanan perang yang mereka rantaikan dipaksa untuk memecah masjid-masjid dan kubur-kubur sultan-sultan Islam Melaka untuk diambilkan batu-batanya bagi membina simbol kekejaman Kristian yang boleh kita saksikan lagi hingga ke hari ini, kota a’Famosa. Jika tidak kerana usaha-usaha jahat para penganas Kristian Eropah yang datang menjajah dengan motif untuk mengaut sekala kekayaan dari bumi Melayu sambil mencari kemegahan untuk membalas dendam atas kekalahan mereka dalam siri peperangan salib serta bersungguh untuk menyebarkan agama mereka seperti mana yang disebut oleh para sejarahwan dengan istilah “Gold, Glory and Gospel” pasti dunia alam Melayu aman dengan ketinggian budaya ketimurannya.

    Jika tiada kerja-kerja jahat penganas Kristian Eropah yang mengimport pelbagai kaum mendatang dari luar alam Melayu sudah pastinya alam Melayu akan kekal aman dengan kegemilangan dan kehebatan tamadun Melayu yang menjadi pusat dagangan terbesar dahulu berurusan baik dengan para pedagang antarabangsa dalam suasana aman dan murni......

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda