Thursday 19 June 2014

TS MUHYIDDIN YASSIN NAFI LETAK JAWATAN



Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menafikan beliau akan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam masa terdekat.

Muhyiddin berkata, beliau tidak pernah membincangkan isu itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Berikutan itu Muhyiddin berkata beliau akan terus berkhidmat selaku Timbalan Perdana Menteri selagi Perdana Menteri mahu mengekalkannya.
Muhyiddin ditanya pemberita mengenai khabar angin kononnya beliau akan melepaskan jawatan itu dalam tempoh terdekat ini.



Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan upacara penutupan Persidangan Majlis Sains Asia Ke-14 di sini, ibu negara, Khamis.

Menjawab soalan, sambil seloroh katanya beliau hanya cuti biasa terutama pada Sabtu dan Ahad.

Spekulasi Muhyiddin akan melepaskan jawatan Timbalan Perdana Menteri mula tersebar ketika Najib dijangka mengumumkan rombakan Kabinet tidak lama lagi. –bnbbc.my

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda