Tuesday, 17 June 2014

RUGINYA PENGUNDI DUN KAJANG BILA DAPAT WAKIL RAKYAT SEBODOH NI




Tindakan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor menolak semua soalan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menimbulkan kekecohan memandangkan beliau adalah presiden PKR.

Speaker, Hannah Yeoh menolak semua 10 soalan yang dikemukakan secara bertulis oleh Wan Azizah yang juga Adun Kajang kerana tidak mengikuti prosedur ditetapkan.

wan azizahDifahamkan, soalan berkenaan ditolak berikutan kesilapan teknikal iaitu soalan tidak boleh melebihi 40 perkataan sedangkan semua soalan yang dikemukakan melebihi had dibenarkan.



Petugas media yang membuat liputan persidangan DUN Selangor pada Isnin hairan kenapa Wan Azizah yang berpengalaman sebagai ahli parlimen melakukan kesilapan tersebut.

Sementara itu, speaker turut menolak lima daripada sembilan soalan yang dikemukakan oleh Adun Rawang, Gan Pei Nei.

Wan Azizah mengangkat sumpah sebagai Adun Kajang pada 7 April lalu di depan speaker selepas memenangi Pilihan Raya Kecil Kajang.

Sebelum menang di Kajang pada 23 Mac lalu, Wan Azizah pernah menjadi ahli Parlimen Permatang Pauh selama lebih daripada satu penggal sebelum diambil alih oleh suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui satu pilihan raya kecil.

DUN Selangor mulai bersidang hari ini hingga 27 Jun depan.-bnbbc.my

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda