Friday, 2 May 2014

VIDEO NI BUKTI PENERANGAN GST TAK SAMPAI KE BAWAH !! @AhmadMaslan @shaberyc #JanganSyokSendiri


Dengan membelanjakan peruntukkan sebanyak 17 juta untuk penerangan GST, Pak menteri sudah yakin seluruh rakyat Malaysia sudah faham apa itu GST..

Tapi malangnya bila para pendemo ditemubual dan ditanya soalan yang sangat mudah, apa itu GST, kebanyakkan mereka masih belum faham apa itu GST dan tujuan sebenar GST dilaksanakan..

Nasihat MTK kepada Menteri adalah Jangan Syok Sendiri kononnya KPI penerangan GST sudah sampai kebawah..

Tapi hakikatnya GAGAL




7 comments:

  1. salam,

    Dato menteri kata sudah arahkan untuk beri penerangan. dato punya tugas dah selesai pasal sudah arahkan. duit pun sudah kasi sama orang yang diberi tanggungjawab. jadi kpi dato menteri sudah thumb up banyak baik punya.

    orang yang diberi tugas sudah buat kerja. banyak papan iklan sudah buat dan dinaikkan. besar pulak papan iklan tu. bukan kecil punya, iklan dalam tv pun sudah buat. kita pun dah beri penerangan dan dalam web pun dah ada.semua dah kita buat dan duit dah guna dengan sebaiknya. thumb up untuk kpi kita.

    rakyat faham atau tidak itu kita tak mau masuk campur. kita gred AAAA+++++, rakyat tahap otak tak ada gred. bukan kita tak bagi tahu. tapi mereka tak faham. bukan salah kami. dah bodoh, buat camna pun bodoh juga. penerangan kami mesti orang faham, dah habis level rendah yang kami buat. masa kami tunjuk kat dato menteri, para dato pengarah, mereka faham dengan apa yang kami buat. rakyat tak faham bukan salah penerangan.

    tapi rakyat nak tau, gst ni, barang seperti kasut, baju, kfc, mcd, basikal, motor, beg naik macam mana? kalu bagi contoh, mereka tak faham. kasi tau la kfc harga rm9, lepas gst rm8.90. turun harga 10 sen. kasut nike rm100, lepas gst rm101, naik singgit. itu yg boleh buat rakyat faham

    ReplyDelete
  2. masaalahnye bukan di peringkat penerangan...tapi kalu otak rakyat di tahap bawah sifar ...tk leh nk buat ape dh ....tu sbb ler senang sgt kena tipu ...bayangkan ler,,,skim cepat kaya pn bole berjaya kt malaysia ni

    ReplyDelete
  3. Memang dah agak dah yang turun berdemo ni semuanya kurang cerdik, senang ditipu. Memang kesian lah tengok muka diarang ni. Dah bodoh, sombong pulak, incomes tak seberapa, duit simpanan takde, nak kaya cepat, udhui bangsa ku.

    ReplyDelete
  4. kita paham yang turun berdemo tu orang macam mana, bukan tak sekolah, tapi suka berkumpul untuk memanjangkan hayat anwar, konon nya memberi sokongan kepada penipu, takkan budak budak sekolah tu bodoh, tak kan makcik kerani tu bodoh, tak kan pak haji tu bodoh, takkan abang PAS tu bodoh, tapi di perbodohkan oleh anwar..kita tahu siapa anwar, kaki putar belit, bnayak bukti dia putar belit, ambil satu contoh..bangla 40 ribu, di tipu seluruh dunia, dan kemudian menafikan...kerosakan akhlak orang melayu Malaysia sebab factor putar belit anwar, dan ornag melayu mudahtermakan cerita wayang padang murahan dari anwar..so root cause yang merosakkan melayu ialah anwar..cuba lihat balik, semasa anwar di penjara, kenapa kita semua selamat tak bercakaran, kalau setakat LGE,LKS, HADI TU TAK JADI APA...MANA ADA IDEA PUTAR ALAM...kita yang sayangkan bangsa melayu terus di perbodohkan anwar patut all out serang anwar, and put a stop to his stupid ideology..tolak anwar..penjenayah Negara..

    ReplyDelete
  5. Kalau kita akui bahawa taraf pelajaran rakyat adalah tidak sama, kerajaan perlu kreatif untuk menyampaikan apa jua maklumat kepada rakyat ...termasuklah GST. Cara penyampaian yg sama tidak boleh digunapakai untuk semua lapisan masyarakat. Pendekatan 'one size fits all' tidak akan berjaya..

    ReplyDelete
  6. Kat tmpt aku, penerangan gst, panggil jentera umno, buat kat balai umno. Berapa org la yg dpt penerangan, itu pun ntah paham ke dak, sedang penduduk tmn perumahan aku beribu, 5 fasa, purata satu satu fasa dlm 200-400 rumah.
    Maklumat kat media pun terbatas. Nak google detail, berapa org yg buat.
    Pd aku, printkan secara detail kat paper paper, ambik slot masa hari minggu, mcm paparan lepas belanjawan tu, rasanye lbh menyeluruh. Begitu jugak ambik slot penerangan kat tv, buat mcm penerangan lepas belanjawan tu.

    ReplyDelete
  7. Semalam isteri saya beli barang kat US, 3 locking travel belt dan luggage scale. Harga USD54.99. We paid excatly USD55.00. But, the cashier said USD59.53 ma'am with the tax. Saya check tengok receipt ada 8.25% tax (GST). USA telah melaksanakan GST lebih dari 30 tahau yang lalu. Anwar faham sangat pasal GST. Tapi dia sengaja nak menghasut rakyat. Sumbat saja dia dalam penjara. Hanya orang yang bodoh saja yang tak faham. Dan ada juga yang buat2 tak faham tapi saja buat kecoh untuk political mileage.

    GST baik untuk negara. Bursa saham kita meningkat kerana business comunity tahu apa yang kerajaan lakukan adalah betul. Selepas GST dilaksanakan, kerajaan boleh bagi bantuan/subsidi yang lebih kepada kerajaan. Cina-cina yang dok menipu pasal income tax akan merana/kurang untung tapi ekonomi negara akan mantap dan rakyat akan bahagia.

    ReplyDelete

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda