Thursday 1 May 2014

SEORANG LAGI MP DAP MENINGGAL DUNIA




Ahli Parlimen Teluk Intan, Seah Leong Peng, 48, disahkan meninggal dunia kerana penyakit kanser yang dihidapinya.

Mendiang dilaporkan meninggal dunia jam 7.45 pagi tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Berita kematian Leong Peng disahkan sendiri oleh Setiausaha DAP Negeri Perak, Wong Kah Woh ketika dihubungi Sinar Harian sebentar tadi.​

"Ya, memang kita ada terima berita kematian itu. Maklumat yang kita terima dia meninggal kira-kira jam 7 pagi," katanya.

Leong Peng menang di kerusi Parlimen Teluk Intan pada PRU13 lalu dengan majoriti 7,313 menewaskan calon BN yang juga Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas, K Moralingam.-sinar

No comments:

Post a Comment

hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda