Saturday, 10 May 2014
CEO TEKUN NASIONAL DAPAT PENCAPAIAN DUNIA #DSIS @IsmailSabri60
Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) berbangga dengan pencapaian meraih anugerah “ Outstanding CEO Of The Year 2014” yang mana Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Abdul Rahim Hassan memenangi di Moscow, Russia.
The Association Of Development Financing Institutions in Asia and The Pacific ( ADFIAP) menganjurkan Persidangan Tahunan ADFIAP yang ke 37 pada 23 hingga 25 April yang lalu telah mengiktiraf TEKUN Nasional menerusi pencapaian dan pemilihan Datuk Abdul Rahim sebagai CEO terbaik. ADFIAP dianggotai oleh 126 buah Bank dan Institusi Kewangan Pembangunan dari Negara – Negara Asia Pacific.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang medianya berbangga dengan pencapaian dan kejayaan Tekun Nasional melalui anugerah yang diraih oleh Datuk Abdul Rahim. “ kita rasa amat berbangga,wakil negara melalui Kementerian Pertanian dan Asas Tani iaitu CEO Tekun meraih anugerah tersebut di peringkat dunia”. Kata Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Tekun Nasional banyak memperkenalkan inovasi terbaru bukan sahaja menyalurkan pinjaman sebanyak RM 3.08 Billion semenjak tahun 1998 kepada 287,309 peniaga dan usahawan malah menyediakan latihan pembangunan modal insan seperti program pembangunan usahawan dan latihan serta kelab komuniti Usahawan Tekun (KKUT).
Menurut Datuk Abdul Rahim Hassan, “saya akan berusaha lebih gigih lagi apa yang dicapai ini merupakan tanggungjawab yang harus dilaksanakan sebagai seorang pegawai kerajaan yang di amanahkan untuk mentadbir dan menguruskan Tekun Ini, Yang penting ia mencapai matlamat penubuhan Tekun untuk membantu golongan peniaga dan usahawan kecil Bumiputera selaraskan dengan hasrat Perdana Menteri memperkasakan agenda Bumiputera”.
“Negara-negara besar seperti German, Korean , Australia, India, China dan banyak lagi serta dikalangan CEO ini saya dipilih dan ia membanggakan kerana kita berjaya mengatasi bank-bank dari Negara-negara besar”.kata Datuk Abdul Rahim.
Menurut beliau, Tekun Nasional akan mencari kaedah bagaimana memajukan dan mempertingkatkan perkhidmatan Tekun Nasional ini. “Aspek “Outcome” kesan dari kewujudan Tekun berdasarkan berapa ramai bumiputera yang mendapat manfaat dan berjaya hasil dana yang diberikan” katanya.
No comments:
Post a Comment
hampa nak tulis apa apa pun tulis lah,mtk tak kisah,tapi kalau berbau ugutan korang jawablah sendiri dengan pihak polis ye.pandai pandai hampa la,mtk tak bertangungjawap sepenuhnya atas komen anda